Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

Manis sungguh, Puan Sri Normala Samsudin ini. Walaupun tanpa secalit colekan, wajah berpeluh dek penat buat kerja rumah, bersenam mahupun berkebun. Tetap cantik, awet muda. Cuma lilit kain lampin baby buat selendang pun menawan betul.

Jangan tak tahu, mantan pengacara dan personaliti TV terkenal ini tak reti duduk diam. Ada saja aktiviti yang akan buatnya bergerak, walaupun cuma berada di rumah.

Akuinya, “Apabila berusia 50-an, wanita cepat berpeluh bila buat kerja rumah, bersenam dan berkebuh dan pelbagai lagi. Berpeluh bagus untuk kesihatan.

Tapi kena sedia kain lap peluh dan jangan guna sebarangan kain, ia boleh radangkan kulit. Kulit saya sensitif jadi saya selesa guna kain lampin baby. Ia lembut dan bau amat sedap. Macam bau baby.”

Pesan beliau lagi,

Janganlah guna yang terpakai. Beli baru untuk kegunaan sendiri. Murah je kain lampin. Dan kain lampin ini, tak ada sapa sudi guna kalau dalam rumah.”

Ujarnya, “tak semua orang suka kain lampin, sebab stigma untuk baby. Sebenarnya apa juga barangan untuk baby teramat baik untuk orang dewasa.

Saya jenis yang tidak suka ‘share’ towel muka atau apatah lagi towel mandi. NO, saya amat peka!. Musim Covid ini lagilah kena jaga jangan sebarang share betul tak. Ada keterbatasan yang perlu di jaga tentang kebersihan.” Kongsinya yang dah bertahun guna kain lampin bayi untuk lap peluh.

View this post on Instagram

Apabila berusia 50an wanita cepat berpeluh bila buat kerja rumah, bersenam dan berkebun dan pelbagai lagi. Berpeluh bagus untuk kesihatan. Tapi kena sedia kain lap peluh dan jangan guna sebarangan kain, ia boleh radangkan kulit. Kulit saya sensitif jadi saya selesa guna kain lampin baby. Ia lembut dan bau amat sedap. Macam bau baby. Janganlah guna yang terpakai, beli baru untuk kegunaan sendiri. Murah je kain lampin. Dan kain lampin ni, tak ada sapa sudi guna kalau dalam rumah. Tak semua orang suka kain lampin, sebab stigma untuk baby, sebenarnya apa juga barangan untuk baby teramat baik untuk orang dewasa. Saya jenis yang tidak suka ‘share’ towel muka atau apatah lagi towel mandi. NO , saya amat peka! 🤣😂. Musim Covid ini lagilah kena jaga jangan sebarang share betul tak. Ada keterbatasan yang perlu di jaga tentang kebersihan. #sajasajanakshare #stayhomesharing #bertahungunalampin #lampincepatkering #hikinglagibestringan

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

Haa.. patutlah walau sudah mencecah 56 tahun malah dah bergelar nenek, isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid ini bagaikan tak dimamah usia.

Serba Boleh Betul Puan Sri Normala Samsudin Ni..

1. Penuh Kecintaan Pada Alam Semulajadi

Kulitnya tetap cantik dan flawles. Malah, wanita kental ini sebenarnya cukup gemarkan aktiviti lasak. Masuk hutan, mendaki dan meneroka hutan Belantara. Jika tak, masakan Gunung Tahan, Pahang, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Batur, Indonesia sudah dijejakinya.

Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

2. Anak Jati Kampung Yang Kental

Malah, membesar dalam suasana kampung menjadikannya wanita berjiwa kental. Selamba saja berdepan ternakan kambing di kampung halaman. Serba boleh sungguh!

IKLAN

3. Al-Quran Jadi Kecintaan

Kongsinya, “Umur 7 tahun saya dah belajar mengaji Quran, emak guru kami. Bila mak ajar Quran ada je lakonan malas ku drama macam-macam sampai menangis… nauzubilah.. emak sabar sangat. Dia tuntun sikit-sikit walaupun dia keletihan.

Masa itu pengaruh Nasyid kuat, saya join sebab mak-mak sedara yang ajak. Seronok pulak, mak-mak sedara semua johan Qariah Daerah Segamat malu aihh kalau tak katam Quran. Pederas belajar sampai katam.

Pun dah lambat sebab umur 17 baru katam.Mak-mak sedara pesan kita kena katam Quran sebab nanti bila nak kawin kena buat majlis katam Quran. Nawaitu pun kelaut gak.. kini aku baca Quran dan aku hadamkan maksudnya. InsyaAllah.

Sejarahku, bila mula bekerja kita makin hanyut, baca Quran bila perlu dan bila terdesak. Lama juga hanyut di lautan sepi dan bergelora tidak bertemu pantai dan tebing sering melorot. Aku lalui semua itu, aku akui zaman lara itu, zaman yang kalau boleh tidak mahu aku kenang, tidak mahu di ingat kembali walaupun ada manisnya.

Namun siapalah aku untuk mengedit masa lalu itu. Hanya Allah saja yang boleh edit, delete and reset. Moga Allah ampun dosa ku yang lalu dan akan datang.

Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

Allah Jentik Hati Perlahan-lahan

Sejak 2006, Allah jentik hati ini perlahan-lahan. Bermula dengan pelbagai ujian kecil yang hanya diri sendiri yang faham. Bertatih mengaji, menangis bila teringat bantah emak. Allah mulakan perasaan ini dengan sentuhan Mimpi yang sangat menginsafkan berkali-kali.

Aku perbetul solat, perbetul bacaan dalam solat, dan nekad jangan tinggal solat walau apa terjadi sekali pun. Berjalan lah ke pelosok mana pun. Jauh di sudut hatiku tak cukup dengan itu, aku solat sunat, puasa sunat Isnin Khamis. Kuliah mingguan dan Jemaah di masjid, zakat, fitrah dan segala hutang dan tunai Haji.

IKLAN

Kuliah ustaz-ustazah Youtube pun tak miss. Semua ini untuk memperbetulkan jalan hatiku ini menuju pada Allah. Aku masih bertatih dan masih belajar sebab tak pandai-pandai.

Apa yang nak ku kongsi ini, jadikanlah perjalanan kehidupan Normala Samsudin ini sebagai teladan dan jangan ikut perkara tak baik yang pernah aku lalui. Maafkan aku dan doakanku.”

4. Tetap Jaga Rutin Senaman

Nak cantik kena rajin kan.. bersenam salah satunya. Tengok sini Normala ajar cara buat ‘cooling down’ selepas lakukan senaman. Katanya ’Cool Down’ ini wajib dibuat selepas bersenam. Macam mana perut lapar sekalipun.. kena juga buat.

Ini antara cara ’Cool Down’ selepas senaman

Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

5. Rajin Pula Berkebun, Tanam Menanam

Dari muda Normala gemar menanam pokok bunga, terutama bunga kenanga yang banyak nostalgia dengannya. Katanya walau di mana pun, beliau menetap baik di Perlis, Kuala Lumpur mahupun Segamat pokok bunga Kenanga inilah yang akan ditanamnya.

IKLAN

Tradisi orang dulu, bunga kenanga inilah antara bunga yang dicampur untuk buat bunga rampai. Sekarang ini, minatnya mula mahu menanam sayuran pula. Bermula dengan sawi yang dihadiahkan teman.

Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

6. Menjahit Pun Hebat, Siap Buat Mask Untuk Anak Bujang

Walaupun percubaan pertama buat topeng muka (mask) tetap kemas jahitannya. Teliti sungguh. Dah tak larat nak beli mask pakai buang, sudahnya jahit sendiri mask yang boleh cuci dan jemur untuk anak bujangnya yang sudah pun bekerja.

Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

7. Dipilih Jadi Juri Tetap Program Ratu Hijabista

Ibu kepada Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan ini bukan saja lemah lembut dan manis orangnya, malah karismanya sebagai ikon ‘Wanita Melayu Terakhir’ tetap menawan hati peminatnya sampai hari ini.

Baca sini : Pencarian Ratu Hijabista, Normala Samsudin Buat Kemunculan Semula Selaku Juri Tetap

Menjadi juri tetap program Ratu Hijabista sekaligus membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran ini pun selepas beliau mendapat ‘lampu hijau’ atau keizinan daripada suami.

Bak kata suaminya, ‘Dalam program itu nanti, dirinya bukan sekadar juri malah umpama seorang ibu yang akan berkongsi pengalaman dengan peserta.”

Program pencarian bakat pengacaraan, Ratu Hijabista ini menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara yang disertai 12 peserta berusia di antara 21 hingga 30 tahun.

Sumber/Foto : Normala Samsudin, Harian Metro, Sinar Plus

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI