Ayam masak ungkep, merupakan masakan popular bagi orang Jawa! sangat sedap dan rugi siapa yang tak pernah makan. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang. Mak-mak yang nak rasai sendiri kesedapan Ayam Masak Ungkep ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Amira Husin.
Berikut resipi dan langkah yang dikongsikan satu persatu;
“Siapa kat sini suka menu Ayam Masak Ungkep? Ini masakan popular orang Jawa. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang.”
“Masakan Ungkep ni guna cili api. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api lebih sedikit. Kalau mahu kurangkan pedas, boleh tambah santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kecur air liur dah ni. Jom kita cuba resepi Ayam Masak Ungkep ni. Senang sangat.”
Bahan-bahannya:
6 ketul ayam (dibasuh bersih)
1 biji bawang besar
2 inci halia
10 biji cili api hijau
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai
1 sudu besar gula melaka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong.
2.Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
Ads
3.Gaul rata macam ini. Rehatkan di tepi.
4.Sementara itu, sediakan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar.
5.Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak.
6.Kisar sehingga halus macam ini.
Ads
7.Panaskan minyak didalam kuali.
8.Tumis bahan yang telah dikisar tadi sampai pecah minyak.
9.Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi. Gaul rata.
Ads
10.Masukkan serai dan gaul rata.
11.Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.
12.Dah siap. Inilah dia Ayam Masak Ungkep yang telah siap dimasak.
Senang kan? Selamat mencuba.
MW: Sedapnya Ayam masak ungkep ini. Masakan yang sangat popular bagi orang Jawa. Makan dengan nasi panas-panas, memang bertambah sedap!
Salah satu menu masakan yang sedap dari Padang, Indonesia mesti dicuba adalah Rendang Daging Minangnya. Sedap di makan dengan nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.
Rupanya nak buat rendang Minang ini mudah je, tak renyah dan bahan-bahan pun tak banyak. Menurut perkongsian Puan Ayu Susanti, nak buat Rendang Minang ni tak perlukan minyak, tak payah tumis dan tak gunakan kerisik. Resipi yang dikongsikan ini daripada ibunya yang memang berasal dari Padang, Indonesia.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Rendang Daging Minang ori from Padang Indonesia. Mama pure minang tapi dah lama menetap kat Malaysia. Setiap kali Mama buat rendang memang kitorang adik beradik tak sabar-sabar nak makan. Kalau time raya belum tengahari rendang Mama akan habis licin dek anak beranak dengan menantu-menantu.”
“Walaupon anak-anak semua lahir Malaysia, semua membesar makan makanan minang. Dekat bawah saya sediakan resepi asli dari Mama saya. Doakan Mama saya sentiasa sihat walafiat.. Aamiin.”
Bahan-Bahan:
A
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili kering pedas *
Halia *
Lengkuas*
(*blender)
B
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
(campak dalam kuali)
Santan
Daging
Cara Membuat:
1.Panaskan kuali masukkan daging serta semua bahan-bahan A dan B.
2.Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
3.Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.
Info Ekstra!
Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Bosan juga kalau makan ayam goreng biasa, kan? Apa kata kita buat ayam goreng serai Thai. Rangup dan garing buat kita tak jemu makan.
Seperti namanya, bahan utama adalah serai. Cara buatnya adalah serai itu perlu dipotong memanjang dan kemudian ditumbuk sebelum dimasukkan ke dalam perapan ayam.
Menurut Khadijah Jaafar yang berkongsi resipi ini di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), apabila serai dipotong memanjang ia akan jadi cantik bila digoreng. Setelah siap digoreng bersama ayam, serai itu akan jadi rangup dan garing.
Boleh Cuba Buat Resipi Ayam Goreng Serai Thai Perkongsian Khadijah Jaafar Ini.
“Dah jemu ayam goreng biasa. Boleh cuba ayam goreng serai thai. Pasti tak jemu makan. Rasanya lain dari kebiasaan ayam goreng. Cara masak ada pada gambar ye. Jom tengok. #khadijahjaafar #resepiciktie Cubalah!”
Ayam Goreng Serai Thai
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1-Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup. Tumbuk-tumbuk kasar je.
2-Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
3-Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last sekali. Sambil tu carik-carikkan kan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
4-Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ini baunya harum sungguh.Tadaa… dah siap. Nak bagi cantik & nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.Selamat mencuba.
MW: Kalau dah jemu makan ayam goreng biasa bolehlah cuba buat ayam goreng serai Thai ini. Tak cuba tak tahu kan.
‘Honey Chicken Wings’ atau Kepak Ayam Madu memang ada penggemarnya yang tersendiri. Mudah je buat resipi ni sendiri di rumah. Lebih jimat malah rasanya lebih padu dan sedap apatah lagi jika diperap lama ramuannya. Boleh dibakar dalam oven mahupun gunakan air fryer je.
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili -taruk sebab nak bagi naik warna dan suka pedas
Honey
Garam
Cara Membuat:
1. Cuci bersih kepak ayam.
2. Campur semua bahan-bahan, gaul sebati dan perap dengan kepak ayam.Perap lagi lama lagi sedap.
3. Bakar dalam oven pun boleh. Yang ni pakai air fryer je.
Suhu : 170c /15 minit pertama Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit
MW: Kalau suka makan kepak ayam, wajib cuba resipi ni. Memang sedap dan rasanya padu apabila bakar dalam air fryer. Malah nak lebih sedap, ramuannya kena perap lama.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.