Ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin kembali memeriahkan dunia penyiaran apabila muncul sebagai juri tetap program Ratu Hijabista.
Puan Sri Normala Samsudin menerima mandat selaku juri tetap, gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sahut cabaran kemudi musim pertama.
Buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Pencarian Ratu Hijabista Bersiaran Selama 8 Minggu
Bakal bersiaran selama lapan minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, “Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penganjuran program ‘Ratu Hijabista’ yang mengiktiraf potensi bakat luar biasa dan sumbangan kaum wanita agar dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana khususnya golongan yang berhijab.
Ads
Bukan itu sahaja, platform pencarian seumpama ini juga berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita yang pastinya ada memasang impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ratu Hijabista Yang Bakal Bersiaran Jadi Taruhan
Manakala jelas Fiezreen Ahmad yang merupakan Editor Pengurusan Hijabista “Sudah tiba masanya Hijabista melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi.
Daripada hanya sebuah majalah dan seterusnya berkembang pesat di dunia digital dengan jutaan pelayar setiap bulan. Kini Ratu Hijabista yang bakal bersiaran di saluran Astro Prima merupakan pertaruhan terbaru jenama ini.
Ads
Membawa inti pati jenama yang memartabatkan golongan wanita berhijab, pencarian ini dilihat sebagai salah satu wadah khusus untuk suara wanita berhijab yang kini sudah mampu berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan golongan yang lain.
“Hijab bukan sebuah lambang kelemahan sebaliknya sebagai lambang manifestasi diri yang cemerlang, sama seperti kesemua finalis yang terpilih. Setiap seorang dari mereka memiliki latar pendidikan yang baik dan persona diri yang menarik serta meyakinkan.”
Ads
Ratu Hijabista Mula Bersiaran Di Astro Prima
Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Kapsul pengenalan 12 peserta boleh ditonton melalui liputan harian ‘Profil Ratu Hijabista’ pada setiap hari, jam 11.55 pagi dan 6.55 petang bermula 23 Julai hingga 9 Ogos 2020.
Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta sepanjang musim ini pula dapat ditonton melalui liputan harian ‘Jurnal Ratu Hijabista’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 6.55 petang bermula 10 Ogos 2020.
Manakala rakaman program pencarian ‘Ratu Hijabista’ pula akan bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena kelahiran anak keduanya yang ke 15 tahun, Norman berkongsi ucapan istimewanya di akaun instagram peribadinya.
Ujarnya, mama merujuk kepada Abby Abadi telah bertarung nyawa melahirkan, Allah pilih papa( merujuk dirinya) sambut kelahiran dalam kereta.
Mengimbas peristiwa 15 tahun lalu, pelakon Norman Hakim menerusi perkongsiannya, menceritakan bagaimana dia menyambut kelahiran anak keduanya di dalam kereta sebelum sempat tiba di hospital.
Semalam pada 15 tahun yang lalu, Norman Hakim yang pernah berkongsi hidup dengan selebriti, Abby Abadi berdepan detik cemas apabila menjadi “bidan” menyambut kelahiran anak daranya itu.
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah SWT pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sebab tak berhijab time ni… Belanja telinga sikit jek😝) . Soalannya, siapakah anak itu? Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang… Sayang… Sayang sangat dekat dia dunia akhirat dan mohon sama-sama doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulang tahun kelahirannya hari ni…
Dalam masa yang sama, para peminat untuk memberi ucapan hari jadi dan mendoakan kebahagian kepada puteri Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa.
Manakala Marissa turut meluahkan rasa terima kasih dan rasa syukur atas ucapan serta doa dari insan sekelilingnya. Dirinya merasa terharu dengan keprihatinan keluarga dan kawan-kawan di hari lahirnya.
A very big thank you to everyone for the sweet birthday wishes! I am touched and thankful to be blessed by such awesome family and friends. I feel grateful and lucky to have so many amazing people by my side. Thank you from the bottom of my heart…
Biar pun sibuk, sebuah majlis diatur di saat-saat akhir bagi meraikan majlis hari jadi Marissa sempena hari kelahirannya yang ke-15. Kongsi norman786 :
Hi-tea with our birthday girl @marissadania_ ❤️Last minute plan semua dari lain-lain tempat. Papa dari Astro, Mummy Mama dari shopping both nak ke recording dengan Naura Shares. Dania, Baby & Danish (kawan sekolah Dania Baby) outing dari tempat lain. Abang @danishhakimofficial still kat sekolah dan Abah @jaiezzany ada side work. . .
Pre-celebration for our birthday girl before the actual event on this coming Sunday. Alhamdulillah❤️
MW: Selamat hari jadi Marissa, semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka walaupun telah memakai alat cegah hamil IUD (Intrauterine device) untuk mencegah kehamilan, namun takdir tuhan seorang wanita tetap hamil dan selamat melahirkan seorang cahaya mata. Lebih istimewa, bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam tersebut didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.
Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.
Pakar Obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.
“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.
Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.
Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.
IUD, yang biasanya dikenali sebagai gegelung kerana wayar tembaga dililit di sekeliling plastik, dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor dan 99 peratus berkesan.Peranti itu boleh kekal di tempatnya selama lima tahun atau lebih dan seorang wanita boleh hamil sebaik sahaja ia dikeluarkan.
Manis sungguh, Puan Sri Normala Samsudin ini. Walaupun tanpa secalit colekan, wajah berpeluh dek penat buat kerja rumah, bersenam mahupun berkebun. Tetap cantik, awet muda. Cuma lilit kain lampin baby buat selendang pun menawan betul.
Jangan tak tahu, mantan pengacara dan personaliti TV terkenal ini tak reti duduk diam. Ada saja aktiviti yang akan buatnya bergerak, walaupun cuma berada di rumah.
Akuinya, “Apabila berusia 50-an, wanita cepat berpeluh bila buat kerja rumah, bersenam dan berkebuh dan pelbagai lagi. Berpeluh bagus untuk kesihatan.
Tapi kena sedia kain lap peluh dan jangan guna sebarangan kain, ia boleh radangkan kulit. Kulit saya sensitif jadi saya selesa guna kain lampin baby. Ia lembut dan bau amat sedap. Macam bau baby.”
Pesan beliau lagi,
“Janganlah guna yang terpakai. Beli baru untuk kegunaan sendiri. Murah je kain lampin. Dan kain lampin ini, tak ada sapa sudi guna kalau dalam rumah.”
Ujarnya, “tak semua orang suka kain lampin, sebab stigma untuk baby. Sebenarnya apa juga barangan untuk baby teramat baik untuk orang dewasa.
Saya jenis yang tidak suka ‘share’ towel muka atau apatah lagi towel mandi. NO, saya amat peka!. Musim Covid ini lagilah kena jaga jangan sebarang share betul tak. Ada keterbatasan yang perlu di jaga tentang kebersihan.” Kongsinya yang dah bertahun guna kain lampin bayi untuk lap peluh.
Haa.. patutlah walau sudah mencecah 56 tahun malah dah bergelar nenek, isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid ini bagaikan tak dimamah usia.
Kulitnya tetap cantik dan flawles. Malah, wanita kental ini sebenarnya cukup gemarkan aktiviti lasak. Masuk hutan, mendaki dan meneroka hutan Belantara. Jika tak, masakan Gunung Tahan, Pahang, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Batur, Indonesia sudah dijejakinya.
Malah, membesar dalam suasana kampung menjadikannya wanita berjiwa kental. Selamba saja berdepan ternakan kambing di kampung halaman. Serba boleh sungguh!
Kongsinya, “Umur 7 tahun saya dah belajar mengaji Quran, emak guru kami. Bila mak ajar Quran ada je lakonan malas ku drama macam-macam sampai menangis… nauzubilah.. emak sabar sangat. Dia tuntun sikit-sikit walaupun dia keletihan.
Masa itu pengaruh Nasyid kuat, saya join sebab mak-mak sedara yang ajak. Seronok pulak, mak-mak sedara semua johan Qariah Daerah Segamat malu aihh kalau tak katam Quran. Pederas belajar sampai katam.
Pun dah lambat sebab umur 17 baru katam.Mak-mak sedara pesan kita kena katam Quran sebab nanti bila nak kawin kena buat majlis katam Quran. Nawaitu pun kelaut gak.. kini aku baca Quran dan aku hadamkan maksudnya. InsyaAllah.
Sejarahku, bila mula bekerja kita makin hanyut, baca Quran bila perlu dan bila terdesak. Lama juga hanyut di lautan sepi dan bergelora tidak bertemu pantai dan tebing sering melorot. Aku lalui semua itu, aku akui zaman lara itu, zaman yang kalau boleh tidak mahu aku kenang, tidak mahu di ingat kembali walaupun ada manisnya.
Namun siapalah aku untuk mengedit masa lalu itu. Hanya Allah saja yang boleh edit, delete and reset. Moga Allah ampun dosa ku yang lalu dan akan datang.
Sejak 2006, Allah jentik hati ini perlahan-lahan. Bermula dengan pelbagai ujian kecil yang hanya diri sendiri yang faham. Bertatih mengaji, menangis bila teringat bantah emak. Allah mulakan perasaan ini dengan sentuhan Mimpi yang sangat menginsafkan berkali-kali.
Aku perbetul solat, perbetul bacaan dalam solat, dan nekad jangan tinggal solat walau apa terjadi sekali pun. Berjalan lah ke pelosok mana pun. Jauh di sudut hatiku tak cukup dengan itu, aku solat sunat, puasa sunat Isnin Khamis. Kuliah mingguan dan Jemaah di masjid, zakat, fitrah dan segala hutang dan tunai Haji.
Kuliah ustaz-ustazah Youtube pun tak miss. Semua ini untuk memperbetulkan jalan hatiku ini menuju pada Allah. Aku masih bertatih dan masih belajar sebab tak pandai-pandai.
Apa yang nak ku kongsi ini, jadikanlah perjalanan kehidupan Normala Samsudin ini sebagai teladan dan jangan ikut perkara tak baik yang pernah aku lalui. Maafkan aku dan doakanku.”
Nak cantik kena rajin kan.. bersenam salah satunya. Tengok sini Normala ajar cara buat ‘cooling down’ selepas lakukan senaman. Katanya ’Cool Down’ ini wajib dibuat selepas bersenam. Macam mana perut lapar sekalipun.. kena juga buat.
Dari muda Normala gemar menanam pokok bunga, terutama bunga kenanga yang banyak nostalgia dengannya. Katanya walau di mana pun, beliau menetap baik di Perlis, Kuala Lumpur mahupun Segamat pokok bunga Kenanga inilah yang akan ditanamnya.
Tradisi orang dulu, bunga kenanga inilah antara bunga yang dicampur untuk buat bunga rampai. Sekarang ini, minatnya mula mahu menanam sayuran pula. Bermula dengan sawi yang dihadiahkan teman.
Walaupun percubaan pertama buat topeng muka (mask) tetap kemas jahitannya. Teliti sungguh. Dah tak larat nak beli mask pakai buang, sudahnya jahit sendiri mask yang boleh cuci dan jemur untuk anak bujangnya yang sudah pun bekerja.
Ibu kepada Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan ini bukan saja lemah lembut dan manis orangnya, malah karismanya sebagai ikon ‘Wanita Melayu Terakhir’ tetap menawan hati peminatnya sampai hari ini.
Menjadi juri tetap program Ratu Hijabista sekaligus membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran ini pun selepas beliau mendapat ‘lampu hijau’ atau keizinan daripada suami.
Bak kata suaminya, ‘Dalam program itu nanti, dirinya bukan sekadar juri malah umpama seorang ibu yang akan berkongsi pengalaman dengan peserta.”
Program pencarian bakat pengacaraan, Ratu Hijabista ini menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara yang disertai 12 peserta berusia di antara 21 hingga 30 tahun.
Satu lagi berita yang cukup menyayat hati apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dilaporkan ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada petang Sabtu, 3 Oktober 2026.