Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Perkembangan terkini dilaporkan jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Jasad Dalam Keadaan Baik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Pencarian Remaja Lelaki
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Ads
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah
“Habis last paper, terus pergi rumah baru cikgu.” Ziarah kubur sebagai tanda terima kasih kepada guru yang banyak berbakti dan berjasa pada pelajar ini.
Jika pelajar lain mempunyai cara tersendiri meraikan hari terakhir menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tindakan beberapa pelajar ini mencuri tumpuan netizen.
Habis Last Paper
Ziarah kubur cikgu di hari terakhir peperiksaan SPM adalah sesuatu yang patut dipuji.
Ziarah kubur cikgu di hari terakhir peperiksaan SPM adalah sesuatu yang patut dipuji. Syabas! Arwah guru yang dikenali dengan panggilan Cikgu Normala ternyata berjaya mendidik pelajarnya menjadi insan yang baik.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan “tiada cikgu, tiada ilmu… Semoga tenang di sana cikgu” juga benar-benar menyentuh hari netizen.
Terus Pergi Rumah Baru Cikgu
Tindakan anak muda yang dianggap “rare” ini juga membuktikan bahawa setiap kejayaan seorang pelajar tidak kiralah dari segi akademik atau sahsiah bermula daripada pengaruh seorang guru.
Ziarah Kubur Sebagai Tanda Terima Kasih
Rata-rata netizen terharu dengan cara pelajar ini berterima kasih kepada guru mereka yang telah pergi buat selamanya. Dalam masa yang sama menerusi komen di posting tersebut, arwah cikgu ini telah pergi buat selamanya pada bulan Februari yang lalu.
Ramai netizen berpendapat bahawa guru ini pastinya seorang cikgu yang baik, disenangi dan disayangi ramai pelajar kerana hingga dia tiada, segala jasanya masih dikenang.
Mingguan Wanita: AlFatihah buat arwah Cikgu Normala bt Hashim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan arwah di kalangan orang beriman. Amin.
Sumber : TikTok @azeemiskndr
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Saya mahu arwah ibu, Allahyarhamah Rohana Jalil jadi saksi pembabitan saya dalam konsert epik dan bersejarah bersama legenda tersohor Bollywood, Udit Narayan. Jika arwah ibu masih hidup pasti beliau bangga,” ujar penyanyi Kilafairy memulakan bicara.
Ya, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan punya banyak sebab untuk berasa teruja dan berbangga selepas dipilih berkongsi satu panggung bersama ikon muzik Bollywood, Udit Narayan menerusi Konsert Udit Narayan In KL pada 28 Disember ini.
Bangga
Salah satunya adalah anak kepada penyanyi Allahyarhamah Rohana Jalil ini menjadi penyanyi wanita Malaysia yang terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur.
Nama Kilafairy dipilih oleh pihak penganjur, VVST Digital Creation kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi yang fasih menyanyikan lagu Bollywood.
Kilafairy, 32, malah menyifatkan peluang emas yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Udit Narayan ada seorang figura yang sangat istimewa. Saya meminati Udit kerana merupakan peminat tegar Shah Rukh Khan dan kebanyakan lagu yang didendangkan SRK dalam filem adalah vokal Udit.
“Jadi apabila dilamar untuk terbabit dengan Konsert Udit Narayan In KL, saya terkejut, tidak percaya, gemuruh dan takut kerana akan berkongsi pentas dengan seorang ikon.
Mimpi Jadi Nyata
“Saya juga bangga kerana ini merupakan penglibatan sulung saya dalam konsert Bollywood berskala besar, apa lagi membabitkan pesohor Udit Narayan. Ia umpama mimpi menjadi kenyataan,” katanya Kilafairy.
Bercerita lanjut, Kilafairy yang kini giat menjalani latihan vokal memberitahu akan membawakan sebuah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi Syamel.
“Saya akan menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet dua buah lagu dengan Syamel pada malam 28 Disember 2024 nanti.
“Dan sekarang saya giat menjalani latihan vokal serta mendalami lenggok nyanyian Hindustan kerana penghayatan daripada segi lenggok Bollywood sangat berbeza dengan Melayu. Ia penting malah lagu Tamil dan Hindi juga punya lenggok berbeza,” katanya.
Menyanyi Bollywood Sejak Kecil
Ironi dunia Bollywood bukan sesuatu yang asing buat penyanyi dan pelakon ini. Kilafairy mula menyanyi lagu-lagu Bollywood sejak berusia 8 tahun dan menonton karya-karyanya sejak kecil bersama keluarga.
Bollywood akuinya lagi selalu membawa dirinya pulang ke masa silam, menikmati momen bersama keluarga terutama arwah ibu yang kembali ke Rahmatullah pada 2023.
“Saya mula menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak usia 8 tahun dan menonton karyanya sudah seperti menjadi satu tradisi dalam keluarga sejak saya kecil.
“Saya juga belajar ‘permainan’ emosi dalam dunia lakonan menerusi filem Bollywood. Saya suka bagaimana karakter diterjemahkan dan instrumen serta bunyi-bunyian dalam naskhah Bollywood.
“Maka apabila terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL, saya terasa pulang kembali ke masa silam saat menghabiskan momen menonton filem Bollywood.
“Khabi Khushi Khabi Gham merupakan filem yang saya dan keluarga tonton sebanyak lima kali dan masih menangis. Arwah ibu saya juga sangat meminati lagu Khushiyan Aur Gham Movie dari filem Mann.
“Dan saya sendiri meminati terlalu banyak karya Udit Narayan terutama daripada filem Devdas, Mann dan Taal. Semuanya menusuk jiwa,” tambah Kilafairy.
Menaruh harapan agar Konsert Udit Narayan In KL berjalan lancar, Kilafairy juga mendedahkan akan tampil dengan kostum bertemakan Bollywood.
Menyentuh soal busana yang bakal digayakan pula, Kilafairy berkata dia memilih rekaan dari Shanell Harun untuk digayakan di konsert berkenaan.
“Saya akan menyarung busana daripada pereka Shanell Harun. Tentu sahaja ia akan punya tema Bollywood namun tidak ada yang berlebihan. Saya akan tampil dengan gaya sederhana tapi elegan seperti penampilan selalu,” dedahnya.
Raja Melodi
Konsert Udit Narayan In KL akan menjadi saksi ikon legenda muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang tiga dekad berkarier kembali ke Malaysia selepas 12 tahun.
Cukup terkenal dengan lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” dan persembahan beliau dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak”, Udit akan membawa para peminat lagu Hindustan ke zaman kegemilangan industri filem dan lagu Bollywood iaitu era 90-an sehinggalah ke hari ini.
Jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Udit Narayan In KL yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.
Sebarang pembelian tiket boleh layari https://myticket.asia/ atau hubungi VVST Digital Creation di vvstdigital@gmail.com.
Dr Malar kongsi 3 nasihat “mitos” yang ibu muda dalam pantang selalu percaya, akhirnya sendiri stres. Bagi ibu-ibu muda terutama bagi kelahiran pertama, akan ada banyak nasihat yang datang dari orang sekeliling.
Ia biasanya berkitan penjagaan dalam pantang, bagaimana cara mengasuh bayi, soal pemakanan dan lain-lain hal yang mana biasanya ibu muda memberontak dalam diam kerana tidak mahu dianggap melawan pendapat ibu atau mentua yang menjaga mereka.
Tapi tanpa sedar, hal-hal ini akhirnya menjadi satu mitos yang sangat dipercayai tapi masa yang sama, segala pantang larang ini menjadikan ibu muda lebih stres.
Dr Malar Kongsi 3 Nasihat “Mitos” Yang Ibu Muda Dalam Pantang Selalu Percaya
Dr Malar berkongsikan tiga mitos di twitternya yang membuatkan ramai ibu muda percaya termasuk dirinya sendiri. Apa tiga mitos ini yang membuatkan ramai ibu muda percaya?
3 PERKARA YANG IBU MUDA SERING DI-BRAINWASH dan kita TERPENGARUH dan menyesal tak sudah di kemudian hari. Saya sendiri pun termasuk dalam kategori ini.
1) Anak lapar lagi tu. Susu awak sikit sangat tu. Position you tak betul tu. Baby menangis sebab tak cukup susu tu. -Begitulah “nasihat” tak membina orang di sekeliling yang hanya berguna untuk stresskan ibu muda dan besarkan (stretch) perut baby. Siapa mangsa nasihat ni macam saya?
Mitos keduanya adalah berkaitan penjagaan badan ketika dalam pantang.
2) Kalau nak jaga badan lepas bersalin, jangan minum air, nanti masuk angin jadi gemuk. Jangan makan sayur, nanti sakit tarik tarik. Jangan bersenam cepat sangat, nanti luka terbuka. Begitulah “nasihat” mitos dan karut yang hanya menyebabkan wanita tu dapat buasir, merana dan menyesal.
Lebih teruk mitos berkaitan keselamatan bayi.
3) TAK PAYAH PAKAI CARSEAT! Riba je anak rapat-rapat, barulah baby rasa selamat. Takkanlah ko nak letak baby kat belakang soran-sorang²? Takkanlah ko nak duduk kat belakang ngan baby, pastuh laki ko duduk sorang kat depan?! Nanti laki carik pompuan lain baru nak menyesal?
Begitu lah biasanya nasihat tidak membina orang di sekeliling yang bila kita baru bersalin dan rasa vulnerable, memag mudah nak terpengaruh. Kalau jiwa ni tak kental, memang susah nak jadik mak zaman sekarang ni. Tu belum dia petik umur kita yang muda, pengalaman dia yang luas. Aduiii, kongsinya.
Akhirnya Sendiri Stres
Dalam pada itu, Dr Malar turut berkongsi pengalaman seorang ibu muda yang menyesal tak berguna kerana mempercayai mitos tersebut.
Bacalah sendiri keluhan akak ni yang menyesal tak sudah dgn pilihan dia. Saya tak kritik takdir dia dan keluarga, malah saya rasa dia sangat kuat sebab mampu berkongsi kisah untuk kita ambil iktibar.
So ibu-ibu muda, ini nasihat berguna untuk semua ketika dalam pantang.
1)Susu anda cukup cukup sahaja, dont worry!!
2)Makan sayur minum air secukupnya ketika pantang dan sepanjang hayat untuk kesihatan anda sendiri.
3) PLEASE USE CAR SEAT demi anak kita. Dan gunakan rear-facing sejak lahir sebab boleh kurangkn 70% kecederaan kepala.
Kelebihan car seat jenis hala ke belakang atau rear-facing.
1) kurangkan kecedaraan kepala 70%
2) kurangkan pergaduhan adik beradik hampir 100% !
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...