Bila tibanya musim cempedak, ramai yang merebut peluang membeli buah ini. Baik untuk digoreng mahupun dimakan begitu sahaja. Namun harga buah cempedak ni boleh tahan mahal harganya. Rugi sungguh jika tak pandai pilih, apatah lagi terbeli yang belum masak dan isi yang sikit.
Sebenarnya nak pilih buah cempedak yang isinya penuh dan masak ada caranya. Boleh ikut tip dan panduan mudah yang dikongsikan ini.
1. Tengok ‘Mata’ Kulit Cempedak
Tip yang paling mudah ialah perhatikan pada kulit cempedak. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak dan penuh.
Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.
2. Rasa Kulit Lembut/Empuk
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Kulit Kekuningan, Tangkai Coklat
Satu lagi tips pilih cempedak ni kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan. Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.
Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
4. Bau Semerbak Wangi
Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.
Ads
Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!
5. Pilih Yang Berat
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.
Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Kempunan dibuatnya!
Jadi, untuk lebih selamat ambil buah cempedak yang berat dengan ciri-ciri di atas ni. Barulah kurang kebarangkaliannya untuk dapat isi yang kosong.
Info Ekstra!
Kulit Cempedak Juga Boleh Dimakan
Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan. Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.
Ads
Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.
Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.
Apapun, jangan salahkan penjual pulak ya, sebab dia pun tak tahu setiap buah tu berapa banyak isinya.
Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya mak-mak yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.
Boleh rujuk perkongsian Puan Azlina Mat Lazim cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.
Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Cara-Caranya:
1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Tip Ekstra!
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Rupanya ada cara mudah, jimat lagi berkesan untuk hapuskan rumput liar, mahupun lalang yang tumbuh di halaman rumah. Hanya menggunakan cuka makan dan sabun pencuci pinggan sahaja.Malah kesannya pula sangat cepat. Pagi sembur, petang dah nampak hasilnya.
Bukan dalam rumah je kena nampak kemas dan cantik, kena tengok-tengok juga kawasan sekitar rumah, terurus ke tidak.Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang cik ular dan macam-macam haiwan berbisa. Malah, kehadiran rumput-rumput liar pada ruang halaman ini pastinya, amatlah menyakitkan mata yang memandang.
Meskipun pelbagai cara telah dilakukan, namun rumput-rumput liar ini tetap tumbuh melata di halaman.Melalui perkongsian Jusery Jausin, lelaki ini kongsikan cara mudah bagi mengatasi masalah rumput liar hanya dengan menggunakan dua bahan asas yang ada dirumah je. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar.
Berikut perkongsian tersebut;
Tip hapuskan rumpai di halaman rumah dan kebun mini. Guna cuka makan dan sabun pencuci pinggan. Murah dan jimat dengan kesannya sangat cepat iaitu petang dah nampak hasilnya. Lakukan semburan pada waktu pagi pada musim panas. Jangan lakukan pada musim hujan atau mendung.
2. Kemudian masukkan pula sabun pencuci pinggan ke dalam botol.
3. Kacau dan goncang botol agar campuran semburan sebati.
4. Boleh mulakan sembur rumput dan rumpai pada waktu pagi pada musim panas. Namun, jangan sembur pada musim hujan atau mendung kerana ia kurang berkesan nanti.
Hasilnya boleh dilihat dalam masa satu hari. Memang cukup pantas hasilnya, malah murah dan jimat.
Mak-mak, jika menyiang ikan di dapur janganlah dibuang sisa ikan itu. Boleh dijadikan baja ikan yang berkesan untuk menyuburkan tanaman. Sebab ikan itu sendiri kaya dengan amino asid yang sangat baik untuk tanaman.
Sama ada tanaman jenis pokok bungan, sayuran mahupun tanaman berbuah. Baja sisa perut ikan organik ini sesuai untuk digunakan.
Norahim Ibrahim kongsikan cara pembuatan baja ikan yang mudah. Dengan sukatan yang betul, membantu pokok sayuran anda subur dan gemuk-gemuk daunnya.
Lebihan Sisa Perut Ikan Jangan Dibuang
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula Melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan).
Fungsi gula merah : Untuk merangsang pembiakan bakteria untuk menyuburkan tanah.
Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman.
Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
Masukkan perut ikan ke dalam tong peraman. Gaulkan dengan gula merah. Lagi lama peram lagi power baja ni nanti.
Cara Buat Baja Ikan
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.