Selalunya nak bersihkan kipas siling memang agak payah. Memandangkan kipas siling agak tinggi dan memerlukan kita panjat tangga untuk membersihkan habuk-habuk yang ada. Jika rajin sebenarnya kita boleh DIY buat berus/ alat untuk bersihkan kipas siling ini.
Menerusi perkongsian menarik dari seorang youtuber melalui saluran youtube beliau iaitu CrazyIndianHacker langkah bersihkan kipas siling hanya mengambil masa dalam 57 saat sahaja tanpa penyapu, kain atau tangga.
Bahan-Bahan Diperlukan :
Berus bulu ayam
Penyampung paip pvc
Paip pvc
Kayu
Cara Membuat :
1. Sediakan dua batang penyapu/berus bulu ayam macam gambar di bawah ini.
2. Potongkan pada bahagian pemegangnya dan tinggalkan batang dawainya sahaja seperti ini.
3. Pasang atau cantumkan penyambung paip pvc bersama paip pvc yang lain. Ikut anggaran panjang berus. Buat bentuk U.
4. Masukkan kedua-dua batang penyambung bulu ayam tersebut pada penyambung paip pvc itu. Ia akan menjadi roda bulu ayam seperti ini.
Ads
5. Kemudian, sambungkan kayu yang panjang dan lekatkan dengan salotape untuk dijadikan pemegang.
6. Hasilnya nanti seperti ini.
Ads
7. Boleh mula membersihkan kipas syiling rumah dengan mudah tanpa penyapu atau tangga. Paling menarik tak sampai seminit pun dah bersih kipas.
Mingguan Wanita : Menarik juga tip yang dikongsikan ini. Boleh buat sendiri di rumah. Lebih mudah nak bersihkan kipas nanti tak perlu guna tangga atau kain.
Cantik sungguh warna hijau kuih Serimuka Pandan ni. Malah elok berlemak, manis secukup rasa. Bagi mak-mak peminat kuih Serimuka Pandan ini ada pelbagai cara untuk membuatnya. Kuih ini terbahagi pada dua bahagian iaitu ‘kepala’ dan pulut berlemak.
Jika selalu bahagian ‘kepala’ yang berwarna hijau manis berlemak, dimasak sekejap sehingga likat terlebih dahulu. Namun menerusi perkongsian resipi Sue Talam Kitchen ini, ada caranya bahagian tersebut tak perlu dimasak di atas dapur dan boleh terus dikukus. Malah rupanya kena titiskan sedikit pewarna kuning barulah, warna hijau elok cantik macam ni.
Ini adalah versi tak perlu masak atas dapur bahagian kepala.
SERIMUKA PANDAN (9″)
A (Bahagian Bawah)
2 cawan Pulut cuci rendam 5-10min (Tak rendam pun takpa)
1 cawan santan (1 kotak KARA kecil) saya memang setia dengan Kara, pilihan masing-masing ya
1 cawan Air
sedikit garam
*Satukan semua bahan dan kukus 25minit. Dah masak tekan-tekan bagi rata dan padat.Guna Loyang saiz 9 inci.
1.Satukan semua bahan B dan kacau sampai sebati.
2.Kemudian tuang atas pulut yang dah siap dikukus tadi (Bahan A).
3.Kukus semula selama 25 hingga 30 minit sampai masak.
4.Tunggu sejuk baru potong, sekurang-kurangnya 3-4jam baru cantik.
Info Ekstra!
Ada macam-macam cara masak dan ada cara tak masak, kedua-dua kaedah ini boleh diguna, Insyaallah kuih tahan 24 jam suhu bilik.
Guna cawan biasa boleh, pastikan semua sukatan pakai cawan yang sama.
3/4 cawan bermaksud 1 cawan tak penuh atau 1 cawan dibuang 1/4 cawan.
Nak cantik hijau macam ni, campur sikit warna kuning. Saya buat jual pun campur sikit warna kuning, beberapa titis je, jangan banyak.
Tekan pulut padat dan api jangan kuat.
Sebenarnya mana-mana adunan kuih pun tak masak bahagian atas boleh, nak masak pun boleh. Kalau masak sekejap atas api, tempoh masak tu kejap je, 10min je kukus.Itu je bezanya.
Gara-gara nak kurus sangat, Rosma AF pernah diet sampai pengsan gara-gara tersalah ikut diet. Apatah lagi dia pernah dikecam dan diperlekehkan berbadan tembam dan berisi sejak belum berkahwin lagi.
Jika mahu diselak kembali, berbakul-bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma sejak awal menceburi dunia seni kira-kira 17 tahun lalu.
Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.
Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan selain untuk jadi kebal.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik-makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Pendam Rasa Kena Kecam, Diet Sampai Pengsan
Jelas Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri. Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Badan Ramping Untuk Kepuasan Diri
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa-apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan.
“Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita-cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur.
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Tidak Pernah Lupakan Bidang Nyanyian
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya masak sambal udang sedap lain macam bila gunakan Cili Kerinting Indonesia. Bukan apa selalunya bila kita tumis sambal menggunakan cili kering, sesekali boleh cuba kelainan guna cili Kerinting indo ini pula.Ramai yang mengakui kesedapannya memang menjadikan sambal lebih lazat. Ia tak berbau dan tak berapa pedas.
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah, sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friends cakap, awat sambal udang ko sedap lain maciam sampai balik rumah aku dok teringat.
Takdak rahsia apa pun, cuma kalo masak sambal sis suka pakai Cili Indo fresh yang panjang-panjang.Cili ni kepedasan dia tahap sederhana, ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit laa, biasa kat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim kat jiran yang meniaga dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang, buat sambal memang mantap.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang suka masak sambal, boleh cuba kelaianan guna Cili Merah Indo ni. Memang lain macam, luar biasa sedapnya rasa sambal bila guna cili ni.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.