
Setiap orang inginkan rezeki melimpah ruah, nak cepat kaya dan duit yang banyak. Bekerja siang malam semata-mata untuk tambah rezeki keluarga. Namun, sedar tak? Bila kita sedekahkan al Fatihah pada orang tua adalah salah satu asbab untuk rezeki kita melimpah ruah.
Sebenarnya, ada banyak cara dan petua untuk kita dapatkan rezeki melimpah ruah. Bukan hanya bersedekah semata-mata tetapi petua inilah boleh membantu menambahkan rezeki dalam kita tidak sedar.
Boleh amalkan petua murah rezeki ini seperti yang diamalkan oleh KU Nor Ashikin.
Petua
1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji@upah jerih payahm kita untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak.Setiap kali kita merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya..Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
5. Jika kita hadir dalam majlis keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat ) belilah 1@2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua,sakit,kanak-kanak dan lain-lain )
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
7. Belilah mushaf (al-Quran) letakkan di salah satu masjid. Banyakkan berapa pahala yang akan kita daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kita temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10. Jangan biarkan kita tertidur, melainkan telah kita ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dan menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
11. Setkan pada telefon kita penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk kita baca surah al-Fatihah @ Al-Ikhlas bagi disedekahkan kepada kedua ibu bapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
MW: Dengan cara yang kita lakukan ini, doa kita agar diberi pahala dan rezeki melimpah ruah. Aamiin.
Sumber: KU Nor Ashikin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PKP Cuti Kurniaan Allah SWT, Renung Diri Dan Tetap Bersyukur

Negara kita bukanlah satu-satunya negara yang dilanda wabak Covid-19. Wabak ini adalah isu yang dihadapi oleh dunia hingga ramai yang terpaksa ‘cuti’ daripada melakukan aktiviti rutin harian selama ini.
Ikuti perkongsian daripada Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA), juga penulis ruangan MUNAJAT di dalam Majalah MINGGUAN WANITA berkenaan isu ini.
Macam-Macam Reaksi
Wabak Covid-19 ini tidak mengenal darjat, warganegara atau umur. Justeru, bermula dari 18 Mac 2020 bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Pada awalnya ia hanya ditetapkan sehingga 31 Mac 2020. Namun kemudian dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020.
Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat negara kita. Ada yang berasa lega kerana ia dapat memutuskan rantaian wabak dengan pantas. Tak kurang juga yang merungut kerana ia memberi kepayahan kepada perniagaan.
Akibat Rasa Tertekan
Apabila saya diminta memberi pandangan terhadap reaksi-reaksi ini, pada saya mudah, setiap dari kita sudah mula rasa tertekan dan hasil pada tekanan itulah reaksi-reaksi ini timbul. Justeru, biarlah mereka melepaskan apa yang terbuku di dada dan pelan-pelan ia akan dihilangkan dengan kewajaran.
Saya menerima pelbagai emosi dalam pesanan-pesanan elektronik yang dihantar kepada saya. Ada juga yang bertanyakan pendapat tentang PKP yang diadakan. Keadaan yang menimpa dunia ini adalah satu hakikat yang perlu kita terima.
Manusia Punca Dunia Rosak
Berlakunya kerosakan di dunia ini adalah hasil dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Justeru, hari ini, satu dunia merasai buah dari perbuatan tangan-tangan yang sering melakukan kerosakan. PKP mungkin perkara baru pada kita. Tetapi ia bukan perkara baru bagi mereka yang pernah hidup di zaman darurat atau di zaman komunis.
Hari ini kita masih dapat keluar membeli barangan keperluan pada bila-bila waktu. Ini kerana kita hanya berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan bukannya darurat. Seandainya kita berada dalam darurat, ia lebih memeritkan.
Banyak Kerja Tertangguh…
Pada saya secara peribadi, saya merasakan apa yang dirasakan oleh kebanyakan orang. Banyak pekerjaan tertangguh. Begitu juga dengan urusan yang lainnya. Mungkin hari pertama dan kedua, kita merasa ok duduk di rumah namun masuk sahaja hari ketiga, kita sudah mula mempunyai fikiran yang macam-macam. Ini semua berlaku kerana pintu kebosanan sudah mula terbuka.
Selepas seminggu ada yang sukar untuk tidur malam. Sukar tidur malam itu adalah tanda-tanda awal yang pintu tekanan perasaan atau stres mula terbuka. Inilah adalah sesuatu yang mungkin dihadapi oleh ramai orang terutamanya yang bekerja sendiri. Pelbagai perkara yang bermain di fikiran.
Mahu Tak Mahu Kena Terima!
PKP pada saya adalah satu cuti yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Mahu tidak mahu kita perlu menerima cuti ini biar apa pun alasan yang kita berikan. PKP ini adalah cuti kurniaan Allah SWT kepada kita. Kita diminta bercuti dari aktiviti kebiasaan kita. Kita diminta berhenti seketika daripada rutin harian kita, daripada kerjaya kita.
Ini bukan bermakna kita tidak langsung melakukan kerja. Kita boleh melakukan kerja dari rumah tetapi ianya terhad tidak seperti biasa. PKP ini adalah cuti umum untuk seluruh dunia. Kita sudah biasa dengan cuti. Namun cuti kali ini, kita perlu duduk diam di rumah tanpa dibenarkan keluar bercuti atau makan angin seperti biasa.
Waktu untuk Renung Diri
Cuti PKP ini adalah cuti untuk kita membuat ‘balancing’. Ia memberi kita ruang yang sangat besar untuk kita duduk merenungi kedudukan kita dengan Allah SWT. Kita diberi ruang untuk membetul imbangan kehidupan dunia dan akhirat.
Selalunya kita sibuk untuk menguasai dunia. Kita sibuk memperlihatkan kejayaan dunia yang kita capai. Kita sibuk memberitahu dunia betapa berjayanya kita dengan usaha kita selama ini. Tetapi wabak ini didatangkan Allah SWT untuk kita memikirkan dan membetulkan kesilapan kita.
Berjaya Dengan Izin Allah
Kita sebenarnya tidak perlu memperlihatkan kepada dunia yang kita ini sangat berjaya. Biar dunia tahu dengan sendirinya. Hakikatnya, setiap kejayaan yang kita miliki itu bukan seratus peratus hasil usaha kita. Usaha kita hanyalah menjadi sebab. Boleh jadi ada orang yang lebih berilmu dari kita dan usahanya jauh lebih kuat.
Namun kejayaannya mungkin tidak sehebat kita.Kita berjaya, kita mendapat untung, kita menguasai dunia, semuanya adalah izin mutlak dari Allah SWT Izin Allah dan disertai oleh asbab yang betul menjadikan kita berjaya.
Nilaikan Kesilapan
PKP adalah waktu untuk kita merenungi kesilapan kita. Inilah waktunya untuk kita menilai satu persatu kata-kata kita, perbuatan kita serta niat kita. Kita dicutikan dari rutin dunia kerana Allah swt sayang kepada kita. Lalu dibukakan kepada kita rutin akhirat.
Mungkin kita mengeluh kerana tidak dapat makan makanan yang enak. Tetapi kita perlu sedar diri kerana kita masih boleh menikmati makanan kerana dalam PKP ini adalah yang sedang mengorek tabungan hanya untuk sesuap nasi. Justeru, ayuh marilah kita menjadi PKP satu rutin kehidupan baru untuk kita. Hidup yang lebih tenang bersama Allah SWT. Hidup yang jauh dari kesombongan. Hidup yang sentiasa memikirkan mati.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya

Kain Kiswah Kaabah
Inilah Maksud 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Sebab Lelaki Tak Boleh Bertocang, Kena Tahu Hukumnya Dalam Beribadah!

Bukan perempuan saja yang menyimpan rambut panjang. Tidak hairan juga bila ada lelaki pun suka menyimpan rambut panjang dan bertocang. Mungkin kerana suka berambut panjang atau ada sebab-sebab tertentu.
Bila lelaki berambut panjang, mungkin kita nampak agak menarik perhatian. Nak-nak bila bertocang dan diikat dengan kemas. Kadang-kadang, anak-anak gadis pun boleh tertarik dengan lelaki yang berambut panjang. Jangan tertarik dengan suami orang sudah!
Mungkin ramai lelaki yang tidak tahu hukum-hukum bila bertocang. Ada yang cakap ikut sunnah nabi dan dibolehkan. Kena faham betul-betul terutamanya dalam menunaikan solat.
Ada sebabnya yang perlu kita semua tahu kenapa lelaki tidak boleh bertocang. Ikuti perkongsian ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Pandang Ringan Rambut Berbau Hapak, AIR PERAHAN LIMAU NIPIS Rawat & Segarkan Rambut Secara Alami
Kurang Ajar Bersebab, Kadangkala Suami Sengaja Cari Salah Isteri Untuk Tutup Kesilapan Sendiri
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Bertocang, Ada Sebab Tak Boleh
Lelaki tidak boleh bertocang.
Soalan :
Saya berambut panjang paras bahu. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah. Saya mengikat rambut supaya ia kelihatan lebih kemas. Ketika berjalan bersama rakan di Masjid Nabawi, saya dimarahi oleh pegawai yang bertugas kerana mengikat rambut dan mengarahkan saya melepaskan ikatan. Bolehkah ustaz jelaskan kenapa saya disuruh berbuat demikian.
Jawapan :
Dalam Kitab Mukhtasar Shamail Tirmizi ada membincangkan tentang rambut Rasullullah S.A.W. Dalam kitab tersebut ada menyebutkan bahawa Rasullullah biasanya berambut panjang dan adalah haram bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.
Rasullullah telah melaknat orang lelaki yang melakukannya iaitu cuba menyerupai wanita. Jadi, tidak dibenarkan bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.
Maka, di sini jelas bahawa pegawai di Masjid Nabawi itu melarang anda melakukan perbuatan haram tersebut.
Sedutan dari TanyaUstaz bersama Ustaz Muhamad Riduan Zainal Abidin di Jumaat,
Soalan : Berapa panjang kesesuaian rambut lelaki yang di bolehkan ?
Daripada Anas yang menceritakan :
“Rambut Rasullulah mencecah dua bahunya” – sahih al Bukhari
Tetapi, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi s.a.w bersabda ;
“Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka” – Riwayat Imam Abu Daud
Soalan : Bolehkah lelaki megikat rambut/tocang/sanggul ketika solat ?
Daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya sabda Rasullulah S.A.W :
“Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. dan beliau pada masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya(menggulung/melipat) pakaian.” – Riwayat Muslim
Soalan : Kenapa tak boleh tocang/sanggul/ikat ?
Rasullulah bersabda :
“Itu ( ikatan rambut) adalah tempat syaitan.” – Hadis riwayat Abu Dawud
Imam Tirmidzi berkata : “Inilah yang berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kau lelaki solat dengan rambut terikat”.
Sesiapa yang solat dengan rambut terurai ke lantai ketika sujud, ia akan dapat pahala sujud dengan rambut terurai ke lantai. Ini sebab ia merendahkan kedudukan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.
Soalan : Kalau tolong bukakan ikatan lelaki yang bertocang semasa solat ?
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat ‘Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bankit dan menguraikan ikatan rambutnya.
Lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata ; “Ada apa dengan rambutku ?”
Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, ” Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat” – Riwayat Muslim, Abu Daud, An Nasai.hukumnya makruh bagi lelaki mengikat rambut ketika solat.
Soalan : Sah atau tak solat lelaki yg berambut panjang melepasi bahu ke pinggang ?
Solat tetap sah. haram penampilan menyerupai wanita.
Daripada Ustaz Azhar Idrus :
Soalan : Apakah hukum mengikut rambut ketika solat dan di luar solat.
Disebutkan dalam kitab-kitab Fekah, Sunat untuk melepaskan rambut di dalam dan di luar solat.
Ketika sujud, rambut-rambut tersebut akan turut sama bersujud. Jika rambut terikat, rambut tersebut tidak sujud. Menyalahi melebihi utama jika ikat rambut.
Kepanjangan rambut lelaki setakat bahu sahaja dan jangan merupai perempuan.
Wallahua’lam
Mingguan Wanita : Rambut yang dah ditoocang kena lepaskan bila solat. Ingat!
Kredit : Galeri Buku Sunnah /Tanya Ustaz
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI