Didatangi Budak Lelaki Bersongkok Jual Buah Potong, Ibunya Meninggal Kerana Kanser
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : rajabuahpotong.blogspot.com

Budak lelaki bersongkok jual buah potong ini, diuji ibunya meninggal kerana sakit kanser. Tinggallah dia dibesarkan ayahnya, yang juga berniaga jual potong. Demi survival hidup mereka.

Ketika anak ini mendatangi penulis yang juga seorang guru, Muhammad Yusof mulutnya ramah bercerita. Sambil memotong buah, anak ini berkongsi kisah hidupnya yang sedih. Cekalnya anak lelaki ini, walau diuji sebegitu hebat, dia tetap tidak meninggalkan solat. Kerana itulah pesan ayah dan gurunya.

Hebat anak ini. Semoga membesar jadi anak yang baik.

Budak Pakai Songkok Jual Buah Potong Ramah Bercerita

Masa saya nak makan malam, ada budak pakai songkok datang kat saya. ‘Assalamualaikum bang, belilah buah mangga saya..’. Tot tet, tot tet dia promosi beli buah mangga potong dia.

Biasanya kalau ada budak datang jual barang, biasanya saya akan bual dulu dengan dia sebelum beli.
Datang dari mana dik?’
Dari xlx xxxxx‘. Dia jawab.
Jauh tu dik!’, saya macam terperanjat dengan jawapan dia sebab tempat yang dia bagitau tu agak jauh dari kawasan tempat saya makan ni.
Datang dengan sape?’
Datang dengan ayah..’
Naik apa? Jauh rumah tu dik?’
Naik moto..’ time tu risau jugak saya dengan musim-musim hujan ni naik motor.
Sape potong mangga ni dik? Mak yang potong ke?’

Dia yang tadi tot tet, tot tet bercakap terus senyap. Perlahan dia bagitau ‘mak saya dah ninggal bang..
Kena sakit kanser..’

IKLAN

Allahu, kesiannya adik ni. Muda-muda lagi dah diuji macam ni dik.

Dari Banyak Bercakap, Terus Diam Seribu Bahasa

Saya terus kata ‘Takpelah dik bagi abang 4 ye..’
Start lepas tu dia tak banyak bercakap dah. Diam je. Teringat kat Arwah mak dia agaknya.
Saya macam bersalah jugak masa tu. Saya bagi duit lebih sikit kat dia, buat duit belanja. Barulah dia senyum sikit.

Sebelum dia balik, saya tanya dia ‘Lepas ni nak pergi mana dik?’
Dia jawab ‘Saya nak pegi sembahyang Isyak dulu bang. Cikgu kat sekolah pesan jangan tinggal sembahyang. Ayah pesan tunggu kat surau depan sana. Dia pun jual mangga sama. Nak cari duit bang..’

IKLAN

Sebagai seorang cikgu, hati saya sangat tersentuh hari ni. Budak ni walaupun diuji dengan kesusahan, tapi pesan cikgu, pesan ayah tetap dia tak lupa.

Saya kadang-kadang nak marah jugak bila pagi-pagi buat kelas tapi yang masuk berapa kerat je. Kita mungkin tak tahu di sebalik kisah budak-budak time pandemik ni, mungkin ada yang malam-malam kerja part time basuh pinggan atau tolong jadi runner makanan yang mak dorang masak sebab nak tambah pendapatan keluarga dorang, kita pun tak tahukan.

Saya doakan budak ni akan jadi ‘someone special’ satu hari nanti. Moga dia jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.

IKLAN

Baca sini : 40 tahun kahwin tak pernah tolong isteri, sebab ini hati suami berubah.

MW : Hebat didikan ayahnya.

Sumber/Foto : Muhammad Yusof, kalau sudi boleh follow Muhammad Yusof yang suka menulis pasal kisah cikgu-cikgu dan anak murid.

Follow channel Telegram Himpunan Survivor Kanser Mingguan Wanita : https://t.me/himpunansurvivorkansermw

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI