Anak meninggal dunia selepas 10 jam dalam kereta tanpa disedari bapanya. Sepatutnya mangsa dihantar ke rumah neneknya. Tak dapat bayangkan perasaan bapanya melihat tubuh anaknya yang tidak bergerak di bahagian tempat duduk belakang setelah tamat waktu kerjanya.
Ujian ini sudah tentu amat berat buat ayahnya dan juga keluarga. Bukan mudah menelan kenyataan, semoga sang ayah redha dan tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah.
Mangsa Meninggal Selepas 10 Jam Dalam Kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada petang semalam.
Kejadian disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam di dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.
“Sebelum itu bapa mangsa yang berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, pada jam 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.
Bapa Mangsa Lupa Menghantar Ke Rumah Nenek
“Bapanya terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.
Ads
“Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Adzli, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan jam 4.30 petang.
Menurutnya lagi, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.
“Ketika tiba di kereta sewaktu ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.
Ads
“Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Mangsa Dihantar Ke Hospital
Di samping itu, katanya mayat mangsa dibawa ke forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
MW: MW merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak sekelip mata. Ternyata bukan mudah menelan kenyataan yang begitu pahit sebegini. Namun ternyata ayah dan ibunya insan terpilih kerana diuji sebegitu berat.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sama terkesan dengan pandemik Covid-19. Cuma dapat memberikan ucapan hari lahir anak bongsunya, Raif ‘Leo’ Avverroes di balik tingkap sahaja.
Ini kerana, beliau masih perlu keluar bekerja seperti hari normal yang lain dan pulang ke rumah, sebaik selesai urusan. Dengan terdedah kepada orang ramai memberi risiko untuk anak-anak dan ahli keluarganya yang lain terutama ibunya yang sudah berusia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ, mengambil pendekatan kuarantin sendiri daripada ahli keluarganya.
Kerana Covid-19, Ucapkan Hari Lahir Anak Di Balik Tingkap
Kongsinya,
“Selamat hari lahir ke-5, my little lion man. Kerana Papa perlu keluar bekerja, Papa memilih untuk kuarantin diri sebaik pulang ke rumah.
“Semua ini demi memastikan kamu dan semua orang selamat (terutamanya nenek!). Ia membuatkan Papa sedih sebab tak dapat nak peluk kamu dan nak cium kamu hari ini, dan kita cuma dapat berjumpa melalui tingkap.”
“Apabila kamu besar nanti, saya akan ceritakan pada kamu bagaimana setiap orang di dunia ini perlu memainkan peranan mereka masing-masing demi membantu insan yang lain”
Sungguh, tak mudah pengorbanan ini. Tapi demi insan tersayang, pilihan sebegini perlu dibuat. Supaya tidak terdedah kepada virus Covid-19 yang anda sendiri tidak akan tahu siapa pembawanya.
Khairy Jamaluddin mendirikan rumah tangga dengan Nori Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif ‘Leo’ Averroes
MW : Semoga pemimpin negara yang masih gigih bekerja dalam suasana pandemik Covid-19 ini dilindungiNya sentiasa.
Hati mana yang tak pilu apabila impian besar untuk menjadi tetamu Allah belum kesampaian. Begitulah perasaan pelakon kesayangan ramai, Nora Danish, yang meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila tidak berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini.
Walaupun hatinya sudah lama terdetik untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Nora yang kini berusia 43 tahun tetap reda dan percaya bahawa segala yang berlaku adalah aturan terbaik dari Allah SWT.
“Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tetapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baharu, insya-Allah,” luah Nora penuh harapan.
Bagi Nora, walaupun terasa berat di hati, dia yakin setiap perancangan Allah itu penuh hikmah. Dalam nada yang jujur, beliau mengakui sangat sedih tetapi tetap tenang menerima ketentuan.
“Sejujurnya saya rasa sedih dan terkilan. Tetapi semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu merancang.”
Menyambut Aidiladha tahun ini di Malaysia, Nora akan terus memanfaatkan masa yang ada untuk memperbaiki diri dan menyusun semula langkah menuju impian sucinya itu.
Ketika ditanya mengenai sebab beliau tidak dapat menunaikan haji tahun ini, Nora berkongsi bahawa terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, termasuk tawaran kerja yang hadir silih berganti.
“Pelbagai tawaran datang dan saya perlu buat keputusan dan pilihan. Tetapi panggilan haji ini adalah jemputan daripada Allah kan. Kalau belum sampai masanya, maka belum lah. Insya-Allah tahun depan.”
terdahulu, Nora baru sahaja dilantik sebagai duta koleksi abaya jenama Amber yang diberi nama Oasis. Selain Nora, dua lagi selebriti popular turut dipilih sebagai duta bersama iaitu Amira Othman dan Amyra Rosli.
Cukup membimbangkan apabila ramai yang dijangkiti virus influenza. Ia mudah dijangkiti melalui titisan cecair pernafasan menerusi batuk dan bersin. Menurut kenyataan akhbar KKM, berdasarkan trend yang direkodkan kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI), terdapat peningkatan kes semenjak pertengahan bulan Disember 2019, lepas.
Seeloknya jika anak-anak mempunyai influenza, mak ayah kena lebih bersikap bertanggungjawab kuarantin mereka di rumah. Tak perlu hantar anak ke sekolah, pusat transit, nurseri mahupun berada di tempat awam.
Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat, tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya
Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.
Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.
Antara simptom-simptom Influenza A adalah;
– Demam dan menggigil
– Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
– Sakit kepala dan otot
– Sakit tekak dan batuk
– Selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom;
– Sesak Nafas
– Nafas Laju
– Demam Tinggi yang berpanjangan
– Kulit kelihatan kebiru-biruan
– Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
-Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (Lampin kering, Menangis Tiada Air Mata)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
– Sakit Dada
-Sesak Nafas
-Kebingungan
-Muntah-Muntah yang berpanjangan
-Selsema berkurang tetapi deman dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah;
Rehat di rumah.
Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap.
Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat.
Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar.
JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH
Tutup mulut ketika bersin dan batuk.
Cuci tangan dengan kerap.
Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital.
Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah.
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (Pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti;
– Bayi
– Kanak-kanak kecil
– Warga emas
– Wanita hamil
– Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .
Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mencegah jangkitan influenza serta menjaga anak-anak yang mengalami jangkitan ini.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.