Selalunya bila teringin nak makan aiskrim kita beli je di kedai. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri aiskrim Milo homemade di rumah. Memang jimat dan lebih sedap, tak payah beli lagi.
Boleh cuba buat Aiskrim Milo homemade, ikut resepi yang dikongsikan oleh D’jara Twin ini.
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap macam Cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari.Yang ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat
Bahan-Bahan:
1 tin Susu cair
1 cawan Milo
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Susu pekat
1-2 sudu besar Ovalet
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.
2. Apabila telah pekat, masukkan pula ke dalam bekas.
Ads
3.Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.
MW: Boleh cuba buat Aiskrim Milo ni nanti. Bahan-bahannya pun tak banyak dan senang nak buat. Anak-anak mesti suka, sedap dan memang lebih jimat bila buat sendiri.
Rasanya semua anak memang suka dengan ayam masak merah atau setengahnya panggil masak sambal. Kalau boleh mahunya mak-mak masak setiap hari semata-mata melihat seleranya anak makan hidangan itu.
Memasak pun tidaklah renyeh mana pun. Cuma yang tak bestnya, mak-mak pula naik jemu memikirkan hidangan itu yang kena dimasak tiap-tiap hari demi memenuhi selera anak-anak.
Boleh saja nak pelbagaikan ayam masak merah ini. Bukan hanya dimakan dengan nasi putih tetapi dipelbagaikan seperti nasi minyak, nasi tomato atau kesesuaian nasi lain. Mak-mak jimat masa, tak perlu lak yang banyak pu. Itu pun dah cukup menyelerakan.
Baiklah, perkongsian daripada Tg Khuzanika cukup menarik dengan memberi resipi ayam masak yang simple, digandingkan pula dengan nasi tomato. Mahunya bertambah-tambah anak makan.
“Ini adalah lauk kegemaran anak-anak saya. Masakan yang ringkas sahaja dengan nasi tomato”.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
(ayam di gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak dengan api yang kuat sedikit supaya bahagian luar ayam kelihatan garing.)
10 biji cili merah
cili kering secukupnya
4 biji buah tomato
4 biji bawang besar merah ( yang besar ye)
8 ulas bawang putih
½ cawan sos cili
½ cawan sos tiram
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa
Cara Membuat:
1. Kisar bawang besar dengan bawang putih. Asingkan.
2. Selepas itu, kisar bahan yang lain.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak sedikit barulah sambalnya nampak cantik.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi.
5. Kemudian, tumis bawang dahulu sehingga naik wangi atau kering airnya.
6. Masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Kacau sebati.
7. Masukkan garam dan asam jawa secukupnya.
8. Masak sehingga naik minyak, barulah masukkan gula.
9. Biar seketika dan kacau lagi.
10. Barulah masukkan sos cili dan sos tiram.
11. Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan sedikit air lagi.
12. Kacau dengan api yang perlahan dan biarkan mereneh supaya rempah-remaph dapat meresap ke dalam ayam goreng tadi.
13. Siap.
Beberapa petua yang boleh digna pakai sebelum memasak ayam masak merah.
a) Kunyit hidup vs kunyit serbuk
Boleh memilih untuk menggunakan kunyit hidup atau kunyit serbuk. Gunakan sekurang-kurangnya 2 inci atau lebih kunyit hidup yang boleh ditumbuk atau dikisar sehingga menjadi pes. Sebagai tambahan, tambahkan 1/2 sudu besar air ke dalam pes. Kemudian, campurkan ayam bersama pes kunyit dan garam.
b) Tomato puree atau tomato segar
Ia digunakan untuk memberi warna dan kemanisan pada kuah. Boleh gunakan ½ tin tomato puree atau tomato segar.
c) Ayam masak merah tidak pedas
Sekiranya anda tidak mahu kuah yang pedas, jangan guna cili kering dalam masakan anda.
Lain-lain: Pastikan pes cili, halia dan bawang ditumis dengan sempurna sehingga naik bau atau pecah minyak. Sekiranya langkah ini tidak diikuti, pes tidak akan memberi rasa yang terbaik dan ada sedikit rasa yang mentah.
MW: Resipi paling mudah dan simple untuk anak-anak.
Setiap kali memesan nasi kerabu, mahupun menyediakan sendiri hidangan itu, mesti ada solok lada. Ia menjadi penyedap dan penambah selera serta wajib ada dalam hidangan nasi kerabu.
Tidak semestinya solok lada ini menjadi kegemaran orang Kelantan sahaja, tetapi orang luar dari negeri Che Siti Wan Kembang ini pun ada yang suka dengan hidangan ini. Malah, ia tidaklah menjadi kewajipan untuk dihidangkan dengan asi kerabu kerana ia juga sedap dimakan dengan nasi putih bersama lauk pauk yang lain.
Ada sesetengah orang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat solok lada. Bahan yang digunakan itu, lada mesti sama atau tidak dan tidak kurang juga kandungan yang perlu ada di dalamnya.
Jadi, bagi yang gemar makan nasi kerabu dengan solok lada. Perkongsian daripada Aishah Toke Kek ini boleh membantu untuk mak-mak buat sendiri. Bahan yang digunakan pun cukup mudah dan cilinya tak semestinya cili dari Siam, boleh juga guna cili hijau yang biasa dijual di pasar, Cuma mungkin kenikmatan cili itu kurang ummpp sikit.
Bahan-bahan: 20 biji lada solok 12 ekor ikan selayang 5 ulas bawang merah Kelapa parut putih 150ml santan untuk merebus
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang, bila sudah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang (nak elakkan solok hangit)
8. Rebus sehingga santan kering. Dah siap.
Selamat mencuba.
MW: Senang sangat kan. Bolehlah mak-mak cuba buat nanti. Tak semestinya kena makan dengan nasi kerabu. Makan dengan nasi putih bersama hidangan lain pun best jugak
Acar jelatah, hidangan sampingan yang selalu dimasukkan dalam set nasi minyak, nasi tomato dan digandingkan pula dengan ayam masak merah. Kalau tak ada hidangan ini, rasanya tidak lengkap set makanan itu.
Walau bagaimanapun, cara membuatnya tidaklah renyeh dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, salah satu bahan utama sudah tentulah timun dan nenas. Malah untuk menaikan rasanya,letakkan hirisan bawang merah, garam gula dan cuka.
Namun, bagi yang tak suka dengan bau cuka, masih boleh membuat acar jelatah ini tanpa menggunanya. Perkongsian resipi daripada Ameera ini adalah tidak menggunakan cuka. Menariknya, cara nak buat hanya 5 minit sahaja. Sedap pun sedap.
“Ini adalah resipi jelatah tanpa menggunakan cuka. Memang mudah dan sedap. 5 minit sahaja dah siap dan boleh nikmati dengan set hidangan nasi minyak atau nasi tomato.
Selamat mencuba.
Cara Membuat:
Potongan timun ikut suka cara masing masing. Nak petak, belah tengah, bujur sirih mahu pun bulat.
Potong nenas mengikut cara kesukaan masing-masing juga.
Hiris bawang nipis-nipis.
Campurkan semua bahan tadi.
Masukkan semuanya sekali.
Letakkan bahan yang diperlukan.
Gaul semua bahan yang telah disatukan tadi. Boleh saja, gunakan tangan atau sudu.
Sudah siap. Senangkan. Terus makan dengan nasi minyak.
Tip:
Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri.
Sesetengah orang ada yang suka meletakkan kacang tanah dan untuk rasa lebih pedas boleh letakka hirisan cili padi.
MW: Nanti bolehlah cuba buat. Kalau rasa tak perlukan cuka tu, guna cara ini.
Baru-baru ini Neelofa kongsi menu tahan lapar, ramai yang cuba kata berkesan. Jadi boleh lah mak-mak yang sedang mencari menu sahur cuba resepi ini nanti.