Masala Chai atau Teh Masala cukup popular bagi kaum India. Ia merupakan teh susu dengan campuran rempah ratus terpilih. Istimewanya, teh ini banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti membantu buang angin, masalah peredaran darah dan pernafasan.
Nak rasa macam mana Teh Masala ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ravinder Kaur Joachim ini.
“My style of making Masala tea”
Bahan-Bahan:
2-3 Liter air⠀
3-4 sudu besar serbuk teh (Saya guna teh BOH)
5 biji Bunga cengkih⠀
5 biji Buah pelaga⠀
1/2 sudu kecil Jintan manis⠀
1 Batang Kulit kayu manis⠀
sedikit Halia⠀(diketuk)
3 sudu besar Susu pekat⠀
1 cawan Susu segar⠀
4 sudu besar Susu tepung⠀campur sedikit air panas
2 sudu besar Gula⠀
Cara Membuat:⠀
1. Panaskan air dalam periuk.⠀
2. Masukkan daun teh.⠀
Ads
3. Kemudian masukkan bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis dan kulit
kayu manis.⠀
4. Masukkan pula⠀halia yang telah diketuk.
5. Biarkan sehingga air teh mendidih.
Sementara menunggu air teh mendidih dalam periuk, kita boleh sediakan susu. Saya selalu campurkan ketiga-tiga jenis susu ni untuk rasa lebih sedap.Tapi boleh juga jika mahu guna susu tepung sahaja.
Ads
Penyediaan susu:
1. Masukkan 4 sudu tepung ke dalam cawan⠀
2. Campur bersama air panas dan kacau hingga sebati⠀
3. Masukkan 1 cawan susu segar, 3 sudu susu pekat dan 2 sudu gula⠀
4. Kacau hingga sebati⠀
Ads
Masukkan bancuhan susu ke dalam teh dan biarkan mendidih seketika.
⠀Tapis dan sedia untuk dinikmati.⠀
Tarik ala mamak sebelum dihidangkan.
MW: Sesekali nak ubah citarasa boleh cuba buat ‘Teh Masala’ ni.Pasti rasa segar, aroma rempah ratus dan banyak khasiatnya.
Tak sangka mudah je nak buat kuih tradisional Cek Mek Molek ni. Rasanya lemak manis sesuai sangat mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang waktu anak-anak cuti sekolah nanti. Hanya perlukan 4 bahan utama, makan panas-panas memang sedap!
“Cek mek kelate in the house. Simple tapi sedap.Perut bunyi sokmo time hujan, tak tahu nok make gapo buat jerrr kuih hok paling sene ngan mudoh.Sedap make panas-panas dengan gula meleleh tubik”.
Bahan-Bahan:
4 biji Ubi stelo/keledek kuning oren sederhana besar
Secawan tepung gandum
gula pasir
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Rebus ubi keledek sampai empuk letak sedikit garam. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2.Lenyek dengan batu lesung sambal mudah kan.
3.Bubuh tepung gandum + 1 sudu kecik baking powder.Tepung agak-agak jer jangan lebih nanti keras waktu sejuk.
4.Uli sampai tak melekit dekat tangan.
5.Minyak untuk mudahkan time nak menggentel dan sedikit gula bubuh dalam kuih cek mek.
8.Goreng laaa dulu cek mek sampai keperangan dan baru boleh makan.
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Masa nak leperkan doh (kuih) jangan nipis sangat dan agak-agak muat dengan kuantiti gula yang diletak. Gentel perlahan-lahan dan goreng dalam minyak panas macam biasa. Dah kuning agak-agak perang dah boleh angkat.
MW: Mak-mak kena cuba buat sendiri kuih cek mek molek ni di rumah.Sesuai sangat buat musim cuti sekolah nanti, anak-anak ada di rumah perut pun selalu lapar. Nak buat pun mudah je, hanya guna 4 bahan.
Setiap orang ada cara untuk buat kuah rojak. Kuah rojak yang sedap adalah kuah yang pekat dan cukup rasanya. Kalau nak pedas boleh tambah cili ikut citarasa masing-masing.
Hendak buat kuah rojak ini tidaklah sesusah mana. Asalkan ikut resipi yang betul, rasa kuah rojak itu tak akan lari seperti rasa kuah rojak jenama popular yang kita beli di kedai.
Kepada Pembaca Yang Rajin Buat Kuah Rojak Sendiri, Apa Kata Boleh Cuba Buat Resipi Kuah Rojak Perkongsian Mim Yusof Ini.
Resipi Kuah Rojak
“Sahabat dapo kak mim dah tido ke? Kak mim baru abis masak kuah rojak ni haa. Mesti ramai yang dah pandai buat kan!
“Tak pe kak mim nak share kuah rojak versi kak mim ni. Tengok kat gambar ye.”
Bahan-bahan
1 keping gula gerek (menisan)
2 cawan gula putih
1/2 cawan kicap
2 sudu tepung ubi (bancuh ngn air)
Sedikit belacan
Sedikit garam
10 tangkai cili kering (dalam gambar tu kak mim dah rebus dan blend/kisar)
Sedikit cili sos
2 sudu besar bijan
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend/ kisar kasar)
1 gelas air
1-Mula mula cairkan gula gerek dengan segelas air tadi. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang di blend / kisar tadi, cili sos, belacan, garam dan gula.
2-Masak sampai mendidih. Dah masak betul, masukkan tepung ubi yang dah dibancuh tadi.
3-Kacau sampai dia pekat lagu ni, jangan tinggal ye, sentiasa kacau. Dah pekat masukkan bijan dan kacang tanah tadi.
4-Masak sekejap, tutup api. Sejukkan dalam bekas.
5-Boleh laa dicicah dengan mangga muda atau apa pun buah yang anda suka. Nahhh! Malam malam kak mim menyicah. Segar biji mata.
MW: Buat sendiri lagi bersih dan lagi menjimatkan. Boleh buat banyak mana yang kita suka.
Selalunya brownies mempunyai tekstur seperti kek dan dibakar didalam loyang yang besar. Rupanya mak-mak juga boleh buat brownies yang dijadikan biskut. Cara nak buat pun mudah, tak rumit malah tak perlukan bahan-bahan yang banyak pun. Boleh cuba resipi brownies cookies yang dikongsikan oleh Puan Noran Nordin ni, malah boleh jadikan salah satu koleksi untuk biskut raya nanti.
Berikut perkongsian tersebut;
“Tu dia,berkedut seribu!! Sementara tunggu anak balik dari kelas tuisen, saya siapkan dulu mengukis! Kembang semangkuk jadinya! pakai loyang sekut lidah kucing jer!”
Bahan-Bahan:
350 gm dark chocolate
100 gm butter
3 biji telur
200 gm icing ( boleh kurangkan sikit)
Esen vanilla
200 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko
Cara Membuat:
1. Cairkan coklat dan butter. Sementara tu gaulkan gula dan telur guna wisk je.Masukkan esen vanila dan gaul sebati hingga gula hancur.
2. Ayakkan tepung dan serbuk koko..masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi, gaul sebati.
3. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.
4. Sementara tu panaskan oven pada suhu 150 C.
5. Paipkan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa yang di sukai atasnya.
6. Bakar pada 140/150 selama 20-30 minit.(Ikut oven masing-masing ye).
Siap, Selamat mencuba!
MW: Menariknya perkongsian resipi ini, jadikan brownies rangup seperti biskut. Cara nak buat pun mudah sangat dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak. Mak-mak mesti cuba buat sendiri di rumah nanti.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...