
Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Artikel berkaitan: Perkara Boleh & Tak Boleh Dilakukan Semasa Hamil Untuk Elak Dijangkiti COVID-19!
Isteri Teruja Jadi Ibu
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Jehan Miskin
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hajah Nelydia Bersyukur Jadi Tetamu Allah “Kalau Diizinkan, Hendak Pergi Tunaikan Haji Setiap Tahun”

Isi Kandungan
ToggleHajah Nelydia bersyukur jadi tetamu Allah. Begitulah yang diluahkan oleh pelakon jelita yang baru saja pulang mengerjakan ibadah haji.
Ternyata peluang menunaikan ibadah haji bersama suami bulan lalu merupakan satu keindahan yang sukar dilafazkan.
Hajah Nelydia Bersyukur Jadi Tetamu Allah
Nelydia Senrose bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bersyukur dijemput Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadat haji, biarpun pada mulanya tidak pasti sama ada berpeluang melakukannya.
Sebelum ini Nelydia sudah empat kali mengerjakan umrah. Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Nelydia menjelaskan banyak perkara baru yang dipelajari.
“Segala-galanya dipermudahkan. Pengalaman, layanan dan semua yang lain, baik-baik sahaja. Saya berdoa agar mereka yang berniat menunaikan haji, dipermudahkan urusan itu.
“Sebaik selesai mengerjakan haji, saya rasa lega. Orang selalu cakap, buat haji ini kita betul-betul berjihad ke jalan Allah. Tidak tahu apa jadi, hanya berserah.
“Makkah dan Arafah bumi barakah. Saya banyak belajar perkara baharu dan berkenalan dengan insan lain. Ketepi segala kuasa pemilikan tanpa kasta atau pangkat. Niat pergi ke sana kerana Allah, Berserah,”
Malah Nelydia juga menganggap pengalaman di Tanah Suci mengundang hikmah tersendiri.
“Hingga saya beritahu suami, kalau diizinkan, hendak pergi tunaikan haji setiap tahun,” sambungnya.
Berehat Seketika Aktiviti Seni
Selepas pulang dari Mekah Nelydia memilih untuk berehat seketika sebelum kembali aktif di pentas seni.
“Saya mahu nikmati momen selepas pulang dari Tanah Suci ini dengan tenang dan membiasakan diri dengan perubahan ini,” ungkap Nelydia.
Terduduk & Menangis Kesyukuran
Bercerita kisah pengalamannya sebelum menunaikan Haji 3 Julai lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya kerap bertanya apa status permohonan kami untuk menunaikan haji. Kami sangat berharap dapat melakukan ibadat ini bersama.
“Hari demi hari, sehinggalah 1 Julai lalu, masih belum ada berita baik untuk kami… Gementar jadinya. Ketika itu, macam-macam rasa. Kalau belum ada rezeki, kami kena reda,” tambahnya tanpa diduga, pada awal pagi 2 Julai lalu ketika hampir hendak melelapkan mata, dirinya dan suami mendapat pengesahan mereka akan berangkat ke Tanah Suci apabila visa diluluskan.
“Kami terduduk dan menangis penuh kesyukuran dengan berita gembira itu. Sepantas kilat, saya dan suami sujud syukur dengan kesempatan serta rezeki terindah itu,” ujarnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : So Sweet, Luahan Nelydia “Syurgaku, Usaha, Pengorbanan& Besar Pelaburan Mu Untuk Kita Jadi Tetamu Allah”
Mingguan Wanita: Allhu seronoknya muda-muda dah dijemput menjadi tetamu Allah.
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Nelydia Senrose
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya!

Isi Kandungan
ToggleAlasan tak logik suami mahu bercerai menimbulkan rasa tekanan buat isteri. Mana tidaknya kadangkala alasan yang diberikan membuatkan kaum hawa hilang keyakinan diri. Hakikat sebenar, ada segelintir suami yang berlaku curang namun tidak mahu mengakui hal tersebut.
Dalam kehidupan rumah tangga, ujian sentiasa hadir seperti air yang mengalir. Dugaan rumah tangga yang paling hebat adalah pergaduhan hingga menyebabkan perceraian.

Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai
Langit tidak selalunya cerah. Ada kalanya panas dan hujan. Tidak kurang juga mendung dan ribut. Demikianlah juga keadaannya dengan alam perkahwinan dan rumah tangga. Bahagia atau derita, lumrah kehidupan suami dan isteri.
Seperti mana perkongsian menerusi akaun Facebook Rabiatul Adawiyah Ramli ada persolan yang dikemukan kepada Puan Rabiatul tentang suami yang mahu menceraikan isteri dengan alasan bentuk badannya.
Ikuti perkongsian tersebut yang boleh menjadikan panduan buat wanita di luar sana yang melalui perkara yang sama. Moga bermanfaat!
Isteri Kurus Macam Pramugari Mahu Diceraikan
“Stress saya puan, suami saya nak ceraikan saya sebab bentuk badan saya. Padahal dia yang dah ada orang lain. Boleh ke saya tak setuju?”
Jawapan saya :
“Saya pun stress dengan soalan ni. Saya ingatkan bentuk badan dia shomel/chubby, rupanya selim melim tinggi lampai macam pramugari. Eh rasa nak gari je suami dia ni.
“Oklah straight to the point.
- Ini bukan punca alasan perceraian yang munasabah + ini adalah 1 kesalahan kerana body shaming. Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
- Dalam keadaan ini, puan boleh untuk tidak setuju dan berikan alasan puan sebab apa tidak setuju untuk bercerai masa di Mahkamah nanti. Tak kisahlah tuntutan perceraian yang akan difailkan oleh suami nanti tuntutan cerai melalui persetujuan bersama, Hakam atau Fasakh.
- Memang talaq ada pada suami dan suami boleh sahaja melafazkan talaq bila-bila masa sahaja walau tanpa kebenaran Mahkamah. Tapi apabila itu berlaku, lafaz talaq tersebut perlu disahkan di Mahkamah dan suami tersebut akan dikenakan penalti oleh Mahkamah kerana jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
Kenali Alasan Mahu Diceraikan
- Namun, puan juga boleh untuk bersetuju sekiranya terdapat sebab-sebab lain yang menunjukkan bahawa PUNCA PERCERAIAN adalah disebabkan puan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini puan juga boleh menyatakan alasan dan sebab mengapa puan bersetuju terhadap tuntutan.
- Selain itu, puan juga boleh memfailkan tindakan terhadap pihak ketiga tersebut sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi membolehkan kertas siasatan dan pendakwaan boleh dibuat. Kerana ia merupakan kesalahan Jenayah di bawah Jenayah Syariah yang memperuntukkan “mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”
- Jika inilah alasan kepada sebab puan diceraikan, puan layak terhadap semua tuntutan yang dibenarkan undang-undang dan ianya selari dengan Hukum Syarak!
Baca Sini : “Lebih Rela Minum Jamu, Berurut.” Tidak Mendapat Rawatan Sepatutnya, Punca Wanita Mati Putik Bercerai
Bila Isteri Nekad Bercerai. “Suami Sanggup Pujuk Rayu Peguam Isteri, Berjanji Akan Berubah”
“Inilah Hakikat” Komen Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati agar wanita mempertahankan maruah diri.

Mingguan Wanita : Wanita jangan cepat mengalah. Ketahuilah hak anda.
Sumber/Sumber Foto : Facebook Rabiatul Adawiyah Ramli
Anak nak sambung belajar mak-mak dah ready ke?
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
COVID-19: Team Petugas Perubatan Kemalangan, Seorang Doktor & Bayi Meninggal

Isi Kandungan
ToggleDikala khidmat dan bakti bpara barisan hadapan (frontliners) diperlukan ketika penularan wabak COVID-19 ini, berita yang cukup menyedihkan apabila berlaku kemalangan maut yang melibatkan “team” petugas perubatan dari Hospital Kuala Krai.
Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang, yang mengorbankan Pegawai Perubatan O&G, Dr. Nooranisah Bt Mohd Razali meninggal dunia di tempat kejadian bersama bayi beliau. Di samping 5 orang pegawai perubatan yang lain dan pemandu dilaporkan selamat.Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.
Doktor & Bayi Maut
Dua beranak termasuk bayi lelaki berusia sembilan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, hari ini.
Dalam kejadian 10.35 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.
Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.
Dalam Perjalanan Ke Hospital Gua Musang
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.
Menurutnya, van dari Hospital Kuala Krai itu dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.
Katanya, sebaik sampai ke lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum seorang mangsa tercampak keluar dari van berkenaan.
“Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala bayinya meninggal dunia pada 11.02 pagi di HGM akibat kecederaan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, tujuh mangsa lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, mayat dua beranak itu dihantar ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.
“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih di atas kejadian itu kerana mangsa pergi ke HGM untuk menjalankan tugasnya,” katanya.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa.Terkorban dalam perjalanan untuk melakukan tugas yang mulia, semoga ganjaran syurga hendaknya. Didoakan juga semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI