Pertama seumpamanya. BORAK KELAMIN Program bual bicara TV berkongsi pengakuan kisah benar dan kupasan mendalam isu rumahtangga oleh pakar bersama pengacara Awal Ashari dan Elly Mazlein.

FORMAT DAN INFO SIARAN PROGRAM BORAK KELAMIN MUSIM PERTAMA

Kita jarang disajikan program bual bicara yang begitu berterus-terang, jujur dan telus berkenaan hal-hal kehidupan rumahtangga di kaca televisyen. Ada yang menganggap perkara ini adalah rahsia pasangan dan menjadi pantang untuk dibincangkan secara terbuka bagi menjaga aib.

Namun, selari dengan peredaran masa dan kematangan penerimaan penonton, Borak Kelamin tampil mengetengahkan isu hangat rumahtangga menerusi pendekatan interaktif dan berani.Program ini akan memaparkan kisah benar yang berlaku dalam rumahtangga dan disusuli dengan kupasan oleh pakar motivasi, kaunselor perkahwinan, pendakwah, doktor mahu pun peguam.

Borak Kelamin musim pertama ini akan bersiaran setiap Isnin pada jam 9 malam bermula 1 Mac hingga 10 Mei 2021 di saluran Astro Ria. Setiap episod menyajikan topik-topik hangat yang sememangnya dialami oleh pasangan berkahwin.

Antara topik yang dikupas ialah Rupa atau harta, Kelambu dingin, Off handphone sentuhlah pasangan, Perkahwinan campur lebih power, benarkah? Isteri bukan orang gaji, trauma mentua dan banyak lagi yang dijangka mendapat perhatian penonton.

Program dibahagikan kepada beberapa segmen menarik yang mana, setiap episod akan mengundang tetamu jemputan istimewa di kalangan selebriti terkenal tanah air antaranya Azad Jasmin dan isteri, Eira Syazira, Norman Hakim bersama Memey, Edika Yusof, Fizo Omar, Lana Nodin dan suami, Ifa Raziah dan ramai lagi. Mereka akan berkongsi kisah kehidupan mereka bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

IKLAN

BORAK KELAMIN: Program TV Pengakuan Kisah Benar, Mengupas Isu Rumahtangga Secara Terbuka!

Kupasan Kisah Sebenar

Bagi menyuntik elemen dramatik, pihak produksi turut mengundang ke studio dan menemubual responden yang sedang atau pernah ada pengalaman berdasarkan topik yang dibincangkan. Ini menjadikan program ini lebih menyentuh hati dan ia benar-benar terjadi.
Seterusnya, mengukuhkan lagi pengisian, kupasan secara ilmiah topik perbincangan akan dilakukan oleh para panel jemputan profesional. Kupasan berlandaskan kes sebenar melengkap dan menjadikan bual bicara ini berlandaskan hujah berfakta dan ilmu bukan secara semberono.

BORAK KELAMIN: Program TV Pengakuan Kisah Benar, Mengupas Isu Rumahtangga Secara Terbuka!

IKLAN

Selain itu, bagi membuktikan bahawa isu yang dibincangkan bukan lah isu terpencil malah boleh menjadi barah dalam hubungan suami isteri, pengacara akan membacakan beberapa komentar dan pengakuan jujur daripada beberapa responden dari akaun facebook Mingguan Wanita.

Kesemua pengisian ini menjadikan program ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Ia adalah kupasan kisah benar dan perkongsian jujur untuk dijadikan sempadan dan ingatan kepada para penonton dengan harapan dapat memberikan kesedaran masyarakat umum.

IKLAN

BORAK KELAMIN: Program TV Pengakuan Kisah Benar, Mengupas Isu Rumahtangga Secara Terbuka!

Saksikan Borak Kelamin, sebuah program bual bicara terbaharu yang mengupas tentang isu-isu yang sering berlaku kepada pasangan berkahwin.

Bermula pada 1 Mac, Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria & Ria HD di saluran 104/124.

#borakkelamin
#mingguanwanita
#ideaktiv

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI