Anak-anak makin membesar, mulalah panjanga akal. Ini belum lagi anak yang tak dengar cakap, degil dan ada juga yang suka melawan.
Makin bertambah geram bila mak-mak cakap, anak buat tak dengar, buat hal sendiri. Apa lagi, bermulalah bebelan mak-mak.
Itu bebel saja, ada juga dengan tangan-tangan akan menyinggah kat badan anak. Geram punya pasal.
Selalunya, kalau bab anak tak dengar cakap ini, mak lebih suka bebel. Dari dua tiga patah perkataan sampailah berjela-jela. Peliknya, makin dibebel, makin tak dengar. Ingatkan dengan cara ini anak akan lebih berhati-hati.
Begitulah bila di rumah. Anak-anak sekejap baik, sekejap gaduh. Kalau tak nak bising pun, bila masa mereka tidur. Baru aman kan!
Tapi bagaimana bila berada di luar rumah. Mungkin sebelum ini, selalu keluar berjalan-jalan, ke rumah saudara atau balik kampung. Punyalah risau bila fikirkan tentang anak-anak yang tak dengar cakap dan buat hal rumah orang.
Kadang-kadang, macam-macam pesanan yang mak ayah beri sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Bukan apa, kena pesan siap-siap untuk ingatan mereka. Kadang-kadang dari naik kereta hinggalah sampai, baru mulut mak-mak berhenti memesan.
Itu salah. Anak tak dengar cakap, walaupun beribu pesanan oleh mak-mak bukan sebab dia degil tapi cara yang mak ayah beri arahan itu salah.
Ada cara nak bagi anak arahan supaya dengar cakap. Ikuti perkongsian daripada Faizatul Iman Makpol tentang perkara ini.
Sebelum musim covid-19 seronok kan kita masih lagi merasakan nikmat berziarah ke rumah saudara kawan kawan. Last hari itu kami ke rumah salah seorang sahabat di Madinah dulu.
Sebelum ke rumah orang, pesan siap siap pada anak. Saya belajar ayat yang saya cuba dan berkesan kepada anak sendiri. Mungkin kalian boleh cuba juga. Rupanya kena kurangkan ayat abstrak dan banyak gunakan ayat yang jelas dan ringkas. Contohnya;
(Betul) “ Izzah, nanti di rumah kawan ummi, izzah duduk, main sama sama, baik baik dengan kawan. Jangan masuk bilik orang ya”
(Salah) “Izzah jangan nakal ye dekat rumah orang”
Anak bawah 5 tahun masih belum boleh memahami arahan yang panjang lebar. Kalau kita guna ayat yang panjang, mereka takkan dapat tangkap apa yang kita nak mereka lakukan.
Ibu ayah kenalah guna bahasa yang mudah difahami oleh anak. Straight to the point.
Umur 2 tahun:
Ads
Bagi arahan 2 ayat “Adik, duduk” (sambil tunjuk cara duduk ).
Umur 3 tahun
Gunakan ayat penuh tapi masih pendek “Adik duduk elok elok”
Elakkan dari guna ayat panjang lebar. Otak anak masih belum boleh proses ayat panjang-panjang. Yang penting, anak faham.
Begitulah
Mingguan Wanita : Satu lagi, kalau nak bagi arahan apa-apa, kena cakap dengan lembut supaya menusuk hati. Kalau bagi arahan pun dah macam inspektor, mahunya anak nak buat dan ingat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Memang risau bila anak tak mahu makan dan hanya mahu susu sahaja, akibatnya anak akan mengalami kekurangan berat badan dan pembesaran turut terganggu. Mungkin, ada diantara mak ayah yang beranggapan, ‘tak apa anak tak makan asalkan anak minum susu sahaja pun dah mencukupi’. Hakikatnya persepsi ini perlu diperbetulkan.
Berikut merupakan penjelasan yang dikongsikan oleh Azimah Zainal yang merupakan seorang nutritionist/ Pegawai Pemakanan mengenai perkara ini.
“Pada sesi rundingcara pemakanan hari ini, saya di datangi seorang ibu muda yang membawa anak yang berusia 3 tahun yang di rujuk oleh Doktor Perubatan di klinik atas masalah kekurangan berat badan.
Pada usia 3 tahun, anak ini beratnya 10kg dan carta berat untuk umur anak ini menunjukkan dia sedang mengalami masalah kekurangan berat badan teruk.Dalam sesi soal jawab kekerapan pengambilan makanan, anak ini minum susu formula lebih dari 10 botol sehari. 240ml setiap satu jam.”
Ibu asyik mengulang pernyataan yang anaknya memang tidak mahu makan.. hanya akan minta susu bila dia lapar. Kata ibu lagi biskut & roti pun anak nya tak mahu.
Kebetulan di atas meja saya tadi memang ada sebungkus biskut yang baru sahaja saya beli pagi tadi dan terus saya offer sekeping pada anak.Anak itu duduk diam & makan dengan tekun.
Sepanjang sesi berlansung 5 keping biskut berjaya dihabiskan oleh anak tersebut.
Punca Anak Tak Mahu Makan
Terus saya maklumkan pada ibu tersebut.
Puan, anak puan ini tidak nampak seperti seorang yang memilih makanan tetapi dia hanya tau yang bila lapar dia perlu minta susu.
Ibu, anak yang berusia 3 tahun perlu di beri makanan keluarga 4-5 kali sehari dengan kekerapan pemberian snek sebanyak 1-2 kali sehari. Susu pula keperluannya hanya lah 3 gelas sahaja sehari.
Anak yang diberikan susu formula terlalu banyak akan menyebabkan anak tidak mahu makan makanan utama. Susu itu telah memenuhi hampir keseluruhan perut anak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga seharian bagi anak.
Keperluan tenaga yang tidak mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan anak menjadi tidak normal.
Jangan Bergantung Pada Susu Sahaja
Usah ajar anak terlalu bergantung kepada susu sahaja. Bila anak lapar, kita momok kan dengan susu. Susu perlu untuk anak tetapi pemberian susu yang melebihi dari pengambilan makanan adalah tidak normal dan tidak bagus untuk anak.
Tambahan pula gula tambahan yang terdapat dalam susu formula tadi boleh memberi pelbagai impak yang tidak baik pada anak.
Ajarlah anak untuk makan pelbagai jenis makanan dan berikan snek yang berkhasiat pada anak.Elak beri kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, tinggi garam & gula.
Kadang-kadang memberi anak makan adalah sesuatu perkara yang sangat mencabar, tetapi ianya bukan alasan untuk kita sumbatkan anak kita dengan susu yang banyak. Tiada istilah tak apa anak tak makan asalkan anak minum susu.
Mohon hilangkan persepsi itu dari pemikiran ibu-ibu semua. Anak-anak perlu pelbagai khasiat dan nutrisi dari pelbagai jenis makanan untuk pastikan anak- anak membesar dengan baik dan sempurna.
Sekian #tipsnutritionist hari ini
Nutritionist yang juga mak anak dua
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat mak ayah yang lain.
Dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki dapat cahaya mata. Orang sekeliling kadang tak faham konsep rezeki dari Allah, yang mereka tahu menghukum dan mengeji. Pelbagai cara dah dibuat tapi masih belum mendatangkan hasil.
Yang penting usaha, doa dan tawakal, mana tahu dah dapat seorang, tiap-tiap tahun mengandung. Selain kaedah tertentu yang boleh dilakukan, faktor pemakanan juga memainkan peranan untuk kesuburan setiap suami dan isteri. Antara makanan yang boleh meningkatkan kesuburan adalah:
10 Jenis Makanan Mudahkan Hamil
1. Bayam
Bayam serta sayuran hijau berfungsi menambah keperluan asid folik di dalam badan. Asid folik sangat penting dalam pembetukan sperma dan telur yang sihat. Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar tetap sihat.
2. Avocado
Sebiji avocado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga fungsi saraf. Ia juga dapat membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan anda.
3. Madu
Madu merupakan makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah.
4. Asparagus
Asparagus mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.
5. Tiram
Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.
6. Halia Dan Lengkuas
Sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejekulasi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.
7. Kurma
Kurma merupakan makanan sunnah baik untuk diamalkan. Ia juga boleh meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
8. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai khasiat boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.
9. Kubis, Lobak Merah, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah
Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.
10. Betik, Jambu Batu, Buah Naga, Tembikai, Limau Nipis
Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.
Kredit foto : thepaleomom.com
Elakkan Makan Ini Jika Mahu Hamil
Makanan Yang Mengandungi Merkuri
Jenis makanan yang tinggi merkuri biasanya terdapat dalam beberapa jenis ikan terutamanya yang berukuran besar seperti mackerel.
Sumber Makanan Diproses
Makanan ringan dan makanan segera perlu dielakkan kerana ia hampir tiada zat yang baik untuk bakal bayi anda.
Bahan Makanan Yang Diawet
Biasanya makanan yang diawet seperti makanan dalam tin tidak elok untuk diamalkan bagi anda yang ingin hamil.
Minuman Berkafein
Jika anda gemarkan minuman berkafein, kurangkan sedikit demi sedikit kegemaran anda itu supaya and
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, macam dah jadi trend mak ayah suka cium mulut anak, dan dianggap perkara biasa sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Sebenarnya sayang macam mana sekalipun mak ayah, dilarang untuk cium pada bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil.
Ini kerana mulut merupakan bahagian sensitif yang boleh merangsang keinginan syahwat, malah ia melibatkan kebersihan dan kesihatan apabila macam-macam penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35 ada berkongsi nasihat dan teguran bagi mereka yang gemar mencium mulut anak walaupun usia mereka masih kecil. Menurut ibu kepada Aisy Mateen,3 ini, mulut merupakan bahagian sensitif yang tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri.
Berikut perkongsian oleh Yana Samsudin;
Semalam , anak saya Aisy Mateen tetiba cium mulut saya ketika saya tengah tengok tv.Saya terkejut. Tak tahu siapa buat dengan dia.
Saya bagitau dia , cium kat pipi dan dahi boleh , mulut jangan!
Kalau ada orang lain nak buat cakap no!! Jerit kuat kuat! Benda tu salah! Bagitau mommy daddy siapa yang buat.
Cium pipi dan dahi Mommy daddy, opah dan tok daddy je boleh.
Orang lain jangan…. Pastu minta dia repeat apa yang kita cakap atau buat tanda sign.
Hahaha nervous mommy kang tetiba kat sekolah tadika nanti dia cium
Kawan dia pulak tanda sayang.?
Pengalaman Mateen Dicium Mulut
Ada 2 kali pengalaman , masa mateen umur setahun lebih gitu.
Satu kat kedai makan jasmine ttdi. Ada stranger datang buat buat buat berbual dengan kita, dia cakap dia suka budak lepas tu dia kata dia takda anak walaupun dah lepas kahwin. lepas tu dia hulur RM1 kat mateen, then tetiba dia cium mulut Maten! Zap!! Dan terus blah!!! In a second! I terpaku terus eh apa ko buat ni?
Terus lap-lap mulut mateen dan masa tu perasaan aku macam aku yang kena moles! Eiii rasa nak marah. Sampai rumah tak masih tak boleh terima kenyataan. Rasa nak salah kan diri sendiri teruk teruk.
Ni baru kita yang rasa.Tak tahu lah anak kita macam mana kalau dia ingat .
Satu lagi masa jamuan istimewa di kalangan artis. Yang tu pun sama, berbual dengan saya sambil agah-agah budak tetiba cium mulut! Pastu blah laju laju!!! Eh!!! Dengan bau rokok busuk!
Lepas pengalaman tu, memang berhati hati teruk! Tak bagi sangat dia salam dengan orang lain. Kecuali keluarga.
Mommynya yang trauma tau. Ni baru kes kecik.
Jangan Cium Mulut Anak Kecil
So hopefuly kalian kat luar tu boleh panjang kan message ni jangan lah menggatal mulut nak cium mulut budak kecik bukan anak ko!
Lepas tu kalau ada dah terkena sebarkan lah secara senyap siapa orang yang suka buat macam tu jika kenalan. Bagi alert orang lain pulak.
Paling tak boleh terima ialah Ayah kiss mulut anak sendiri! Tak kira lah anak perempuan ke atau anak lelaki? Mak pun tak boleh lah buat macam tu, bukan budaya kita dan adab islam! Nabi muhammad pun tak kiss mulut anak perempuan nya!
Ada part yang islam benarkan untuk kita sentuh.Ubun ubun , tangan dan pipi sahaja.
Saya update status ni sebab teringat perkongsian di FB sahabat saya Akhi Fairuz, pasal kes kes yang berkaitan dengan pendidikan seksu4l ni.
Saya sangat support hal berkaitan #PendidikanSeksual terhadap kanak kanak dan ibu bapa!
Titik Berat Kebersihan & Pendidikan Seksualiti
Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti
Mulut juga adalah bahagian private part. Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing) Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan.
Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam.
MW:Setuju sangat dengan teguran dan nasihat Yana Samsudin ni. Memang ada benarnya, tak perlu cium mulut anak sebagai tanda kasih sayang walaupun mereka masih kecil.Mungkin kita anggap biasa dan tak rasa apa-apa, tapi kesannya pada anak nanti.
Aisy Mateen kena marah sebab cium mulut!!Ketika Yana Samsudin cuba memberitahu umum dan educate tentang #PendidikanSeksu4l terhadap kanak kanak dan ibu bapa , tiba tiba anaknya mencium bibirnya. Mari kita dengar macam mana nak menanganinya.. #TipsBolehGunaPakai #ParentingTips #Support #SexualEducation #BukanBudayakita
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...