Penyanyi dan pelakon yang cukup ayu dan sopan, Amira Othman kini ditahan di hospital sejak beberapa hari lalu selepas berdepan komplikasi akibat melakukan aktiviti kecergasan secara berlebihan.
Dek kerana itu juga Amira berpesan kepada diri dan juga pengikut menerusi laman akaun Instagramnya agar jangan buat sesuatu melebihi kemampuan diri.
Amira Pesan Hargailah Nikmat Kesihatan
“Antara nikmat paling besar Allah bagi dalam hidup ini adalah nikmat kesihatan. Semoga kita selalu menghargai apa yang Allah beri. Anyway ingat jangan buat apa melebih-lebih kena tahu kemampuan diri ok? Stay safe semua,” begitulah yang ditulis oleh Amira.
Difahamkan isu kesihatan Amira mula muncul selepas penyanyi yang popular dengan lagu Hati-Hati itu mengikuti senaman berbasikal indoor.
Amira juga menerangkan minggu lalu dia mengikuti latihan kecergasan berbasikal secara indoor.
“Biasanya selepas bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan badan akan sakit-sakit . Tapi kali ini sakitnya berbeza dan tak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan. Masuk hari ketiga, peha saya membengkak.
Air Kencing Tukar Jadi Warna Hitam
“Apabila terapi pun tak menjadi, rasa sakit itu pun tak hilang. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya membuang air kecil, airnya menjadi warna hitam.
Ads
“Apabila saya bercerita dengan ibu bapa, mereka menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan di hospital memandangkan itu menunjukkan tanda-tanda sakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan hati.
“Apabila saya rujuk ke hospital, doktor maklumkan komplikasi yang berlaku adalah disebabkan aktiviti kecergasan yang berlebihan,” ujarnya.
Amira Bernasib Baik
Menerusi perkongsiannya di entri Instagram juga Amira menerangkan otot pada badannya pecah dan berdarah hingga mengganggu fungsi organ dalam badan termasuk buah pinggang dan limpa.
“Kenapa boleh kena buah pinggang dan limpa? Sebab over workout tu otot pecah dan berdarah.
“Jadi, darah itu lalu organ-organ dalam badan ni, dia kacau buah pinggang dan limpa, itulah yang buang air kecil warna hitam.
Ads
“Alhamdullillah saya bernasib baik sebab buah pinggang ok. Sekarang doktor tengah pantau limpa,” kongsinya.
Hingga hari ini Amira masih dirawat di sebuah pusat perubatan. Apa yang terjadi menjadi pengajaran yang cukup bermakna dalam dirinya.
“Selama ini, saya tak sangka senaman berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan. Doktor maklumkan, bersenam tak menjadi masalah, tapi kita perlu tahu had memandangkan ia bergantung kepada tubuh seseorang.
“Saya jadikan ini sebagai pengajaran buat diri saya dan keluarga. Sakitnya tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” sambungnya.
Doa Buat Amira
Sumber: Harian Metro Sumber Foto: Instagram Amira Othman
Tak dapat bayangkan, dirinya mempunyai adik kembar yang telah terpisah sejak dari kecil. Kembar terpisah ketika berumur 3 hari. Segalanya terbongkar selepas ibu kandung meninggal dunia dan meninggalkan amanah untuk mencari adiknya.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh @deadly.heart133 menceritakan tentang amanah arwah maknya supaya mencari adiknya terpisah sejak 15 tahun lalu.
Mereka mempunyai 4 orang adik beradik. Di bawahnya ada sepasang adik kembar. Tapi, ditakdirkan maknya telah berikan salah seorang anak kembarnya pada orang lain. Langsung tak ada khabar berita selepas itu.
Sebaik maknya meninggal dunia, satu wasiat diberikan kepada beliau supaya mencari kembar adiknya yang telah terpisah sejah 15 tahun.
Melawat pusara ibu.
Akhirnya dengan kuasa viral tiktok, adik beradik kembar, Muhammad Haziq Iskandar dan Muhammad Haziq Ikhwan ini bertemu kembali.
Mingguan Wanita : 15 tahun terpisah dan tak sangka mereka ada kembar seiras. Gembira dalam sedih sebab tak dapat merasai kasih sayang seorang mak yang telah pergi selamanya.
“Seram naik flight musim hujan ribut, tiga kali cuba baru boleh landing” – Khairul Aming kongsi pengalaman cemas. Perjalanan menaiki pesawat sememangnya menjadi pilihan ramai kerana lebih cepat dan selesa, namun cabaran ketika cuaca buruk boleh mengundang detik mencemaskan.
“Seram Naik Flight Musim Hujan Ribut, Tiga Kali Cuba Baru Boleh Landing” – Khairul Aming Kongsi Pengalaman Cemas
Itulah yang dialami personaliti media sosial popular, Khairulaming, apabila penerbangan yang dinaikinya terpaksa berdepan dengan ribut ketika menuju ke Kota Bharu.
Beliau berkongsi pengalaman itu di media sosial, menceritakan bagaimana penerbangan dari Subang ke Kota Bharu berdepan cuaca tidak menentu sehingga gagal melakukan pendaratan pertama. Pesawat terpaksa berlegar di udara hampir setengah jam sebelum mencuba kali kedua, namun percubaan itu juga tidak berjaya.
Disebabkan bahan api semakin berkurang, pesawat akhirnya terpaksa membuat lencongan ke Pulau Pinang untuk mengisi minyak sebelum mencuba kembali ke Kota Bharu. Hanya pada percubaan kali ketiga, pesawat tersebut akhirnya berjaya mendarat dengan selamat. Keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam di dalam pesawat, jauh lebih lama daripada tempoh asal.
Khairulaming menzahirkan rasa syukur kerana semua penumpang selamat, malah beliau mengingatkan pentingnya aspek keselamatan didahulukan berbanding perkara lain. Walaupun pengalaman itu mendebarkan, hakikatnya ia membuktikan kecekapan juruterbang dalam mengutamakan nyawa penumpang ketika berdepan situasi mencabar di udara.
Harga makanan di Cameron Highlands cekik darah, lelaki luah makan tomyam kena RM85. Bila sebut pusat peranginan Cameron, pasti selain udaranya yang sejuk, buah strawberi disalut coklat, nasi lemak strawberi, antara lain pastinya jalan sesaknya setiap kali hujung minggu atau ada cuti perayaan.
Kadang pengunjung menghabiskan masa berjam-jam mengadap jem terutama di kawasan Kea Farm yang mana ia menjadi tumpuan untuk membeli belah. Namun di sebalik tempat pelancongan terkenal, luahan seorang ketua keluarga @pokteh_rajin di tik toknya tentang harga makanan melampau di mana peniaga cekik darah menjadi viral di media sosial.
Harga Makanan Di Cameron Highlands Cekik Darah
Ini selepas dirinya berkongsi bagaimana peniaga di CH mengambil kesempatan di atas percutian orang ramai dengan menggandakan harga makanan yang disifatkan tidak masuk akal.
Dalam video dikongsikan dan menjadi viral dengan tontonan 2 juta orang, Pok Teh memaklumkan dia yang memilih untuk bercuti 4 hari 3 malam di CH terpaksa membatalkan niatnya dan balik lebih awal hanya 2 hari 1 malam selepas harga makanan dan hotel dinaikkan berganda-ganda.
Bermula dari harga pakej apartment, semasa booking dalam talian, harga dinyatakan cuma RM200 tapi apabila sampai sudah naik RM280 semalam.
Lelaki Luah Makan Tomyam Kena RM85
Tapi yang lebih mengejutkan harga makan malam iaitu tiga hidangan nasi putih, satu kangkung goreng belacan, satu telur dadar dan semangkuk tomyam selain fresh oren, teh panas dan teh o limau menelan kos RM85 untuk tiga orang.
Situasi tersebut disifatkan terlampau mahal dan berbeza dengan di kawasan kediamannya yang mana dia boleh memesan seekor ikan siakap dengan kos setinggi itu.
“Taubat dah tak nak ke CH lagi, harga melampau-lampau. Kita datang bercuti tapi ditekan oleh peniaga yang cekik darah. Tahun lepas pergi bercuti di sini sekitar RM600 lebih tapi kali ini kena RM1470 hanya untuk makanan dan penginapan.
“Adalah buah strawberi sikit, baju sehelai, lain tak ada tapi kos dikeluarkan terlampau tinggi.
Pok Teh turut berkongsi bagaimana di hujung minggu peniaga sengaja menaikkan harga tinggi kerana tahu ramai pengunjung.
“Bayangkan beli roti john hari Jumaat harga RM9, pergi lagi kedai yang sama hari Sabtu dah naik RM12. Betul-betul mahal katanya yang berkali-kali tidak akan jejak kaki lagi ke tanah tinggi ini lagi.
Tak hairanlah orang ramai lebih gemar melintas sempadan menuju ke Thailand kerana hotel dan makanannya masih berpatutan dan lebih enak sekaligus merugikan ekonomi pelancongan negara jika situasi begini tidak dikawal oleh pihak berwajib.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...