Nak bersedekah ini tak perlu berkira-kira, fikir panjang-panjang. Bimbang diri sendiri tak cukup pula nanti. Sebenarnya, bila ada niat sedekah terus je buat. Walau pun cuma derma duit syiling yang ada masa itu.
Cikgu ini, Muhammad Yusof berkongsi kisah. Anak muridnya yang biasa-biasa saja orangnya, tapi dididik dengan sifat memberi yang baik oleh mak ayahnya. Dia tak tunggu duit banyak baru nak bantu orang lain. Sebaliknya, jika sudah berhajat, diteruskan saja niatnya itu.
Tiga Beradik Diuji Kehilangan Mak Ayah
Beberapa tahun lepas, ada anak yatim piatu 3 beradik masuk ke asrama sekolah saya.
Kesian saya tengok dorang. Disaat anak-anak membesar dengan kasih sayang mak dan juga ayah, dorang 3 beradik diuji dengan kehilangan mak dan ayah pada usia muda. Besar betul dugaan yang menimpa dorang.
Masa tu saya ada edarkan sampul surat kat budak-budak asrama untuk membantu seikhlas hati meringankan beban 3 beradik ni.
Sape nak derma, derma. Tak nak takpe.
Biasanya awal-awal masuk asrama, mak ayah akan bagi duit lebih sikit buat belanja, tapi itulah saya tahu kebanyakan mak bapak dorang bukannya orang senang.
Ada yang kerja kilang, ada yang kerja cleaner. Ada yang jualan kat pasar malam.
Masa saya nak balik ke rumah, ada sorang pelajar panggil saya. ‘Cikgu.. Cikgu..’.
Derma Duit Syiling Dari Sampul Putih
Saya kenal dia ni sebab saya pernah hantar dia ke rumah. Keluarganya nampak macam orang agak susah. Rumah pun rumah papan biasa-biasa.
‘Cikgu, saya nak derma..’ Dia pun keluar duit syiling masuk dalam sampul surat putih yang saya bawak. Saya tak tahu berapa jumlah dia yang saya tahu duit syiling sebab bunyi keceng, keceng..
Ads
Saya tanya awak ada duit tak ni? Nanti nak gi kantin makan macamana? Saya saje tanya sebab saya tahu latar belakang keluarga dia.
‘Takpe cikgu, bapak saya pesan kalau ada derma untuk anak yatim, orang susah, kita kena bagi derma. Saya syukur ada mak ayah lagi cikgu. Kesian dorang takde mak ayah dah. Lagipun duit syiling ni lama dah saya kumpul..’
Sebak saya bila dengar jawapan budak ni.
Nak Sedekah Tak Perlu Tunggu Senang..
Benar, kita jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila rasa senang baru nak sedekah.
Bila fikir-fikir balik, kadang-kadang kita yang dewasa, yang berduit ni pun kadang-kadang tak mampu nak jadi macam budak ni kan?
Saya belajar sesuatu dengan budak ni, kita kalau nak sedekah, sedekah je.
Sedekah ni bukan kira banyak ke sikit. Yang penting kita ikhlas. Selagi kita boleh sedekah, sedekahlah. Selagi kita boleh tolong orang, tolonglah.
Ads
Sampai masanya nanti, Tuhan akan mudahkan orang lain untuk bantu kita, masa kita betul-betul susah.
Kalau sudi boleh follow Muhammad Yusof
yang selalu menulis kisah inspirasi cikgu-cikgu dan anak muridnya.
MW : Waktu hati susah, pun bagus untuk hulurkan sedekah. Mohon tuhan lorongkan kesenangan kembali kepada diri yang tengah susah itu. Walaupun cuma mampu derma duit syiling saja waktu itu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Bukan main meriah Roti Jala Puan سنتيرمايانا كاماروددن ini ya, siap ada versi tembikai dan lobak merah! Haaa… kalau mak-mak nak cuba buat resepi roti jala ini, paling penting cari pewarna dulu.
Sesuai sangat untuk dihidangkan majlis hari raya dan kalau nak bisnes pun boleh. Nah, jemput godek resepi ini dulu…
RESEPI ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
* pastikan adunan tidak terlalu pekat n tdk terlalu cair.
1 biji telur
* garam secubit rasa
* pewarna merah, oren dan hijau.
* coklat masakan untuk titikkan pada roti jala bentuk tembikai.
CARA MEMBUATNYA:
Adun tepung bersama air yang dicampur garam.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian tapis agar tdk berketul-ketul atau bland je senang.
Kemudian masuk dalam botol yang ade muncung 3 tu kalau tidak ada guna lah apa-apa alat yang boleh buat corak kat kuali tu.
Lepastu masaklah atas kuali dan corak mengikut krativiti masing-masing.
Dah masak hidang bersama kari ayam atau kari daging.
Nota:
Untuk bintik-bintik roti jala tembikai, boleh guna coklat masakan atau susu yg diwarnakan coklat.
Terpulang nak hias macam mana kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkini, keluarga mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui berdekatan anak sungai di kawasan berlurah adalah Nora Anne Quorin, remaja istimewa, 15 tahun yang hilang sejak 4 Ogos lalu.
Pengesahan dibuat berdasarkan proses pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga Nora Anne di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Beberapa jam sebelum mayat Nora Anne ditemui, sukarelawan memaklumkan kepada Daily Mail akan membuat carian di sekitar kawasan air terjun, selepas mendapat maklumat yang remaja ini ‘teruja’ mahu melihat keindahan yang ada di sana.
Sebagaimana ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin pernah kongsikan pada Nora Anne sebaik tiba di resort tempat keluarga ini bercuti untuk dua minggu.
Penemuan mayat Nora Anne oleh sekumpulan sukarelawan dari Seremban Hiking Club yang turut menyertai operasi SAR ini pada tengahari tadi kira-kira jam 1.57 tengah hari. Kawasan berlurah lokasi mayat ditemui, letaknya kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempatnya menginap.
Dan kawasan ini pernah dijejak sebelum ini dalam operasi SAR. Mayatnya juga ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.
Bagaimana pun, operasi SAR masih diteruskan untuk siasatan lanjut. Sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Ketika Hilang Nora Anne Cuma Berkaki Ayam..
Sebelum ini, Nora Anne yang juga remaja orang kurang upaya (OKU) yang mempunya masalah pembelajaran tiba bersama ahli keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu.
Dia disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban kira-kira jam 8 pagi esoknya. Apabila keluarganya menyedari tingkap di tingkat bawah terbuka luas.
Ketika kehilangannya, dilaporkan Nora cuma berkaki ayam dengan memakai gaun malam.
Ahli keluarga Nora Anne yang terdiri dari ayahnya,Sebastian Marie Philipe dan ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin, dan dua lagi anak yang lain merancang bercuti di resort The Dusun, Pantai untuk dua minggu.
Usaha 10 hari mencari Nora Anne ini membabitkan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS), penduduk tempatan termasuk orang asli, sukarelawan.
Polis Perancis, Ireland dan Englad turut serta membantu siasatan.
Sumber/Foto : NST Online, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan bila cuti sekolah, lokasi pelancongan akan jadi penuh sesak kerana musim cuti persekolahan yang serentak. Mungkin selepas ini mak ayah boleh menarik nafas lega kerana cadangan terkini daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bahawa cuti sekolah akan dibuat secara berperingkat mengikut zon negeri-negeri bagi mengelakkan berlakunya kesesakan tersebut.
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.
Cuti Sekolah Tiga Penggal Pertama
Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya mencadangkan supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dibuat secara berperingkat mengikut negeri, yang biasanya pada Mac, Jun dan September.
“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain.
“Dengan cuti sekolah secara berperingkat ini, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah.
“Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Negara Keempat, di sini, hari ini.
Kecuali Cuti Hujung Tahun
Bakhtiar berkata, pada musim cuti sekolah, kebanyakan tempat tumpuan pelancong sesak, seperti di Melaka dan Cameron Highlands.Cadangan itu bagaimanapun, katanya, tidak akan membabitkan cuti hujung tahun yang seragam di seluruh negara.
Beliau berkata, beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah mengguna pendekatan itu bagi mengelak kesesakan pelancong.
Sementara itu, Bakhtiar berkata, pihaknya sedang mendapatkan persetujuan daripada beberapa kerajaan negeri untuk membolehkan empat lagi destinasi di Malaysia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Empat tapak itu adalah Taman Negara; Royal Belum di Grik, Perak; Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
“Kami berdepan beberapa cabaran untuk mendapatkan persetujuan daripada kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tapak Taman Negara sejak 10 tahun lalu, tetapi bagi tiga tapak lagi, tiada sebarang masalah.
“Saya harap ketiga-tiga negeri ini dapat memberi persetujuan segera supaya kami dapat memanjangkannya kepada UNESCO,” katanya.
Pada masa ini, empat tapak di Malaysia sudah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Georgetown, Pulau Pinang dan Melaka; Lembah Lenggong di Perak; Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak.
Sebagai rekod, Malaysia kini mempunyai 965 tapak arkeologi dengan 822 tapak berada di daratan, manakala 143 tapak lagi di dasar laut.Sebanyak 13 tapak diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara dan lapan lagi sebagai tapak warisan di bawah Jabatan Warisan Negara.
Mungkin juga ada rasionalnya cadangan ini.Jadi buat mak ayah setuju ke cuti sekolah dibuat secara berperingkat?
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.