Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu, letak timbang statik pada 35 kg. Ermm, memang akal panjang menipu. Boleh balik Rohingya pergi hari begini kalau ikut cara begini.
Dalam kita cuba berbaik sangka, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu cara begini. Menipu cara timbangan sedangkan setiap sen menipu itu, hukumnya haram.
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu
Dikongsi dari fb Achik Iqbal, dirinya berkongsi bagaimana sekumpulan Rohingya yang berniaga membeli besi buruk menipu dengan meletakkan timbangan pada angka statik walau beratnya lebih dari sepatutnya.
Bila dia cuba menimbang dirinya sendiri, jelas angka berat badannya hanya 35 kg, seolah berat seorang kanak-kanak sekolah rendah saja.
Alkisahnya petang tadi. Lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun keluarkan semua besi-besi sisa dan aluminium yang ada. Ada dua geng Rohingya dari Sijangkang katanya.
Lepas besi dan aluminium dah timbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas timbang untuk saja-saja. Hah, tu dia. 35 kilo jee.
Naik atas timbangan yang Rohingya gunakan, berat orang dewasa jadi setakat 35 kg sahaja
Ngam-ngam berat 35 kg. Jadi setiap timbangan besi buruk walau banyak mana pun akan jadi 35 kg
Mereka sudah ada lori sendiri ya. Makin maju Rohingya di negara kita sedangkan pegang kad UNHCR sahaja
Eh eh eh. Mana lagi 40 kilo. Tuhan dah ampun ke. Naik pulak seorang lagi hmm sama 35 kilo. Patut semua yang dia timbang 35 kilo ke bawah je. Pagar second berat-berat tu.
Letak Timbang Statik Pada 35 Kg
Semua tak smpai 35 kilo. Muka soleh & solehah dua orang ni pun dah lain macam. Lepas kena ceramah depa bagi tambahan lagi 20 kilo. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni.
Menyesai pulak aku naik atas timbang tu. Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat. Sebab besi buruk pun bukan boleh jadi besi baru. Simpan lama-lama bersepah je. Tapi tulah tak menipu tak kaya bro. Perkongsian : Achik Iqbal
Makanan bernitrogen. Seronok bila makanan yang kita ambil keluar asap dari mulut. Seolah berada di tempat sejuk pula. Kanak-kanaklah orang yang paling teruja untuk menikmati makanan seperti ini.
Namun, di sebalik keseronokan menikmati makanan bernitrogen ini, ada kesan buruknya yang perlu kita tahu. Mungkin ada sesetengah kedai yang masih lagi menjual makanan seperti ini.
Inilah yang berlaku dan menjadi pertikaian di negara jiran yang mana cukup popular dengan makanan bernitrogen ini telah mendakwa boleh menyebabkan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada kanak-kanak.
Dalam kes yang berlaku di Indonesia, beberapa kanak-kanak mengalami perut melecur selepas mengambil makanan ringan jalanan yang mengandungi nitrogen cecair yang popular dipanggil ‘chiki ngebul’.
Lazimnya, ia dikenali sebagai ‘nafas naga’ di Indonesia kerana ia mengeluarkan asap bila masukkan makanan itu ke dalam mulut.
‘Chiki ngebul’ adalah pelbagai jenis gula-gula berwarna pelangi yang disalut dengan awan awan kabud nitrogen cecair. Dikatakan, pakar kesihatan turut memberi amaran bahawa jika snek dimakan sebelum nitrogen cecair telah sejat, ia menyebabkan risiko melecur dan usus berlubang.
Setakat ini, lebih 20 kanak-kanak telah didiagnosis dengan melecur perut selepas didakwa merakam diri mereka sendiri memakan chiki ngebul sebagai sebahagian daripada trend TikTok yang berbahaya.
Ekoran daripada itu, Timbalan Gabenor Jawa Barat telah mengharamkan penjualan snek cecair nitrogen selepas lebih 12 kanak-kanak dilaporkan mengalami luka kebakaran usus akibat pengambilan chiki ngebul.
Beliau juga menggesa pihak berkuasa tempatan dan pegawai sekolah untuk memeriksa bahan-bahan yang digunakan oleh peniaga jalanan dan memastikan ia selamat untuk kanak-kanak.
Dr. Dicky Budiman, doktor Indonesia dan penyelidik keselamatan kesihatan global di Universiti Griffith mengesahkan potensi nitrogen cecair boleh menyebabkan luka bakar dan penembusan usus
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Indonesia, mengatakan bahawa kulit melecur dan kesukaran bernafas yang teruk ada kaitan dengan penggunaan nitrogen cecair.
Mingguan Wanita : Rasanya snek bernitrogen ini tidaklah terlalu viral di Malaysia, Cuma kita sebagai mak ayah kena berhati-hati. Tak perlulah nak ambil makanan yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak.
Bapa Puteri Aishah meninggal dunia “mohon sedekahkan Al-Fatihah, Yasin untuk arwah ayah”.
Salam takziah diucapkan buat pelakon drama Cina Buta, Puteri Aishah yang kehilangan bapa tercinta.
Difahamkan pada Khamis lalu, Allahyarham bapa Puteri Aishah berada dalam keadaan kritikal dan Puteri Aishah sempat pulang untuk bersama keluarganya di Kuantan.
Berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Sulaiman Ab Rahman yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuantan, Pahang pada malam Isnin.
Bagaimanapun pelakon Cina Buta itu tidak memaklumkan punca kematian tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, Aishah, 28, memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.
“Pada sesiapa yang mengenali ayah, Sulaiman Ab Rahman, ayah saya baru meninggal dunia pada 8.35 malam tadi (Isnin).
“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan Yasin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya yang turut memuat naik gambar bersama arwah bapanya menerusi Instagram Stories.
Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Satu kehilangan besar buat arena olahraga tanah air apabila dimaklumkan bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 59 tahun, semalam di hari lahirnya.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 malam akibat kanser payudara yang merebak ke hati dan tulang belakang.
“Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM, dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), dan kanser beliau didapati semakin parah,
“Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.
Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.
Katanya, Anita yang juga ahli YAKEB, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.
Pada temasya Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat.
Akad nikah di depan jasad ibu, suami jadi kekuatan. Ini detik paling memilukan buat pengantin baharu, Nurul Hazwani Alias, 26, apabila ibunya menghembuskan nafas terkahir ketika tidur.