Sambal lada memang membangkitkan selera terutamanya yang suka makan pedas. Makan sambal lada ni dengan mee goreng basah, mee sup, bubur nasi atau nasi berlauk, memang bertambah sedapnya.Orang lama bila buat jeruk cili kampung untuk dijadikan sambal lada atau air lada, rupanya tip penting kena guna air kelapa muda. Ia akan membangkitkan aroma bau dan menyedapkan lagi rasa cili jeruk ni.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Key Tieyini sebagai panduan;
Bahan-Bahan Di Perlukan:
1 kilo cili kampung
Air Kelapa Muda secukupnya
Garam
Gula
Cuka
Cara Membuat;
1. Buang kalau ada cili-cili rosak, cuci bersih tak payah buang tangkai dan sejat bagi kering.
2.Dah kering masukkan cili dalam balang berpenutup, masukkan air kelapa paras cili.
3.Tutup dan jeruk selama seminggu.(Jangan dibuka penutup balang tu selama jeruk).
4.Saya simpan diluar saja untuk cili lembut dan mudah proses nak tumbuk.
Simpan dalam peti boleh juga tapi lambatlah cili lembut.
Ads
5.Bila dah seminggu,buangkan air kelapa dan jangan bilas.Bila satu minggu tu air kelapa tu akan jadi keruh dan sedikit keladak. Jangan risau ok je tu.
6.Kali pertama bukak balang tu nanti akan bau yang sangat membuka selera. Boleh tumbuk atau kisar kasar ditambah dengan garam, gula dan cuka (apple/nipah)secukup rasa.
7.Dah settle bolehlah masuk dalam balang lain dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Info Ekstra!
Air kelapa yang jernih sudah bertukar jadi keruh dalam tempoh seminggu jika simpan suhu bilik dan cili terapung semua ke atas.
Bila cili dah lembut ni,takyah nk tumbuk beria sangat kang masuk mata satu hal kena tido bawah shower malam ni. Makcik kiah tak bertanggujawab ya!
Cukup “genyeh2” gitu je dengan lesung masuk garam, gula & cuka sedikit.
Kalau nak bland pun boleh..manja-manja je jangan lumat.
MW: Jeruk dengan air kelapa muda rupanya,tip buat Sambal lada jadi bertambah sedap. Mak-mak yang suka makan pedas,boleh buat sambal lada ikut tip dan cara yang dikongsikan ini.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Kalau mak-mak tengah berdiet elok sangat makan jenis panggang, bakar yang tak berminyak ni. Boleh cuba resipi resipi ayam panggang yang dikongsikan oleh Cik Merpati Putih ini. Daging ayamnya rasa ‘berjus’ tak kering, mudah nak buat dan paling penting kalau nak lebih sedap kena perap semalaman. Bakar dalam oven atau guna air fryer pun boleh!
Ikut resipi yang dikongsikan ini.
“Oklah akak tunjuk satu-satu bagi mudah paham..cuba lah tengok step by step na sampai habis”
RESIPI CHICKEN GRILL
Meh akak tempek resipi, mudah dan cepat. Rasa juicy gitu yang ni resipi berbeza bahan – bahan pun lain.
Bahan-Bahan:
Ayam / daging (ikut citarasa)
Sos Lada Hitam KIMBALL (Dalam pack senang dan jimat)
Serbuk Rosemary herbs
Serbuk tyhme herbs
Serbuk lada hitam
Garam
Gula (kena lebih)
Cara Membuat:
1. Mula-mula sekali kena la basuh ayam / daging tu bersih-bersih, selawat semua.
2. Selepas itu, ambik sos lada hitam kimball tu buh dalam bekas (kalau pekat tambah air panas atau suam).
3. Lepaih tu kacau bagi sebati masuk perasa iaitu garam,serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam,dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/ daging tu na).
4. Selepas itu, kacau la sampai dah sebati semua baru masukan ayam / daging.
5. Perap semalam kalau nak sedap.6. Kemudian bakaq la dalam oven ka air fryer ka, kalau rajin tu pi la bakaq kat luaq buat bara api tu .
7. Dah masak tu lagu tu la rupa dia..pastu ikut suka la nak makan gu ngan apa pun.
Tempoh berpantang selepas melahirkan anak merupakan waktu yang ‘agak mencabar’ bagi wanita. Pantang larang sewaktu berpantang haruslah dipatuhi dengan betul. Jangan sesekali pandang mudah dan ambil ringan sewaktu dalam tempoh berpantang ini. Silap-silap nanti boleh terkena bentan dan demam urat yang boleh mengkibatnya sakit seluruh badan dan melambatkan lagi proses pemulihan dalaman bagi wanita.
Namun jika ditakdirkan terkena bentan ketika dalam berpantang, ‘Sushi Garlic’ dikatakan mampu merawat dan atasi masalah ini.Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Norliza Mohd Salleh yang merupakan seorang Perunding Jamu.
“Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tip untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.”
Bahan-bahan:
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Cara Membuat:
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.