Sedapnya cili jeruk, tambah-tambah kalau makan dengan mee rebus, mee celup, char kue tiau atau masakan berkuah. Itulah yang menjadi penyedap makanan, sehingga makan dua pinggan pun tak sedar.
Orang cakap, cili jeruk ni, penambah selera. Pedas atau tidak belakang kira. Malah, kalau makan kat kedai, mesti kena ada cili jeruk.
Biasanya kat kedai makan memang ada cili jeruk ni. Cuma, kita ssahaja tak tahu nak buat macam mana. Bolehlah jadikan stok kat rumah. Masa tak selera makan, ada cili jeruk memang bertambah.
Rupa-rupanya, senang sangat nak buat cili jeruk kat rumah ni. Kalau rasa takut tak jadi, boleh buat sikit-sikit dulu. Ikuti perkongsian daripada Farid Sham tentang macam mana nak buat cili jeruk kat rumah. Gerenti jadi lah.
“Akhirnya projek cili jeruk pakcik berjaya.. Cili kekal rangup krup krup walaupun dah jadi jeruk..
“Terima kasih pada empunya resipi asal. Memang menjadi.”
IKLAN
1. Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar yer. Cuci bersih sebelum dipotong.
2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat & jangan nipis sangat.. Agak-agak saja.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup dan kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.
# gula 2 sudu utk size botol jem setinggi tin susu sejat.
4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YE JGN SESEKALI BUBUH AIR.
5. Hari ke 4, cili jeruk dah boleh di makan.
MW: Tak adalah susah sangat nak buat cili jeruk macam kat kedai tu. Nanti bolehlah cuba.
Resepi daging dendeng ini memang panjang stepnya, tapi berbaloi untuk dicuba. Sebabnya resepi ini asalnya resepi turun temurun keluarga Ketua Chef Umi Shida Alias yang dikongsikan semula oleh Puan Ilya Sazuani Radzuan Ahamad ketika beliau” mengikuti kelas masakan bersama Ketua Chef Umi.
Lagi-lagi waktu Raya Haji nanti tentu ada daging korban yang diberikan. Bolehlah suri cuba membuat daging dendeng ini. Kalau ikut satu per satu cara yang ditunjukkan di bawah, insyaAllah resipi daging rendang dendeng anda ini pasti menjadi dan enak rasanya.
“Alhamdulillah, semalam dapat belajar buat secara khusus Daging Rendang Dendeng dari Ketua Chef Umi Shida Alias. Resepi turun temurun dari keluarga Umi di kampung.”
“Kami mula dari pukul 11 pagi, habis masak semua dalam 5 petang. Daging denndeng ni memang menjadi kegemaran kami kalau beraya rumah Umi. Dah banyak lama tunggu masa nak belajar, akhirnya Allah izinkan juga semalam.”
Kelas memasak ini turut dihadiri rakan baik yang sudah dianggap kakak sendiri iaitu kak Norlie Kifle dan kak ita Yusnita Ismail.
“Masakan ini bukan mudah kalau hanya mencatat resepi. Kena di perhatikan cara-cara, selok-belok dan pesanan-pesanan. Barulah betul.
“Resepi yang akan saya sertakan di sini, halal buat semua. Semoga keberkatan perkongsian turun temurun ini dapat memberi manfaat buat kita dari dunia sampai hari mendatang.”
Nota
Sukatan bahan-bahan yang tidak dicatatkan dan cara-caranya ada di bawah. Sukatan tidak disertakan kerana Anggaran saja dari Umi.
Nota hakak: Orang lama memang begitu caranya, tak perlukan sukatan tepat bak resepi Mat Salleh. Tapi agak-agak itulah rahsia ‘air tangan’ masakan orang lama yang orang muda kena faham dan praktis sampai banyak kali… sampai menjadi.
Bahan-bahan
Daging segar – 6kg
Bawang kecil
Halia
Bawang putih
Cili kering – 300gram
Kicap manis
Kicap masin
Asam jawa
Gula
Garam
Minyak
Cara Membuat Diterangkan Secara Detail Pada Gambar
Rebus daging selama 30 minit sahaja.
Daging potong saiz macam ni.
Potong dengan ketebalan dan saiz di atas. Ketuk dengan halu lesung sampai menjadi nipis 75 % dari saiz asal dipotong tadi.
Petua: Nak mengetuk daging ni, kena ketuk tepi dulu. Lepas tu baru ke tengah.
Kami kupas semua. Tapi taklah guna semua.
Ini bawang putih dan halia yang siap dikupas.
Bawang kecil muda.
Itu sahaja halia dan bawang putih yang digunakan. Pastikan halia kurang dari bawang putih.
Semasa proses untuk kisar bawang.Pastikan semua bawang, halia di basuh dengan selawat dan toskan. Kisarkan kasar bawang kecil. Jangan terlalu halus. Pastikan ada kasar kasar. Kalau rajin, bolehlah tumbuk dalam lesung batu.
Nanti untuk menumis, bawang ni tak digunakan habis. Ada dalam 1 cawan lebihan bawang kecil kisar. Namun berbeza dengan halia dan bawang putih. Bawang putih dan halia kena kisar halus.
Cili dipotong kecil dan direndam dengan air panas. Bukan rebus. Hanya rendam air panas.
Cili juga kena kisar lebih kasar dari ni. Kalau boleh ada 1 kali yang halus. Lepas tu semua kasar. Kasar lebih sikit dari gambar ni. Jangan kasar sangat pulak. Kang tak jadi.
Daging yang siap dia tumbuk, diperapkan dengan kicap manis dan kicap masin. Perap lama sikit. Tapi semalam kami perap dalam 30 minit jer.
Masa ni juga tiada sukatan. Pastikan semua daging bersalut. Seimbang rasa manis dan masin dari kicap. Siapa yang lebih manis, lebihkan kicap manis dari kicap masin. Siapa yang nak lebih masin, lebihkan kicap masin dari kicap manis.
Panaskan kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging. Semasa goreng daging, kena main-main api. Kena jaga api, jangan tinggal pi main wassap, sat lagi makan daging arang, bukan daging dendeng.
Kami buat dua kuali semasa menggoreng. Supaya cepat.
Ini antara kesalahan yang Ketua Chef jumpa. Daging tak diketuk dengan betul.
Okay, sekarang nak tumis sambal. Pastikan guna minyak yang goreng daging tadi. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bawang putih dan halia dulu. Tunggu dalam 5 minit baru masukkan bawang kecil kisar. Tumis lagi. Sampai naik bau.
Tumis lagi… sabar… jangan kelam kabut nak masuk cili kisar.
Dah pecah minyak tumisan bawang tadi, masukkan cili kisar. Tumiskan sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula, garam dan asam jawa. Asam jawa jangan terlebih, nanti pahit sambal ni. (Asam jawa saya lupa nak snap gambo)
Dah pecah minyak, masa untuk terjunkan segala daging yang siap digoreng. Terujanya kami!
Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar dia mereneh lama sikit sampai kering sikit. Tapi kalau terlalu kering, tambahkan air daging. Kalau tidak, tak perlu.
Nampak tak dalam kuali tu? Hahaa dah nak siap tu. Dalam 30 minit kami reneh. Muka tak sabar nak makan.
Balik rumah, terus makan dengan nasi putih panas panas. Inilah kegemaran saya!
Daging korban waktu raya haji nanti bolehlah dicuba untuk membuat daging rendang dendeng ini. Tentu lebih lembut dan manis sebabnya guna daging baru.
Sumber/Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ini, bila teringin nak makan roti, tak perlu bersusah payah ke kedai roti sebab bread maker yang ada kat rumah boleh tolong ulikan. Letak bahan dan bakar terus siap.
Mudahnya kerja-kerja mak ni. Tak perlu nak pening-pening kepala. Semuanya hanya sediakan bahan saja. Berbanding dengan dulu peralatan moden ini belum lagi wujud dan klau teringin nak makan uli dengan tangan saja.
Bagi yang berkemampuan tentu tiada masalah untuk membelinya. Walaupun harga bread maker tidaklah terlalu mahal, tapi bagi mak-mak yang sederhana merasakan peralatan uli roti bukan keperluan buat masa sekarang.
Lagipun ada juga mak-mak pada awalnya rajin terutama bila ada bread maker. Bila dah bosan takuntya kat tepi dinding juga sebagai hiasan.
Buat mak-mak yang tak ada bread maker, masih ada cara untuk buat roti dengan hanya guna tangan saja. Ia tetap gebu dan lembut di makan, mungkin tenaga lebih diperlukan.
Jadi, Mar Angah berkongsi resipi mudah buat roti tanpa bread maker untuk mak dan ahli keluarga yang teringin nak makan roti.
1. Gunakan jug sederhana, air suam + 3sudu gula + yis sepaket
2. Yis akan kembang seperti ini.
3. 1kg tepung gandum cap ros
3 sudu gula
3 sudu susu
3 sudu marjerin
Yis yang dah kembang
4. A) 3 cawan setengah air suam + yis sepeket + 3 sudu besar gula pasir
4 Gaul seperti ini dan ia jadi lembik sebegini. Walau bagaimanapun, JANGAN tambah tepung. Biarkan dan tutup bekas tersebut supaya adunan akan naik berganda.
5 Doh dah kembang sebesen.
6 Tumbuk untuk buang angin. Pada masa ini, barulah letakkan tepung dan jangan bafi lekat pada tangan. Resipi ini bukan saja untuk donut tapi boleh buat piza, roti atau pau.
7 Buat bulat-bulat. Kalau tak ada penimbang, ikutlah saiz sendiri.
8 Ini inti kacang merah
9 Ini pula nak letak sosej
10 Bakar suhu 160’ selsius selama 20 minit.
11 Inilah hasilnya. Letakkan marjerin dan gula ketika masih panas-panas.
12 Hasil dari sekilo tepung, dapatlah 10 biji roti sosej, 6 biji roti kacang dan 2 loyang roti gula.
Info:
1. Sukatan sudu, SUDU BESAR
2. SUSU PEKAT tak kisah jenama apa.
3. MARJERIN guna pelangi satau tak kisah jenama apa.
4. TEPUNG gandum CAP ROSE, tepung jenama lain tak pernah cuba lagi.
5. Tak ada bread maker dan resipi tanpa uli.
Selamat mencuba ye..
Mingguan Wanita : Dah tak perlu risau, kita uli dengan tangan pun tetap gebu rotinya.
Buat Kuah KOKTAIL BUAH Sedap Sukatan Banyak, Sesuai Mak Anak Ramai. Nak buah koktail buah memang mudah, namun yang paling penting sukatan untuk kuahnya kenalah tepat barulah sedap. Mak-mak yang ada anak ramai atau nak buat majlis ke sesuai sangat buat ikut resipi ni. Memang sedap, puas dan jimat berbaloi berbanding beli. Nak buat berniaga pun elok sangat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zuraidaini sebagai panduan
Jom buat koktail buah. Sukatan banyak,sesuai majlis ka,anak ramai ka. Kalau nak buat sikit kurangkan sukatan. Resepi halal Dunia akhirat.
Untuk kuah koktail:
Bahan-Bahan:
1 liter Susu full cream
1 tin Susu sejat
3/4 tin Susu pekat (ikut sendiri nak lebih atau kurang )
1/2 cawan non dairy Whipping (nk pakai brand apa pn boleh)
secubit garam
*Satukan dan kacau sampai sebati
Buah ( ikut suka hati nak pakai buah apa)
buah naga
buah mempelam
buah kiwi
buah plum
buah blueberry
buah anggur merah
buah anggur hijau
buah anggur hitam
buah mata kucing
buah delima
buah strawberi
Mingguan Wanita: Menarik juga buat koktail buah ni. Makan sejuk-sejuk lagi best. Sesuai untuk buat waktu ada majlis, ada anak ramai atau nak buat berniaga pun boleh sangat.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...