Sesekali memang teringin nak minum ‘air mahal’ pelbagai jenis di kedai kopi terkenal. Jika beli sebekas boleh ‘pejam mata’ lagi harganya namun kalau anak ramai, dah berapa pula jumlah kosnya. Nak jimat dan puas hati minum, mak-mak memang kena buat sendiri di rumah. Guna 3 bahan je, dah boleh buat ‘air mahal’ rasa ala-ala Choc Cream Chip di Starbucks.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Fadzil ini.
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-Bahan:
Susu coklat (saya guna Farm Fresh Premium Choc Milk, Tak Manis Tak Muak, SEDAP!
Choc chip (Lebihan buat biskut raya)
Ais
Cara Membuat:
Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.
Ads
Senang je kan, rasa ala-ala Choc Cream Chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy.
Ads
Kalau nak rasa Java Chip (Mocha) boleh tambah Cafe Latte Farm Fresh.
Waktu malam ada masanya memang perut lapar. Tak tahu nak makan apa yang sedap tapi kenyang dan senang nak buat boleh cuba buat Sosej Cheese Paratha ni. Memang cukup mudah guna 4 bahan je.
“Menu makan malam orang bujang, makan ni je dah kenyang tapi boleh pulak terlupa sapu telur kuning.Sosej tu saya rebus dulu, Boleh tambah bahan-bahan lain jugak selain cheese & sosej.
Sosej
Kepingan Cheese
Paratha
Kuning Telur
1. Potong separuh paratha tersebut.
2. Letakkan kepingan cheese secara memanjang dan sosej yang telah direbus.
3. Kemudian gulung dan kelar-kelarkan seperti dalam gambar.
4. Sapukan dengan kuning telur.(* terlupa nak letak)
5.Bakar pada suhu 180° selama 15 minit sehingga masak kekuningan.
Jangan tak tahu, labu yang selalu mak-mak guna untuk masak lauk tu sedap, lemak manis bila dijadikan kerepek. Sebagaimana yang dikongsikan Nomie Harun penyediaan kerepek labu ini agak istimewa, sebab tak gunakan garam.
Ada cara betulnya macam mana nak bagi rasa kerepek labu tu lemak manis dan rangup. Kata Nomie lagi, “Saja hari ni saya buat kerepek labu. Sedap rupanya. Lemak-lemak manis rasanya walau tak buh garam.”
Labu Minyak masak
Potong labu ikut ira lekok labu. Buang biji. Kupas kulit – agak-agak kulit tu jangan tebal, biar masih ada kaler hijau kat labu tu. Guna penyagat dan sagat nipis-nipis. Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yang ditos tadi tu dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca.
Siap jemur, goreng dengan api yang sederhana. Agak kekuningan boleh angkat dan sejukkan. Dah sejuk boh dalam balang… Siap.
Bagi orang Pantai Timur budu memang tak asing dalam menu harian.Sedapnya dicicah dengan ikan goreng boleh memang boleh makan bertambah nasi. Rupanya selain dimakan begitu sahaja dengan nasi putih, budu juga boleh dijadikan bahan perasa dalam nasi goreng. Ditambah pula dengan isi ikan dan lada hitam yang ditumbuk, memang aromanya sangat wangi dan sedap!
Malam ni masak nasi goreng saja.Resipi ni selalunya mak kakak yang masak. Memandangkan banyak jalan tersekat tak boleh balik kampung. Kakak masaklah sendiri sebagai tanda lepaskan rindu.
” Mak, kakak rindu Nasi Goreng Budu mak…”
Yang benar,
Kakak yang manja tiba-tiba.
Budu
Bawang putih dan bawang merah cincang
Udang
Ikan panggang tawar/ ikan rebus
Telur
Satu batang serai dihiris nipis
Ciliapi potong
Biji lada hitam yang ditumbuk
Semua bahan di atas boleh anggarkan sendiri mengikut saiz nasi yang mahu di goreng.
Boleh juga tambah ayam,sotong dan lain-lain.
Selepas tumbuk biji lada hitam. Boleh terus tumbuk hancur isi ikan panggang tadi. Jika suka isi ikan kasar kasar, tidak perlu tumbuk hancur.
Panaskan kuali dan minyak untuk menumis bawang cincang tadi. Kemudian masukkan udang galah.Ikuti langkah seterusnya pada gambar di bawah.
Apabila udang telah separuh masak, masukkan budu. Sukatan budu adalah mengikut tahap masin yang anda gemari.
Masukkan telur. Pada kali ini, kita gunakan 3 biji telur ayam.Saya tidak tahu ini telur ayam jantan atau telur ayam betina. Maka lebih baik jangan bertanya.
Setelah telur masak, masukkan hirisan timun. Jika tiada timun. Masukkan carrot pun tak mengapa.Ketika ini,terus masukkkan isi ikan dan lada hitam yang di tumbuk tadi. Garam dan perasa pun letak masa ni.
Aroma lada hitam dan isi ikan sangat wangi.
Terus masukkan bahan seperti didalam gambar.
Masukkan nasi dan kacau sehingga sekata. Pernah termakan nasi goreng sekejap tawar sekejap masin rupanya chef tu tak gaul rata.
Kaup letak dalam mangkuk.Masa study kat Jepun dulu, kami di rumah sewa tiada mangkuk, selamba kawan kakak letak dalam besen.
Sedapnya makan ramai ramai dalam besen sebab tiada pinggan.
Keropok tu jadi sudu. Sudu yang boleh di makan. Hebatnya.
Abaikan peha ayam garing tu. Bukan hangit ya. Bukan..
Sekian laporan task masakan dari Hajar Mohd yang menentukan kakak di terima balik kerja di Majalah Terasa atau tidak. Syarat terima adalah apabila dapat like sejuta baru dapat masuk ofis balik.