Bercucuk tanam ini akan jadi seronok kalau lihat hasil tanaman menjadi dan subur. Tapi akan jadi sedih dan kecewa bila ada benda-benda asing yang datang menyinggah, sampaikan habis tanaman rosak.
Tak kiralah masa tanaman itu kecil atau pun dah membesar. Nampak macam menjadi tapi silap gayanya mula rosak dek kerana serangga tanaman yang menumpang. Kadang-kadang sudah macam cara guna untuk bagi tanaman itu menjadi. Mungkin berjaya tapi ada hanya sementara. Lepas itu, ada pula serangga lain yang datang.
Serangga tanaman tidak hanya pada bena putih yang sering kita tengok tapi boleh jadi juga serangga lain yang diluar jangkaan seperti siput, semut, ulat atau pun rumput rampai. Inilah yang boleh keseronokan dan semangat untuk bercucuk tanam mula menipis.
Selain penggunaan semburan serangga yang sering diperkatakan, ada satu lagi bahan yang boleh mak-mak gunakan untuk semburan pada pokok tanaman. Inilah yang dikongsikan oleh Cherie Sis Noriza yang hanya menggunakan baking soda.
1. SIPUT Biasanya, ia menyerang pada waktu malam. Hanya taburkan baking soda pada keliling tanaman. Dikatakan otot siput akan hancur, jika terkena soda.
Paling penting, pastikan baking soda tidak terkena pada pangkal tanaman dan hanya gunakan untuk keliling tanaman sahaja.
2. FUNGUS Campurkan 1 sudu teh soda + 1 liter air. Kacau sebati. Semburkan pada bahagian yang kena fungus atau kehitaman.
3. JANGKITAN DEBU PUTIH Campurkan 1 sudu teh soda + 1 liter air + 1 sudu teh cecair pencuci pinggan. Semburkan pada permukaan daun yang terkena debu putih itu secara rutin setiap minggu hingga hilang jangkitan.
4. SEMUT Ambil sedikit gula halus dan campurkan dengan sedikit soda. Taburkan pada laluan semut tadi. Semut akan mati bila termakan soda. Mak-mak boleh juga buat campuran air semburan seperti semburan untuk jangkitan debu putih.
5. ULAT RATUS – LUBANG-LUBANG KAN DAUN TANAMAN Campurkan soda + tepung jagung. Taburkan pada bahagian yang diserang. Ulat-ulat itu akan mati.
6. RUMPUT RUMPAI Taburkan soda pada pangkal rumput rumpai. Rumput akan mati.
MW: Kebanyakan caranya hanya taburkan saja. Mudah. Boleh cuba cara ini pula.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang ada benarnya, jika ‘bebird’ anak tersepit zip seluar, mak ayah mahupun cikgu di sekolah janganlah panik. Ada caranya untuk ‘lepaskan’ ia supaya tidak cedera.
Memang ngilu apabila membayangkan kulit nipis tersepit pada zip seluar. Situasi sebegini selalu terjadi bagi anak-anak kecil yang baru masuk ke sekolah rendah dan mula memakai uniform seluar yang mempunyai zip. Malah ‘tragedi’ ‘bebird’ anak tersepit zip seluar ini mudah berlaku lebih-lebih lagi jika anak tidak memakai seluar dalam.
Baca perkongsian daripada Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah apabila dalam situasi sebegini.
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan. “Nape ni cikgu?” Tanyaku. “Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik. “Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu. “Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.” “Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?” “Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.
Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL
1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’
Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.
Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)
Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.
Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit. Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah mahupun cikgu, jika ‘bebird’ anak tersepit pada zip seluar, janganlah panik iya. Kekal tenang dan cuba teknik mahupun cara yang dikongsikan oleh doktor ini.
“Mud-mud ini baik untuk kurus. Letak dalam air teh tanpa gula. Minum setiap hari, nanti boleh kurus. Kalau nak biakkan, letak saja dalam air teh, nanti dia akan hidup sendiri,” pesan Ustaz Azmi, orang yang saya temuramah di Kuala Selangor.
Balik ke pejabat, dengan rasa teruja, saya syerkan cerita kebaikan mud-mud ini dengan kak Nuri yang ketika itu bertindak sebagai Penolong Editor Bacaria, akhbar pertama saya ketika mula bergelar wartawan kira-kira 20 tahun lalu. Biasalah orang perempuan, dengar bab kurus, cepat beri respon. Dengan rasa teruja, saya menaip kisah mud-mud dan hantar ke editor, Encik Jalil Yusop yang kini sudah arwah.
“Stori apa ko buat ni? Mud-mud ini apa? Apa nama saintifik dia? Ko cari nama saintifik dia, kalau tak buang ajer stori ini,’ kata Encik Jalil marah-marah.
“Orang tu cakap nama dia mud-mud Cik Jalil. Mana ada nama lain,” saya masih cuba menerangkan kepadanya.
“Aku nak nama saintifik dia,’ jerkah Encik Jalil berkali-kali. Puas saya mencari, penat balik assignment, penat kena marah semua bercampur baur. Akhirnya saya menangis kerana dimarah bertalu-talu dan pada bahu kak Nuri saya sandar segala kesedihan.
“Sabarlah, cuba cari dulu. Mana tahu ada lagi,”kata Kak Nuri menasihati saya.
Akhirnya, sampai ke sudah nama saintifik Mud-mud ini tidak saya ketahui sehinggalah saya menemuramah Dato Dr Suriyakhaton, pakar perubatan dan pakar homoepati awal Mei lalu. Saat dia memberitahu saya Simbiotic Combination Of Bacteria and Yeast atau disebut sebagai Teh Kombucha atau dipanggil Mud-Mud oleh sesetengah orang, saya terus tergelak.
Kerana Mud-mud, tiga kali surat permohonan berhenti kerja saya dikoyak oleh arwah Encik Jalil. Dia mencabar saya menjadi seorang yang tahan lasak, boleh lakukan apa saja. Dan ketika dimarahi, Kak Nuri, bos saya sekarang di Mingguan Wanita adalah tempat sandaran saya.
Coretan diari wartawan kali ini khusus saya dedikasikan untuk orang yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Orang yang sering menadahkan telinganya untuk mendengar cerita-cerita saya termasuk kenakalan saya dahulu. Orang yang akan menyiram hati saya dengan nasihatnya seperti saya mendengar kakak atau emak saya nasihati.
Orang yang sama-sama susah dan senang ketika menggubah keseluruhan Mingguan Wanita seperti apa yang anda baca hari ini. Kerana beberapa hari lagi, Kak Nuri akan meninggalkan saya dan ramai lagi karyawan-karyawan yang sangat menyayanginya selepas 34 tahun mencurah idea tanpa lelah dengan untuk MW yang selalu berada di hatinya. Sedihnya hati ini hanya Allah yang mengetahuiNya.
20 tahun di Kumpulan Media Karangkraf, saya membesar di bawah tangannya. Saya masuk kerja kala usia anak sulung saya tiga bulan. Ketika itu Kak Nuri, penolong editor di Bacaria. Hampir dua tahun lebih kemudian, akibat selalu dijadikan”sasaran” yang tak masuk akal dari arwah Encik Jalil, saya diberi pilihan oleh pihak HRD untuk memilih mana-mana majalah di bawah Karangkraf dan saya memilih MW.
Tiga bulan di bawah Sri Diah, kak Nuri dinaikkan pangkat sebagai Editor MW. Dan sejak itu, saya terus membesar bersamanya. Saya masih ingat karenah sesetengah staff tetapi Kak Nuri sering berpesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Tak rugi mengalah, katanya.
Bila bab gaji pula, saat saya merungut kerana gaji kecil ketika itu, dirinya sering menasihati saya biar gaji sikit tapi berkat. Keberkatan itu sangat penting kerana ia menjadi darah daging. Bila kerja terlampau banyak, nasihatnya lagi, biar masih ada kerja berbanding orang lain yang tidak ada kerja. Itulah dirinya sentiasa bersikap positif dalam semua aspek dan tindakan.
Di MW juga saya pernah disaman oleh seorang individu, Bahali (bila marah saya sebut nama, lol..lol belakangnya). Dan akibatnya, saya bersama Kak Nuri jadi stres bila gaji tidak dinaikkan untuk tempoh setahun lebih. Sehingga pihak HRD menyuruh kami membuat surat rayuan agar diberikan kenaikan gaji kerana kasihan. Biar gaji tidak dinaikkan tetapi Kak Nuri dan saya tetap cool dan sesekali bila diingatkan balik nama kontroversi itu, kami jadi tergelak.
Antara paling saya ingat, ketika Kak Nuri mahu merombak keseluruhan majalah dan dirinya sentiasa mendengar segala pendapat biar kami hanya anak buahnya tetapi katanya ini adalah kerja berpasukan dan dengan sikap keterbukaannya itu, MW masih kekal sebagai majalah kewanitaan yang mendapat permintaan tinggi dari pembaca suatu ketika dahulu dan diangkat sebagai majalah nombor satu.
Hasilnya dari jualan MW 80,000 naskhah ketika di zaman Sri Diah tetapi kemudian turun kepada 30,000 naskhah, tetapi selepas dirombak isi kandungannya, MW pernah mencecah jualan 160,000 seminggu dengan nilaian iklan sebanyak RM14 juta. Bukan satu nilai kecil. Biar ditempa kejayaan, Kak Nuri tetap maintain bahkan dirinya pernah ditawarkan oleh sebuah penerbitan dari Singapura yang mahu menanam modal dan mengangkat dirinya sebagai Pengarah Urusan dengan gaji terlampau berbaloi kerana mereka mahukan konsep yang sama seperti dalam MW untuk dibuat majalah baru terbitan syarikat dari Singapura itu.
Kalau pada orang, saya pasti sudah pasti pergi kerana wang dan pangkat tetapi Kak Nuri tetap dengan kesetiaannya sehingga beliau punya idea lebih super untuk menubuhkan sebuah kios atas nama MW satu ketika dahulu (impian ini tidak kesampaian).
Tidak hairanlah ramai yang dalam kesedihan bila mana dia ingin meninggalkan kami semua!Sebutlah majalah kecil warna merah, itu sinonim dengan majalah ini dan orang yang mencoraknya adalah Kak Nuri bersama team-team MW yang sangat komited.
Dahulu, apa saja masalah mendatang, Kak Nuri yang akan menjadi tukang siram untuk melegakan hati saya kembali. Ceritalah apa saja masalah, penyelesaiannya cukup terbaik sehingga saya begitu menghormatinya. Sebab itulah bila dia meminta kami semua menjadikan MW sebagai majalah terbaik, itulah kami lakukan.
Bila pejabat memberikannya sebuah kereta untuk kegunaan hariannya, tiada rasa cemburu langsung di hati kami sebagai anak-anak buahnya kerana kami tahu Kak Nuri memang patut dan layak diberikan penghormatan sebegini bahkan harus dijulang dengan lebih lagi kerana jasa diberinya.
Paling saya senangi sifat dan sikapnya, saat MW dijulang sebagai majalah terlaris dan diiktiraf ABC, Kak Nuri tidak pernah menonjolkan diri mengata itulah ideanya. Dirinya sentiasa tunduk memandang bumi dan tidak pernah sekali mendongak ke langit.
Sayang saya kepadanya selama berbelas tahun bekerja di bawahnya, membuatkan saya sendiri tidak pernah berkira masa dan tenaga dan sering cuba memenuhi permintaannya kerana katanya, biarlah apa kita lakukan di dunia ini dinilai lebih tinggi oleh Allah taala di akhirat kelak.
Dia banyak mengajar saya sifat-sifat positif, sifat berbelas ikhsan kepada orang lain, sifat merendah diri, sikap tidak mendongak langit dan banyak lagi. Bayangkan, hari Isnin depan, dirinya akan pergi meninggalkan kami semua selepas 34 tahun bersama Karangkraf.
Saya sentiasa sematkan di dalam hati, terima kasih tidak terhingga di atas budi baik kak Nuri mengajar saya selama ini. Sehinggakan, bila kak Nuri ingin bersara dengan cara baik sebagaimana beliau datang dengan cara baik seperti katanya, ramai antara kami yang seakan mahu mengikut jejak langkahnya.
Buat Kak Nuri, halalkan segala ilmu yang akak berikan kepada saya, ampunkan segala salah silap saya kerana saya bukan insan sempurna. Saya sayangkan kak Nuri ketat-ketat dan mendoakan agar kak Nuri terus sukses biarpun tidak “menjaga” kami-kami yang sudah tua ini.
Hari Isnin depan, mungkin “payung” yang memayungi kami sudah tiada lagi. Tiada lagi orang lama dalam bidang editorial ini dan tiada lagi orang yang sangat disenangi dan dikasihi ramai orang. Biar ramai editor silih berganti tetapi Kak Nuri tetap satu, sentiasa merendah diri. Saya pegang kata akak,
Paling utama, biar gaji sikit asal berkat untuk diberi kepada anak-anak dan mak ayah kita.
ALMASWA HAJI CHE ROS
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya, orang dulu-dulu memang banyak tanah dan kebanyakannya pemilik tanah ramai. Sementelah kalau ada tanah pertanian, sawah padi atau kebun getah, masing-masing ada bahagiannya.
Bila pemilik tanah ramai, dah tentulah geran tanah atas semua nama. Bagaimana kalau berlaku persengketaan dan ingin pecah tanah bahagian masing-masing. Kalau semua sepakat setuju, mudah saja caranya. Tapi bagaimana ada yang tdiak setuju? Apakah yang petut di buat.
Inilah yang dikongsikan oleh Salkukhairi Abd Sukor, Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), tentang cara yang patut dilakukan bila ada salah seorang ingin pecah bahagian tanahnya walaupun ada yang tidak setuju.
Pemilik Tanah Ramai, Ini Cara Pecah Bahagian Tanah
NAK PECAH BAHAGIAN TANAH TAPI PEMILIK BERSAMA TAK SETUJU, MACAM MANA NAK BUAT?
Antara masalah yang biasa timbul apabila seseorang pemilik bersama tanah pertanian geran kongsi ingin membuat pecah bahagian tanah tersebut adalah tiadanya persetujuan daripada kesemua pemilik bersama yang lain.
Sekiranya ini berlaku, apakah yang patut dilakukan?
1. Sebenarnya S.141A Kanun Tanah Negara membenarkan mana-mana pemilik bersama sesuatu tanah pertanian geran kongsi memohon untuk kelulusan pecah bahagian, walaupun pemilik-pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagaian atau terdapat pemilik bersama yang tidak dapat dikesan atau sebagainya.
2. Sebaik sahaja menerima permohonan pecah bahagian tadi, pentadbir tanah akan menghantar notis kepada kesemua pemilik bersama yang lain ke alamat terakhir yang diketahui untuk memaklumkan tentang cadangan pecah bahagian oleh salah seorang pemilik bersama tersebut.
3. Pemilik bersama yang lain dikehendaki mengemukakan apa-apa bantahan secara bertulis dalam tempoh 28 hari daripada tarikh penyampaian notis tersebut sekiranya tidak bersetuju dengan permohonan pecah bahagian salah seorang pemilik bersama tadi.
4. Setelah habis tempoh 28 hari tersebut, sekiranya terdapat bantahan daripada pemilik-pemilik bersama yang lain, Pentadbir Tanah boleh membuat keputusan untuk menolak permohonan pecah bahagian tersebut sekiranya beliau berpuas hati dengan alasan-alsan bantahan yang dikemukakan.
5. Tetapi sekiranya tiada bantahan, Pentadbir Tanah boleh meluluskan permohonan pecah bahagian tersebut.
Kos Ditanggung Oleh Pemohon
6. Sekiranya permohonan tersebut diluluskan, segala kos untuk urusan pecah bahagian hendaklah ditanggung oleh pemohon itu sendiri.
7. Sekiranya pemohon tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah, mereka boleh memfailkan permohonan di Mahkamah untuk mengarahkan permohonan pecah bahagian tersebut diluluskan.
8. Mahkamah juga boleh mengarahkan bahagian yang tidak dipecah bahagi tersebut di pindah milik kepada pemilik bersama atau mengarahkannya dijual.
9. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah akan mengikat Prntadbir Tanah untuk melaksanakannya di bawah Seksyen 417 Kanun Tanah Negara.
Jadi kesimpulannya, jangan risau sekiranya pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagian kerana anda masih boleh melakukannya walaupun tanpa persetujuan mereka.
Mingguan Wanita : Mungkin ambil masa sedikit untuk turun naik ke pejabat tanah atau mahkamah dalam proses uruskan permohonan.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...