Bayangkan barang yang paling kita sayang, tiba-tiba hilang entah ke mana. Puas cari, geladah sana sini tetap tak jumpa. Padahal, ia tidak langsung diusik dari tempatnya sebelum ini.
Inilah yang paling menyedihkan bila barang yang kita miliki hilang. Ralatnya bila nak pakai atau guna, tak ada dari tempat asalnya. Nak-nak kalau ia barang kemas, cincin perkahwinan, duit dan sebagainya.
Sayang tetap sayang, walaupun barang yang hikang itu murah, apatah lagi kalau mahal, ia tetap berharga buat kita.
Bolehkah kita dapat kembali barang yang hilang itu. Selalunya, kita akan putus asa dan anggap ia bukan rezeki kita.
Perkongsian daripada Muhaimin Azman ini boleh dijadikan ikhtiar dan panduan untuk kita cari barang yang hilang. Moga-moga ia memberi manfaat untuk semua.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa bacaan ayat dan doa Al-Ma’thurat banyak kelebihannya.Himpunan ayat-ayat dan doa-doa mathurat ini mampu memberi ketenangan dalam kehidupan seharian bagi yang mengamalkannya.Ia sangat digalakkan dibaca setiap hari pada waktu pagi dan petang.
Banyak sebenarnya kelebihan apabila membaca Al-Ma’thurat seperti yang dikongsikan oleh Puan Norzi Malek ini.
Kebaikan Al-Ma’thurat yang jarang-jarang kita tahu dan menyebabkan kita jarang membacanya :
Al-Ma’thurat adalah himpunan ayat-ayat Al-quran dan ringkasan doa yang di amalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Disarankan untuk di amalkan serta dibaca pada setiap pagi dan petang setiap hari.
1. Terdapat di dalamnya doa untuk mengelakkan bencana, disembunyikan segala keaiban kita dan memohon dikurniakan keselamatan di mana sahaja kita berada.
2. Doa untuk perlindungan dalam menjaga diri kita dari menyekutukan Allah dengan sesuatu yang kita ketahui dan daripada sesuatu yang tidak kita ketahui.
3. Yang ini paling penting kerana menjadi kehendak zaman kita : Doa yang sangat mustajab untuk mengelakkan rasa sedih dan gelisah, rasa lemah dan malas, dijauhi daripada sifat penakut dan bakhil (kedekut) serta dijauhi daripada cengkaman hutang dan penindasan orang lain.
4. Doa untuk memohon perlindungan daripada segala kejahatan.
5. Doa untuk memohon kesihatan tubuh badan, sihatkan pendengaran dan sihatkan penglihatan.
6. Doa untuk mengelakkan daripada azab dan siksa kubur.
7. Allah akan mencukupkan apa yang kita sangat perlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
8. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
9. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
Belilah di mana-mana kedai buku. Murah sangat. Rm2 sahaja.Sangat disarankan untuk diamalkan selepas Subuh dan selepas Asar.
Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kepada sahabat sekolah rendah saya, Afiqah Ahmad. Beliau mengajar saya membaca Al-Ma’thurat semasa saya darjah tiga.
Walaupun saya tidaklah istiqamah membaca, namun setiap kali saya membaca Al-Ma’thurat, saya akan sentiasa ingatkan sahabat saya seorang ini.
Doa yang saya paling suka baca di dalam ini ialah :
“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah kurniakanlah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.
Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita mengamalkan membaca doa-doa di dalam Al-Ma’thurat ini setiap pagi dan petang bagi merebut kebaikan yang dijanjikan.
Seeloknya baca Al-Quran di waktu pagi, nikmat seronok umpama selepas bagi sedekah. Tak percaya, mak ayah cubalah membaca Al-Quran setiap pagi sebelum atau selepas solat subuh.
Terasa nikmatnya, malah pagi mak, ayah akan dimulakan dengan perasaan lebih tenang. Barulah seronok hendak mula bekerja atau lakukan apa saja setiap hari.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan ketahui mengapa kita digalakkan membaca Al-Quran di waktu pagi:
Nikmat Seronok Umpama Selepas Bagi Sedekah
Jawab soalan ini dengan jujur dalam hati masing-masing, bila kali terakhir kita membaca Al-Quran dengan tenang, panjang dan tadabbur?
Rahsia orang tenang hakiki ialah baca Al-Quran. Jangan biarkan walau sehari pun hidup kita tanpa membaca Al-Quran.
Nikmat seronok lepas baca Al-Quran ni macam nikmat seronok lepas bagi sedekah. Kita rasa best dan kita rasa happy.
Kalau tak percaya, cubalah.
Seeloknya Baca Al-Quran Waktu Pagi
Bila seeloknya baca Al-Quran?
Di awal pagi. Kalau sempat sebelum solat Subuh, baca sebelum solat Subuh. Kalau tak, mesti baca selepas solat Subuh. Wajib jugak-jugak baca walaupun sedikit.
Sebab kalau kita tak dapat nak baca Al-Quran lepas solat Subuh, kita tak akan jumpa waktu yang lain dalam sehari untuk kita baca Al-Quran.
On the way nak pergi kerja, pasang la bacaan Al-Quran. Doa Al-Matsurat pun sebahagian daripanya ada ayat Al-Quran.
Pasang, dengar dan baca sama-sama. Itu jauh lebih baik daripada duk mendengar DJ sesetengah stesen radio mengarut, gelak ketawa dan membahan orang lain dengan macam-macam jenis aktiviti.
Baca Al-Quran sekarang. Amalkan setiap hari. Ia tak akan sama dengan orang lain yang baca Al-Quran untuk kita lepas kita mati.
Selamat pagi wahai pencinta Al-Quran.
Kita patut rasa gembira dan mulia bila baca Al-Quran kerana itulah kata-kata Allah SWT yang pernah juga dibaca oleh Rasulullah SAW.
Kita menyebut benda yang sama dengan apa yang mereka pernah sebut. Satu demi satu…
Allah….
hebat … hebat … #KAB – dah baca status ni, stop kejap, capai Al-Quran, baca tau
MW: Memang terasa payah untuk mulakan membaca Al-Quran, tak mengapa mak ayah mulakan hari ini. Bacalah walaupun hanya 1 mukasurat, sedikit demi sedikit dan akhirnya akan menjadi kebiasaan. Bila setiap hari membaca Al-Quran, terasa tidak lengkap bila ada hari kita tak dapat membaca Al-Quran.
Selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami. S
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3-4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:
Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami/lelaki ketaatannya pada ibu.
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Mingguan Wanita : Jangan sedih, anak lelaki atau perempuan, masing-masing ada rezeki dan keberkatannya. Paling penting, mak ayah kena jaga amanah yang diberikan.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.