Berbanggalah bila kerjaya anda adalah seorang suri rumah tangga. Ia umpama sebuah kerjaya profesional. Siapa kata suri rumah tak boleh jadi profesional? Tak semestinya anda perlu bekerja baru boleh dikatakan profesional. Tak semestinya juga anda perlu punya diploma atau ijazah kemudian tinggal di rumah menjadi suri rumah, baru boleh dikategorikan sebagai profesional.
Suri Rumah Kerja Mencabar
Suri rumah juga adalah satu kerjaya yang amat mencabar malah lebih mencabar daripada semua kerjaya yang ada walau hakikatnya anda tidak diberikan sejumlah pendapatan bagi hasil kerja anda pada setiap hujung bulan.
Malah, hasil kerja anda adalah asas utama kepada setiap pembangunan negara. Malangnya, tidak ramai yang sedar tentang hakikat ini termasuk mereka yang memegang jawatan suri rumah.
Betapa PENTINGNYA Kerjaya Suri Rumah
Perbincangan saya kali ini adalah untuk menyedarkan kita semua tentang betapa pentingnya tugasan seorang suri rumah dan betapa suri rumah juga adalah satu kerjaya profesional dan insya-Allah, saya akan berikan beberapa panduan untuk anda mencapai tahap profesional tersebut.
Moga para isteri suri rumah malah suami yang punya isteri sebagai suri rumah, lebih menghargai diri sendiri dan pasangan anda. Perkara paling utama ialah anda perlu berbangga dengan kerjaya anda sebagai suri rumah.
Berbanggalah, Jangan Malu!
Rata-rata wanita yang saya jumpa semacam malu bila memperkenalkan diri sebagai suri rumah. Kenapa perlu malu? Anda sepatutnya berbangga kerana anda adalah pemangkin kepada segala pembangunan yang ada.
Ads
Mungkin sebelum ini anda tidak sedar tentang perkara ini dan kini anda telah tahu maka mulai hari ini, tanamkan rasa bangga di dalam diri kerana memegang jawatan sebagai suri rumah.
Berbanggalah Dan Lakukan Dengan Gembira
Perkara kedua; lakukan segala kerja dengan rasa rela dan gembira. Saya faham, kerjaya sebagai surirumah tak kenal erti rehat apatah lagi erti tamat. Bak kata Labu dalam cerita Labu Labi: “selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja…”.
Saya pernah kendalikan beberapa kes yang melibatkan suami yang tak nampak sumbangan isteri yang bekerja di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Bagi golongan seperti ini, isteri hanya tau goyang kaki, duduk rumah tonton televisyen dan makan itu ini sepanjang hari.
Beri Cuti Sehari Dan Suami Ambil Alih
Jika anda tergolong dalam kumpulan tersebut, saya cadangkan agar anda berikan satu hari cuti kepada isteri anda. Hanya satu hari!! Anda akan tahu apa sebenarnya tugas isteri anda di rumah. Saya masih ingat cerita sahabat saya, rakan sepengajian di UM dan kini adalah seorang suri rumah.
Ads
Satu hari sahabat saya ini demam teruk. Masuk hari kedua, suami sahabat saya meluahkan isi hatinya agar isterinya itu segera sihat sebab tak larat melihat keadaan rumah yang tak terurus dan bimbang, si suami pula yang akan sakit teruk.
Jaga Penampilan Diri Walau Hanya Di Rumah
Di samping itu, anda perlu jaga penampilan diri. Siapa kata anda tak boleh bersolek jika di rumah? TIdak ada salahnya anda memakai pakaian yang kemas dan cantik untuk lakukan kerja-kerja rumah. Buang prinsip “duk rumah jer, tak per!!” sebaliknya tanam prinsip, “kemas dan cantik walau di mana berada dan bila-bila masa”.
Saya teringat luahan hati seorang suami, dia tak suka berada di rumah waktu cuti sebab terpaksa melihat isterinya yang hampir menyerupai hantu dengan pakaian selekeh dan rambut yang tak terurus. Jika sedemikianlah penampilan anda, jangan bising dan kecoh jika suami cari lain kat pejabat.
Belajar Dan Mengajar
Perkara paling penting yang perlu setiap suri rumah lakukan bagi memantapkan keprofesionalan kerjaya anda ialah anda perlu belajar dan mengajar. Tak ada masa? Tak cukup wang? Saya tak mintak anda ikuti kursus-kursus kat kolej.
Ads
Anda boleh belajar daripada rancangan televisyen, rancangan radio malah anda sekarang ini kebanyakan rumah ada komputer dan internet, gunakan peluang tersebut untuk belajar. Memang kerja anda banyak dan tak habis-habis namun anda perlu bijak menguruskan segala kerja anda.
Anda juga perlu ajar anak-anak menguruskan keperluan mereka sendiri. Contoh paling mudah, ajar anak-anak mengemaskan semula mainan selepas selesai bermain, kemaskan bilik tidur dan ajar anak-anak mengangkat pinggan sendiri ke sinki. Bila dah besar sikit, ajar pula untuk mencuci.
Bijak Urus Keperluan
Bila anda bijak mengatur setiap keperluan dan pengurusan rumah tangga dan anak-anak, anda bukan saja dapat memudahkan segala kerja anda sebaliknya anda menyediakan anak-anak anda menjadi seorang yang bertanggungjawab. Malah, anda boleh lakukan kerjaya sampingan untuk tabungan anda sendiri dan boleh juga membantu kewangan suami.
Ingat!! Berbanggalah dan tingkatkan keprofesionalan anda sebagai surir umah. Mak saya juga seorang suri rumah dan jika mak saya boleh, anda juga pasti boleh!!
Sumber artikel: Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, juga penulis di dalam majalah MINGGUAN WANITA http://bersamasuzana.blogspot.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap suami isteri, rezeki anak Allah berikan berbeza. Ada yang ramai, ada yang sedikit malah ada yang belum dikurniakan pun cahaya mata. Jadi tak perlulah dipertikaikan kenapa seseorang itu anak sikit atau ramai.
Sepertimana yang dialami oleh bapa anak sikit ini, Nur Firdaus Abdul Razak, Perunding Motivasi juga menyandang jawatan Imam I, Masjid As Syarif Seri Kembangan, jawapan yang diberikan benar-benar menyentak, membuka minta si penanya.
Betapa setiap anak itu bukan semata-mata untuk mak ayah berbangga dengan jumlah anak-anak yang ramai. Ada tanggungjawab berat yang perlu dipikul sebenarnya.
BILA ORANG TANYA KENAPA ANAK SIKIT
O: Orang K: Kiter
O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?
K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.
O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.
K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?
O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?
K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
O: Hmm.. (terdiam sekejap)
K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti.
Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.
O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)
K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula 🙂
O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.
K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.
Sebenarnya banyak kelebihan jika setiap keluarga mempunyai mini surau sendiri di rumah. Mini surau tidak memerlukan ruang yang besar pun, memadai suatu tempat khas dikhususkan untuk beribadah sekaligus mampu merapatkan hubungan seisi keluarga.
Berikut antara perkongsian pandangan yang dikongsikan oleh Encik Shaari Anuar;
Kenapa perlu ada perlu mini surau kat rumah?
1. Elak Terpijak & Najis Merebak Satu Rumah
Yang utama, tak nak gunakan toilet untuk tempat mengambil wuduk.Asingkan, bilik air surau ini, gunakan hanya tempat ambil wuduk saja.Bukan apa, taknak anak anak kita yang tak ada alas kaki masuk ke toilet dan terpijak najis, dan menyebabkan kuman najis tu merebak satu rumah, hingga tempat kita bersolat.
2. Tempat Ibadat Satu Keluarga
Kalau kita nak makan, anak anak kita akan ke dapur, nak tengok tv, samada kat ruang tamu atau bilik TV, tapi untuk beribadat, mesti ada tempat khusus untuk mengaji, dan bersolat.Kalau dapur kita boleh renovate mahal mahal, kenapa tidak boleh buat tempat beribadat?
3. Tempat Untuk Anak-Anak Menghilangkan Ketagihan Media Sosial Samada Ipad Atau Games.
Letakkan buku buku, Lego yang menjana minda.Sebelum ni, saya bagi kebebasan untuk anak saya, Rayyan menonton youtube. Beliau sukakan video video sukan lasak dari barat. Kesan dari tersebut, bukan saja dia sendiri semakin lasak, dia terdedah dengan bahasa bahasa kotor dan siap menghafal satu persatu.
4. Tempat Untuk Bersantai Satu Keluarga
Kalau orang lain kata, bilik TV tempat merapatkan keluarga, bagi saya salah.Keluarga moden sekarang, satu rumah, ada 3-4 biji tv.
Ada satu case, kawan saya bercerita yang beliau berpisah dengan isteri dia.Terkejut jugak, dia tu, dah lah kaki masjid, baik pulak tu.Bercerai ketika umur masuk 40 tahun, dah ada anak anak pula tu.Then, beliau start bercerita.
“Salah satu faktor terbesar, beliau tak rapat dengan anak-anak sangat.Selalu kena outstation dan isteri beliau jugak sibuk dengan career. Memanglah beliau selalu ke masjid, tapi beliau tak pernah bersolat atau mengaji bersama anak anaknya.Infact, tak pernah pun mengajar dan serahkan tanggungjawab itu pada sekolah.”
Dan kalau balik kerja awal pon , malam malam suka “bermamak” dengan kawan kawan. Dah jadi satu budaya dari muda, keluar malam-malam. Masa mereka berpisah, semua anak anak ikut isterinya.Isteri beliau juga ada business, juga seorang yang independent.
Pesan beliau kat saya, hargai family yang ada.
Boleh share, jika rasa bermanfaat, untuk kita sama sama jaga keluarga kita..
Bila dah berkahwin dan jadi suami orang, buat cara macam sudah beristeri. Bukannya macam bujang dulu, seronok sana-sini. Batas pergaulan dengan wanita lain harus dijaga. Tiada istilah suka-suka, bukan betul-betul kerana ada hati yang perlu dijaga iaitu isteri.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya wahai suami sekalian:
“Ala, suka-suka jer…bukan betul-betul pun”
Lawak juga dengan kaum sendiri ini… Bila isteri tanya kenapa banyak komen dekat sosial media perempuan lain, siap emoji-emoji bagai.
Jawapannya “Ala, suka-suka je…”
Memang Suka-Suka, Tak Jaga Pergaulan
Nowadays, memang kita orang lelaki ini suka-suka saja komen dekat media sosial perempuan lain?
Kalau isteri sendiri tag ilmu, tak adanya nak baca… Kalau isteri sendiri tag information apa-apa, tak adanya nak tengok… Bila kandungan posting itu panjang, terus komen,
“Lukis boleh tak?”
Tapi kalau bukan isteri yang post, benda tak lawak pun jadi lawak… Kalau bukan isteri yang post, benda tak minat pun jadi minat… Tengok orang korek telaga pun jadi seronok, boleh tengok sampai habis data… Interested gila… Sebab orang lain post, perempuan pulak tu…
Nak-nak yang single mingle, lawa… Comfirm “See First”…
Pantang awek tu update apa-apa, cepat saja komennya, cepat je like-nya… Awek itu ada masalah, cepat saja bagi nasihat, pendapat dan pandangan… Tapi masalah dekat rumah, dia tak nak ambil tahu… Dia tak peduli…
“Suka-suka pun tak boleh? Nak abang buat betul-betul?”
Itu sajalah ugutan orang lelaki… Tak kena dekat batang hidung kau bang, bolehlah main ugut-ugut ini… Isteri kau tiru buat macam itu, harap-harap kau bolehlah terima alasan “suka-suka” macam yang kau bagi itu…
Bila dah jadi suami, buat cara macam sudah beristeri… Pergaulan kena jaga walaupun di alam maya… Apa yang kita buat itu, kalau isteri tak nampak pun, orang lain nampak… Lambat-laun, sampai juga dekat pengetahuan isteri…
Nak isteri terima dengan berlapang dada dan terbuka serta bersangka baik akan perangai sebegini?
Suka-suka Tak Halalkan Perbuatan Tak Jaga Pergaulan
Mustahil kot, impossible…suka-suka bukanlah boleh digunakan sebagai alasan utk “membenarkan” atau “menghalalkan” perbuatan tersebut… Isteri mesti terasa bila mana orang yang dia sayang, “bermesra” dengan orang lain… Terang-terangan dalam sosial media pulak tu…
Fikir logik pun sudah tahu jawapan baik atau buruk, salah atau tak salah perbuatan tu… Tak perlu diterangkan dengan lebih lanjut lagi…
MW: Tak bermakna suami tak boleh bersosial langsung di media sosial, banyak kan kawan-kawan lelaki. Jadi komen kawan-kawan lelaki, hati isteri pun tak sakit. Bayangkan kalau isteri suka-suka bermesra dengan orang lain di media sosial. Pasti tak suka kan? Renung-renungkan ya wahai suami.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!