Tidak dinafikan ayat-ayat Alquran mempunyai banyak kelebihannya. Amalan potongan ayat-ayat mahupun zikir-zikir tertentu tertentu mampu menjadi asbab pendinding diri mahupun penawar menyembuhkan kesakitan. Salah satunya dengan mengamalkan ‘Bismillah 5’ ini.

Apa-apa pun kesemuanya adalah atas ketentuan dan kehendak daripadaNya.Namun tidak salah kita berusaha dan mengharapkan pertolongan sebenar-benarnya hanya pada yang Esa disamping mendapatkan rawatan.

Ia dinamakan ‘Bismillah 5’ kerana permulaan pada 5 ayat tersebut adalah ‘Bismillah’ yang bermaksud ‘Dengan Nama Allah’.Amalan harian ‘Bismillah 5’ boleh menjadi pendinding diri dan penawar (syifa) bagi menyembuhkan segala jenis penyakit.

Amalan Harian ‘BISMILLAH 5’ Pendinding Diri & Penawar (Syifa) Segala Penyakit!

“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim”

Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

IKLAN

Pendinding Diri, Penyembuh Penyakit

Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan.
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

1.Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2.Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
3.Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
4.Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
5.Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
6.Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

IKLAN

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5

  • Selain itu, ayat ‘Bismillah 5’ ini juga boleh dijadikan sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  • Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  • Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  • Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.

Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

IKLAN

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Baca Lagi Di Sini:
Bimbang, Andai Tak Bangun Semula Esok, Neelofa Buat 4 Amalan Ini Sebelum Tidur

Sesiapa Yang Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa, Wanita Ini Pesan Amalkanlah Yasin 7 Mubin

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan amalan kita seharian. Semoga menjadi pendinding diri dan penyembuh segala penyakit dengan izin Nya.

Sumber: Mohd Adzlan Mohd Sidek

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI