Romantis Bukan Pengukur Kasih Sayang Pada Isteri, Muka Garang Pun Penyayang!

Romantis? Jangan haraplah. Sejak kahwin tak pernah buat kejutan ke..bagi hadiah ke…Ah, tak sayanglah tu. Itulah tanggapan pertama isteri, kalau suami tak penuhi kehendaknya atau ‘jadi’ seperti yang dia impikan.

Suami ada cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap isteri. Ada suami yang memang tebal dengan sikap romantis. Tiap kali tarikh istimewa isteri, pasti tak lupa hadiah dan kejutan manis untuk isteri tersayang. Tentulah hati isteri berbunga bahagia!

Romantis Bukan Pengukur Kasih Sayang Pada Isteri, Muka Garang Pun Penyayang!

Suami Tak Sama Perangai, Jangan Bandingkan

Namun ada juga suami yang sebaliknya. Ingat tarikh hari jadi isteri pun dia lupa, ini kan pula dia nak belikan hadiah dan buat kejutan.

Isteri tolong jangan sesekali bandingkan suami sendiri dengan suami orang lain. Sikap suka membanding-bandingkan ini boleh jadi punca gaduh suami isteri.

“ Awak ni tak romantis langsung. Suami orang lain, ada juga hadiahkan bunga masa birthday isteri dia. Awak? Mimpi la…”

IKLAN

Sebelum keluarkan kata-kata itu, tolong tarik nafas sejenak dan fikir. Apakah sikap suami yang anda anggap tak romantis itu memberi petanda suami tak sayangkan anda?

Semak dulu perkara ini Sebelum Tuduh Suami Tak Romantis Tu Tak Sayang Ye:

1. Kalau anda sakit, suami yang mendesak anda ke klinik walau pun anda malas. Dengan alasan demam sikit saja. Itu tak sayang ke

2. Memang suami tak belikan jambangan bunga tapi bila tiba hari jadi anda, dia akan bawa anda dan anak-anak keluar makan. Baginya, itu lebih bermakna. Sekurang-kurangnya anda sekeluarga dapat menikmati masa berkualiti bersama. Tak suka ke?

3. Kalau anda penat kerja dan beritahu tak sempat masak, suami tak mengeluh pun. Malah siap belikan lauk untuk makan malam. Tak prihatin ke?

4. Bila keluar shopping, suami akan tanya apa barang anda nak beli untuk diri anda? Ada saatnya, dia sanggup belikan barang keperluan anda saja kerana bajet bulan itu tak cukup. Itu bukan tanda sayang ke?

5. Muka suami anda memang garang dan ‘ketat’ je, tapi pernah tak dia naik tangan dan pukul pada anda atau anak-anak? Tak ada kan?

Realiti Dan Fantasi Romantis

Kadangkala, jangan kita cuba nak bentukkan suami dengan acuan yang kita anggap ‘sempurna’ bagi diri kita. Kadangkala lelaki yang ‘sempurna’ itu tak ada pun di dalam realiti. Jangan terbawa-bawa dengan fantasi hero drama Korea yang serba romantis.

Bila anda sudah bersetuju untuk menjadi suri hidupnya, maka dia sudah dapat menerima segala buruk anda. Jadi, anda juga kena buat benda yang sama.

Tak terfikirkah, selepas kahwin dan beranak, dia tak pernah berungut walau pun saiz anda dah berubah. Anda yang susah hati nak diet dan sebagainya. Kalau fikirkan, tentu dia pun inginkan isteri yang tetap cantik dan solid macam baru-baru kahwin dulu. Tapi dia faham, kecantikan dan saiz anda berubah mungkin kerana faktor usia yang makin bertambah dan selepas beberapa kali bersalin.

IKLAN

Bila Terima Suami Seadanya, Anda Akan Bahagia!

Percayalah, apabila kita sentiasa memandang perkara baik dan apa lebihnya suami kita, maka kita akan menanam rasa bahagia dalam diri kita. Biarlah dirinya tak romantis seperti suami orang lain, yang penting dia sayang dan menjaga anda dan anak-anak dengan baik.

https://www.mingguanwanita.my/ini-sunnah-nabi-saw-balik-dari-mana-mana-beri-isteri-dan-anak-hadiah/

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI