Berjaya turunkan berat badan sebanyak 75 kilogram, suami hadiahkan isteri sebentuk cincin berlian. Hebat pasangan ini, demi memenuhi permintaan suami, seorang isteri nekad kuruskan badan.
Kalau macam ini, mungkin ramai isteri yang sanggup berdiet semata-mata inginkan cincin berlian. Barulah berbaloi tahan nafsu makan jika cincin berlian menjadi galang gantinya. Betul tak?
Suami Hadiahkan Isteri
Seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’ kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), lapor program berita Liputan 6 hari ini.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, suami wanita itu berkongsikan mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.
Sebentuk Cincin Berlian
“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.
Ads
“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulis lelaki tersebut.
Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 75 Kilogram
Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.
“Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” kata lelaki itu.
Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kalau ramai suami yang macam ni, mungkin sang suami tak berfikir dua kali turunkan berat badan. Barulah bersemangat isteri hendak kuruskan badan.
Tuduh isteri mengada-ngada bila moody & beremosi, suami tolonglah faham! Rendahkan sikit ego. Sebagai seorang suami janganlah terlalu ikutkan perasaan.
Hormatilah isteri orang yang paling anda sayangi. Jangan sakiti hari mereka.
Kadang tu dek kerana terlalu penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, emosi wanita kurang stabil. Fahamilah mereka, jangan biarkan isteri terus moody dan beremosi.
Para suami rendahkanlah ego dan jangan ikutkan perasaan. Layanlah permaisuri kamu dengan sebaiknya.
Tip dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini sangat berguna. Praktikanlah dalam rumah tangga ya!
“Aku ni suami. Takkan aku nak pergi minta maaf pula. Patutnya dialah minta maaf dengan aku. Nak emo tak tentu pasal, mengada-ngada. Buat penat je aku melayan semua ni.”
Selalu ada bisik hati berbunyi begini dalam hati suami.
Setiap kali pertengkaran, isteri salah.
Setiap kali jadi masalah, isteri jadi punca.
Setiap kali ada benda tak kena, isteri yang tak pandai jaga.
Habis tu, suami pula macamana?
Semuanya nampak sempurna
Semua nampak betul sahaja.
Walhal, suami pemimpin rumahtangga. Segala keputusan dan tindakan suami kena pimpin dan atur.
Tok Abah tak kata semua para suami yang bermasalah.
Tidak sama sekali.
Namun sebilangan besar, inilah yang berlaku.
Tok Abah melihat kepada ratusan kes yang Tok Abah temui dari dahulu sehingga ke hari ini, banyak rumahtangga yang berat sebelah.
Kerana apa?
Isteri banyak masam muka, moody, beremosi dan buat perangai, maka ditudingnya jari kata isteri yang mengada-ngada.
Para suami, tak mahu sedikit pun turunkan ego dan duduk sama rendah dengan isteri.
Buat para suami,
Suami yang bijak, dia takkan pandang besar pada salah isterinya sahaja. Setiap kali berlaku masalah, dia akan tuding jari ke diri sendiri dahulu.
Mencari mana kelemahan dan masalah yang perlu dia perbaiki.
Kerana dia tahu, dia pemimpin dan perlu dia yang jadi penyelesaian kepada semua hal ini.
Sungguhpun jika para isteri itu salah, kalian tidak menghukum tetapi didik, bimbing dan bentuklah isteri menjadi lebih solehah dan sempurna di mata kalian,” Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Mingguan Wanita : Suami sesekali kucuplah dahi isteri berikanlah semangat buat permaisuri hatimu.
Tolong mak ayah pun sebenarnya salah satu cara mudah nak peroleh pahala dan melangkah ke syurga Allah. Tapi kenalah dibuat dengan ikhlas. Ini tidak, baru tolong mak sikit, merungutnya panjang berkajang-kajang. Sakit tanganlah, lenguh kakilah. Bila mak-mak ada anak yang kuat merungut macam ini, tak pasal-pasal mak pun jadi geram.
Macam manalah nak pujuk anak biar ikhlas membantu. Tak perlu dipaksa-paksa buat kerja. Tip ini mak-mak boleh praktik. Minta anak bantu tanpa memaksa mereka.
1. Imbuhan Itu Booster!
Katakan jika tolong mak, mak akan bagi duit untuknya beli aiskrim. Pasti si kecil akan ringan tangan membantu.
2. Penatnya Mak Hari Ini…
Beritahu anak, anda sudah penat seharian buat kerja itu dan ini. Sekarang tiba masa tolong mak pula. “Boleh Amni tolong ibu ambilkan barang sekian-sekian.” Minta dengan suara yang sedih dan simpati. Anak tentu tak akan sampai hati membiarkan anda keletihan.
3. Hadiahkan Ke Taman
Kanak-kanak memang suka bermain di taman permainan. Sebut sahaja anda akan bawa mereka ke situ pasti akan melompat kegirangan. Umpan dengan mengatakan anda akan bawa dia ke sana jika tolong anda buat kerja rumah. Ibu perlu tepati janji ya, jika anak sudah membantu.
4. Mengungkit Demi Kebaikan
Salah satu tip, anda boleh katakan sudah banyak pertolongan yang anda buat untuk anak. Anda sudah basuh bajunya, masak untuknya, pakai baju untuknya dan banyak lagi. “Tidak bolehkah jika Amni tolong mak kali ini. Amni pula tolong mak.” Pasti dia akan tolong anda. Tidak salah mengungkit dengan anak sendiri.
5. Nak Masuk Syurga Tak?
Mungkin anak tidak berapa faham apa itu Syurga. Tapi anda boleh terangkan kepadanya terlebih dahulu. Dengan itu anda katakan jika tolong anda, ayah dan adik, kakak akan dibalas syurga dan dapat pahala. “Kakak tidak mahu ke syurga ke.” Pasti dia akan membantu anda.
6. Keajaiban Pelukan Mak
Sebelum anda meminta tolong, bermanja dengan terlebih dahulu. Puji, peluk dan ciumnya. Lepas itu anda minta pertolongannya. Bila dia dah dapat upah emosi sebegitu, dia tidak lagi berkira. Tak pasal-pasal, tak perlu suruh dia dah buat kerja yang anda belum minta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami kedekut sampai isteri terpaksa ‘mencuri’ demi nak beli barang keperluan. Kenapa ada suami yang begitu kedekut? Adakah mereka sedar bahawa isteri bukanlah peminta sedekah? Ada isteri yang terpaksa mengambil wang dari dompet suami secara senyap untuk menampung keperluan asas seperti makanan.
Suami Kedekut Sampai Isteri Terpaksa ‘Mencuri’ Demi Nak Beli Barang Keperluan
Tindakan ini dilakukan kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri, lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja. Bila suami pula bersikap kedekut, ia benar-benar menyukarkan.
Situasi seperti ini mungkin jarang berlaku, tetapi ia memang wujud. Sikap kedekut terhadap ahli keluarga, terutama isteri, boleh mendatangkan kesan buruk. Bukankah isteri itu sebahagian daripada hidup suami? Kenapa perlu berkira?
Jika anda menghadapi masalah dengan suami yang kedekut, jangan terlalu risau. Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh ada memberikan beberapa panduan berguna untuk membantu para isteri mengatasi isu ini.
Sebab-Sebab Isteri Ambil Duit Suami Tanpa Pengetahuan
1. Keinginan Untuk Berhias
Setiap wanita ingin kelihatan cantik, dan ini memerlukan perbelanjaan. Bagi isteri yang tidak bekerja, mereka amat bergantung pada nafkah suami untuk keperluan diri. Oleh itu, suami perlu menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah tanpa berkira, terutamanya untuk keperluan isteri dan keluarga.
2. Keperluan Asas Keluarga
Isteri kadangkala terpaksa mengambil tindakan ‘panjang tangan’ kerana keperluan asas seperti makanan untuk anak-anak. Ia bukan dilakukan dengan sengaja, tetapi kerana keadaan mendesak. Suami sepatutnya memastikan nafkah untuk keluarga dipenuhi dan tidak diabaikan.
3. Sikap Melampau Seperti Meminta Resit
Ada suami yang mengungkit setiap sen yang dibelanjakan oleh isteri. Lebih teruk, ada yang meminta resit sebagai bukti setiap kali isteri menggunakan wang yang diberi. Sikap ini jelas tidak wajar kerana ia hanya mencetuskan ketegangan dalam rumah tangga.
Bahaya Suami Kedekut
Apabila isteri berasa seperti peminta sedekah setiap kali memohon wang daripada suami, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan tekanan emosi. Situasi ini boleh mengakibatkan konflik yang berpanjangan dan mungkin membawa kepada perceraian jika tidak ditangani dengan baik.
Langkah-Langkah Untuk Isteri
Untuk mengelakkan suami salah faham, isteri disarankan agar sentiasa memaklumkan kepada suami apabila perlu mengambil wang. Nyatakan tujuan, jumlah yang diambil, dan keperluan penggunaannya.
Ini penting untuk mengelakkan salah faham dan pertengkaran. Jangan biarkan suami mengetahui wangnya hilang tanpa sebab, kerana ia hanya akan merumitkan keadaan.
Nasihat Buat Isteri
Jika perlu meminta wang, pastikan ia berlandaskan keperluan yang munasabah. Hindari daripada mengambil wang tanpa kebenaran, kerana kelakuan ini boleh menjadi kebiasaan yang membawa masalah pada masa depan, terutama jika ia dijadikan alasan untuk perkara seperti perceraian.
Pesanan Buat Suami
Berikan kepercayaan kepada isteri untuk menguruskan kewangan keluarga. Jangan terlalu curiga atau berprasangka buruk terhadap isteri anda. Ingatlah bahawa perbelanjaan itu digunakan untuk kesejahteraan keluarga dan juga untuk mempercantikkan isteri yang akhirnya untuk anda juga, bukan orang lain.
Komunikasi dan kepercayaan adalah kunci utama dalam menangani isu ini. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing agar hubungan rumah tangga kekal harmoni.
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat. Kredit Video : Youtube HambaFaqir Channel
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...