Rata-rata mak, ayah bimbang apabila anak terlalu lama tidak ke sekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bimbang jika anak ketinggalan kerana hanya mengharapkan bantuan daripada mak, ayah untuk menghabiskan kerja rumah yang diberi guru melalui kelas atas talian.

Mak, ayah yang mempunyai anak dan bakal berdepan dengan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM serta STPM antara insan paling risau jika sekolah terlalu lama tidak dibuka. Tetapi mak, ayah harus sedar bahawa selain akademik iaitu IQ, anak-anak kita perlu dididik secara spritual dan emosi.

Aspek ini hanya dapat dididik di rumah, oleh itu gunakanlah peluang sepanjang PKP ini untuk mendidik anak-anak sendiri. Ternyata di sebalik musibah ini, Allah memberi peluang pada kita untuk mengajar anak di rumah.

Ikuti perkongsian Taufik Razif ini:

Ini fakta yang mak, ayah WAJIB tahu bila anak tak dapat pergi ke sekolah

Ada bermacam jenis nilai dan kepandaian lagi yang mak, ayah boleh ajar anak walaupun anak tak boleh pergi sekolah.

Pertama kita kena tahu di sekolah itu kebanyakannya yang diasah cuma Intelligence Quotient (IQ), sedangkan hendak jadikan anak kita berjaya dalam hidup dia bukan cuma perlu asah IQ semata, anak kita juga perlu hebat Spiritual Quotient (SQ) dan Emotional Quotient (EQ).

Haaa.. di rumahlah tempat kita boleh asah EQ dan SQ tu. Memang EQ dan SQ itu luas dan susah nak diukur sebab itu ramai mak, ayah ambil ringan benda ni padahal 90% faktor kejayaan anak dalam hidupnya bergantung pada benda ni.

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Mak Ayah Kena Kenal Pasti Apa Keutamaan Dalam Didik Anak

Didik Anak Jadi Manusia, Penting Suapkan Makan, Hargai Ucap Terima Kasih!

Mak, Ayah Wajib Ambil Berat

Ada beberapa perkara yang sekolah sendiri pun tidak mampu hendak ‘measure’ dan nilai. Ini beberapa perkara mak ayah WAJIB ajar dan ambil berat pada anak walaupun ianya tak boleh hendak diukur oleh sistem yang ada di sekolah anak-anak :

+ Resilience – Ajar anak kita untuk ada daya tahan ketika menghadapi ujian hidup

+ Faith – Ajar anak kita untuk mempunyai Belief system yang kuat dan betul

IKLAN

+ Kindness – Ajar anak kita buat kebaikan setiap hari

+ Diligence – Ajar anak kita ketekunan dalam setiap perkara di dalam hidupnya

+ Grit – Ajar anak kita untuk memiliki daya juang yang tinggi untuk bertahan dalam hidupnya

+ Compassion – Ajar anak kita untuk mempunyai belas kasihan kepada diri sendiri dan orang lain di sekelilingnya

+ Sense of humor – Tunjukkan kepada anak kita kebolehan melihat sesuatu daripada sudut yang menyeronokkan

IKLAN

+ Manners – Ajar anak kita untuk beradab dan tahu untuk ‘behave’ di depan orang lain terutamanya orang yang lebih tua

+ Fortitude – Ajar anak kita untuk tabah dan kuat semangat bila berhadapan dengan ujian berat dalam hidupnya

Kepada mak ayah semua. Jangan bersedih ya walau anak anak belum boleh bersekolah.

Mungkin inilah masanya Allah nak kita ambil kembali tanggungjawab mendidik anak kita kerana mungkin didikan kita di rumahlah sumber dan rahsia kejayaan anak kita suatu hari nanti di dalam hidupnya.

Nota kaki : Tolong save ilmu ni ya kerana suatu hari nanti insyaAllah ianya akan sangat berguna untuk kita didik anak anak kita.

Sumber: Taufiq Razif

MW: Gunakanlah waktu sepanjang PKP ini untuk mendekati dan mendidik anak-anak kerana selama ini kita alpa dengan kesibukan kerja. Insyallah hubungan mak, ayah dan anak-anak juga bakal bertambah erat. 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI