Rata-rata wanita menolak untuk hidup bermadu. Madu memang manis rasanya, namun hidup bermadu ibarat neraka buat wanita. Sekuat mana pun iman di dada, rata-rata wanita pasti tercuit hati apabila sang suami memilih untuk mengamalkan poligami.

Aishah bukan nama sebenar antara wanita yang menjadi isteri kedua. Walaupun dia sedaya-upaya menolak untuk menerima suami orang sebagai teman hidup tetapi siapa dia untuk menolak.

Perkenalan tanpa sengaja dengan Ustaz Haikal mengubah segala-galanya. Kebaikan dan budi pekerti Ustaz Haikal mencuri hatinya.

Pada peringkat permulaan, Aishah cuba untuk menolak jauh perasaan cinta yang mula mencambah. Namun, semakin lama semakin dekat hingga satu ketika dia cuba berjumpa dengan isteri Ustaz Haikal. Biar pun berat kaki melangkah, Aishah cuba berterus-terang dengan isteri Ustaz Haikal, Mariam.

Ternyata Mariam amat sedih dengan apa yang berlaku dan meminta Aishah menjauhkan diri daripada Ustaz Haikal. Tetapi takdir sekali lagi menemukan Aishah dengan Haikal biar pun terpisah beribu batu, mereka berjumpa dalam sebuah majlis agama. Akhirnya Aishah dan Ustaz Haikal bernikah secara diam-diam demi menjaga hati isteri pertama.

IKLAN

Rahsia ini tidak bertahan lama kerana akhirnya Aishah memilih untuk menerangkan situasi sebenar kepada Mariam. Dia rasa canggung menyembunyikan statusnya sebagai isteri kedua memandangkan dia juga wanita.

Biar pun dicemuh oleh Mariam dan keluarga, Aishah reda dan cuba berbuat baik dengan madunya. Malahan anak-anak tirinya juga dia jadikan seperti anak kandungnya.

Kasih Sayang Mula Bercambah

Setiap kali madunya perlu bertugas ke luar daerah, pasti Aishah menghulurkan bantuan untuk menjaga anak-anak tirinya. Sikap Aishah yang sangat menghormati dan mendahulukan madunya dalam setiap perkara, lama-kelamaan mencairkan hati Mariam.

IKLAN

Mariam juga mulai sayangkan Aishah seperti adik kandungnya. Mereka mula berkongsi suka dan duka bersama. Bayangkan selama 20 tahun hidup bermadu, keluarga Aishah dan Mariam menjadi akrab. Ustaz Haikal juga bijak memainkan peranannya sebagai suami.

Laut mana yang tidak dilanda gelora, kebahagiaan keluarga ini mula goyah apabila Aishah disahkan mengidap kanser payudara tahap empat. Kesihatan Aishah mula merosot seterusnya membataskan dirinya untuk menjaga makan, minum Ustaz Haikal.

IKLAN

Selepas enam bulan, kesihatan Aishah makin teruk sehingga anak-anak tirinya perlu menguruskan dirinya kerana hasil perkahwinannya dengan Ustaz Haikal tidak dikurniakan anak. Bayangkan anak-anak tiri dan madu tampil menghulurkan di saat-saat dia diuji.

Kebaikan Mula Muncul

Setelah enam bulan bertarung dengan kanser, akhirnya Aishah pergi di hari Jumaat yang mulia. Dia pergi buat selamanya setelah selesai menunaikan solat Dhuha. Ketika majlis pengebumiannya jalan utama di rumahnya sesak dengan tetamu yang datang menziarah.

Ramai yang menceritakan tentang kebaikan Aishah yang sentiasa memuliakan kedudukan isteri pertama. Di pejabat, dia jarang mengata orang, dia kurang bercakap dan lebih banyak menyendiri ke surau. Rata-rata tetamu yang hadir sedih dengan pemergian Aishah kerana dia juga sering membantu rakan-rakan yang berada dalam kesusahan.

Walaupun ramai yang mencemuh Aishah berkahwin dengan suami orang, tetapi lebih ramai yang menyayangi Aishah selain daripada madu dan anak-anak tirinya. Ternyata setelah kematian, satu-satu kebaikan Aishah terungkai dan membuka mata semua orang. Semoga Aishah ditempatkan di kalangan beriman dan diampunkan dosa-dosanya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI