Hannah Delisha akui dirinya tak pernah berkongsi kisah bercinta di media sosial. Akuinya,” Hannah minta maaf sebab Hannah memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Memang tak pernah Hannah nak post dalam media sosial yang Hannah bercinta selama ini, sebab bagi Hannah, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak share. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama.”

Aktres jelita Hannah Delisha sudahpun sah bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah yang juga merupakan seorang pelakon dari Singapura.
Pernikahan pasangan tersebut didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

Majlis secara kecil-kecilan yang diadakan di negara kelahiran Hannah Delisha, iaitu di Singapura secara tertutup itu hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak sahaja.

Hannah Delisha Tak Kongsi Kisah Bercinta Di Media Sosial “Biarlah Sah Dahulu Barulah Share”

Hannah Delisha Luah Rasa Bersyukur

Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch meluahkan rasa kesyukuran di atas pernikahan ini.

“Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar”, ungkap Hannah yang mengakui dirinya seorang yang sangat menjaga privasi terutama tentang hal yang bersifat peribadi.

“Hannah minta maaf sebab Hannah memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Memang tak pernah Hannah nak post dalam media sosial yang Hannah bercinta selama ini, sebab bagi Hannah, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak share. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” jelasnya.

Hannah Delisha Tak Kongsi Kisah Bercinta Di Media Sosial “Biarlah Sah Dahulu Barulah Share” Hannah Delisha Tak Kongsi Kisah Bercinta Di Media Sosial “Biarlah Sah Dahulu Barulah Share”

Kongsi Latar Belakang Suami

Berkongsi sedikit latar belakang suaminya, Hannah Delisha mengakui telah lama mengenali Imam Shah sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun dahulu.

“Hannah kenal Imam masa kita shoot sebuah drama episod yang bertajuk Faculty di Singapura lima tahun lepas. Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang, dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong Hannah untuk lebih cenderung ke arah keagamaan dan Alhamdulillah Hannah yang sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga.”

Hannah Delisha Tak Kongsi Kisah Bercinta Di Media Sosial “Biarlah Sah Dahulu Barulah Share”

Pohon Doakan Kebahagiaan Rumah Tangga

“Hannah pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya Hannah. Majlis bersanding kita akan umumkan nanti. InsyaAllah kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat. Tentang tarikh, Hannah tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” kongsinya lagi.

Baca Disini Juga:

Selamat Pengantin Baru, Hannah Delisha Kini Bergelar Isteri Kepada Imam Shah

Manisnya Hannah Delisha Berhijab,”Saya Mahu Menjadi Muslimah Yang Baik”

Menyentuh tentang bidang lakonan, Hannah menyatakan takkan lupakan bidang ini, cuma Hannah akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan statusnya sebagai isteri orang.

“Hannah nak cuba rezeki dalam bidang perniagaan pula. InsyaAllah tak lama lagi Hannah akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan design. Hannah jangkakan insyaAllah kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” akhirnya.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI