Banjir kilat yang berlaku di Yan, Kedah turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini doa abah buat semua mangsa.

Bukan sedikit yang terjejas dengan kejadian banjir kilat di Yan , Kedah ini, malahan sehingga meragut nyawa dan masih hilang belum ditemui.

Banjir Kilat Di Yan Kedah, Ini Doa Abah Untuk Semua Banjir Kilat Di Yan Kedah, Ini Doa Abah Untuk Semua Banjir Kilat Di Yan Kedah, Ini Doa Abah Untuk Semua
Ini Doa Abah Untuk Semua

Kongsinya di Facebook, “Saya mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi (semalam).

Saya berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang terlibat dalam bencana ini. Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.

Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin.

Banjir Kilat Di Yan Kedah, Ini Doa Abah Untuk Semua
Semoga tugas-tugas pasukan keselamatan ini dipermudah manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik COVID-19.” luahnya.

Baca Juga Di Sini :

Bersalin Atas Perahu Ketika Redah Banjir, Anak Dinamakan ‘Siti Noor Banjiriah’

IKLAN

Tiga Kali Duduk Pusat Pemindahan ‘Ramai TAK TAHU Bila Banjir Begini Jadinya’

Mulianya Hati Farah Lee, Misi Sumbangan Telekung & Sejadah Kepada Mangsa Banjir Luar Jangkaan

Noorkhiriah & Pengikut Bantu Mangsa Banjir Pahang, “Semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Kalian”

“Saya Tak Dapat Turun Padang, Keadaan Tak Mengizinkan” Siti Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Banjir Kilat Di Yan Kedah

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, turut mengesahkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang identitinya belum dikenal pasti meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang susulan kejadian terbabit.

IKLAN

Banjir Kilat Di Yan Kedah, Ini Doa Abah Untuk Semua
Rentetan itu, kerajaan negeri membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir kilat Yan yang akan dibahagikan kepada tiga kategori, membabitkan mangsa positif COVID-19, dikuarantin dan sihat.

Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai, petang semalam, umpama ‘tsunami’ kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.

Banjir Kilat Di Yan Kedah, Ini Doa Abah Untuk SemuaDikatakan kejadian banjir ini berpunca dari hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai dengan air mengalir laju turun ke kaki gunung dan masuk ke Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.

Mingguan Wanita : Semoga mangsa banjir kilat di Yan, Kedah dipermudahkan urusan dan tabah melalui bencana ini. Kejadian yang berlaku sekelip mata ini bukan hanya menjejaskan harta benda, malahan juga emosi.

IKLAN

Sumber: Berita Harian, Muhyiddin Yassin

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI