Guru itu umpama lautan luas, Menghampar ilmu tak terbatas, Bagai hempasan keras gelombang, Kepada murid mendamai tenang.
Guru itu laksana gunung agung, Tinggu berbukit sabar iktibar, Persis batu dan pasir terdampar, Tugasnya mulia mendidik mengajar.
Dua rangkap pantun istimewa ini merupakan petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 di Peringkat Kebangsaan buat kali ke 39. Pantun dan sosok guru yang satu ini, cukup sinonim gandingannya.
Selaku guru yang menjadi pembimbing skuad pantun sekolah SK Sri Selama, Selama, Perak … Cikgu Zukadariah Mohd Yatim berkongsi rasa bahagia apabila anak didiknya berjaya menjuarai Pertandingan Pantun Daerah Larut Matang & Selama buat lapan tahun berturut-turut (2012 – 2019). Segala jerih perih berbaloi apabila nama SK Sri Selama sekali lagi dijulang selaku Naib Johan peringkat Kebangsaan Pertandingan Pantun Sekolah Rendah (2018) yang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka tahun lalu.
Guru kelahiran Selama, Perak ini sudah melepasi fasa dua dekad mendalami profesion perguruan. Angka 22 tahun bukanlah fasa yang singkat buat guru berusia 46 tahun ini dalam terus menabur bakti dan mendidik anak bangsa. Selaku guru untuk subjek Bahasa Melayu, di bahunya tergalas pelbagai tanggungjawab memajukan anak bangsa khususnya dalam mengekalkan budaya serta ilmu berpantun dalam sanubari anak muridnya.
“Berdasar pengalaman peribadi yang pernah menyertai pertandingan pesta pantun ketika di sekolah menengah, saya pernah menyertai pertandingan ini hingga ke peringkat kebangsaan sekitar tahun 1990 dan 1991 (mewakili negeri Perak). Memanfaatkan pengalaman yang ada, saya perturunkan ilmu dan pengalaman tersebut untuk diteruskan oleh murid-murid saya hari ini.
Ads
“Menerusi Kelab Pantun SK Sri Selama, saya sudah melatih hampir 40 orang murid selama 8 tahun berturut-turut. Pemilihan peserta pantun lazimnya berdasarkan minat dan kecekapan penggunaan bahasa yang indah. Selalunya dibuat melalui sesi ujibakat. Penat lelah dan kerjasama berterusan dari pihak sekolah serta komitmen pelajar dan guru membolehkan sekolah kami mengekalkan kejuaraan peringkat daerah buat lapan tahun berturut-turut.
“Selain memenangi peringkat daerah, kami juga bersyukur kerana berpeluang mewakili negeri Perak sebanyak dua kali. Alhamdulillah pada tahun 2018, kami berjaya mengharumkan nama sekolah dengan membawa pulang piala naib johan kebangsaan.
“Menjelangnya musim pertandingan pantun, lazimnya kami akan training sekitar tiga jam setiap hari. Tiada hari tanpa latihan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan sebelum pertandingan. Latihan serta sokongan yang berterusan menjadikan usaha bersama ini membuahkan hasil yang membanggakan buat semua pihak. Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Guru Besar, SK Sri Selama; Zainal Arif Sudin kerana sering memberi sokongan kepada kelab pantun sekolah,”kongsi guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6 serta subjek seni untuk pelajar tahun 2 di sekolahnya.
Cabaran sekolah luar bandar
Ads
Walaupun bertugas di sekolah luar bandar, itu bukan alasan buatnya untuk melaksanakan tugas bagai melepaskan batok di tangga.
“Sekolah diluar bandar atau di bandar, bukanlah faktor utama yang menentukan kecemerlangan seseorang murid itu. Mungkin dari sudut fasiliti, banyak kekurangannya. Contohnya sekolah luar bandar kekurangan dana dalam mendapatkan fasiliti baru dan serba sempurna.
“Jika ada meja kerusi yang uzur, ianya dibaik pulih sendiri oleh pihak sekolah dan dimanfaatkan sebaiknya untuk kegunaan warga sekolah serta pelajar.
Walaupun bilik darjah tak sekondusif sekolah bandar, semangat dan minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan menjadikan ia bukanlah isu besar buat saya.
“Kelebihan semangat kerjasama yang kuat walau banyak kekurangan tak menghalang kami menempa lebih banyak kejayaan. Tanpa adanya penyatuan semangat dan kekuatan mental yang kuat, kekurangan bukanlah penghalang untuk kita sukses,”kongsi Zukadariah menerusi emel.
Ads
Berkongsi profesion yang sama
Guru yang pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2003, 2010 dan 2018 turut berkongsi profesion yang sama bersama suaminya. Idrus Ahmad juga merupakan seorang guru dan bertugas di SMK Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.
Walaupun tidak bertugas di sekolah yang sama, mereka berdua saling berkongsi input dan menjadi tulang belakang satu sama lain untuk terus sukses dalam profesion ini. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Izzat Aiman (22), Ahmad Ikmal Irfan (20) dan Ahmad Hanif Azim (10).
Apabila diajukan soalan berkenaan bagaimana mahu menggapai status guru cemerlang, berikut adalah komentar guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah kepada Mingguan Wanita.
“Seorang guru yang baik perlu ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Seorang guru yang hebat harus berazam mahu mendidik muridnya menjadi hebat lebih dari dirinya. Bergelar seorang guru memerlukan anda memberikan komitmen sepenuhnya, rajin dan yang paling penting perlu disulami keikhlasan serta kesabaran yang tak berbelah bahagi.
“Didiklah anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, kasih sayang agar jiwa dan minda anak-anak mudah dilentur dan menerima ilmu yang dicurahkan. Jangan amalkan sifat pilih kasih kerana pendekatan itu memberi impak negatif kepada pelajar.
“Apa pun latar belakang pelajar, selaku guru kita perlu ikhlas dalam mendidik mereka. Saya lebih menyenangi method kasih sayang ketika menyantuni pelajar-pelajar dengan harapan mereka bakal menjadi pelajar yang bersahsiah terpuji dengan nilai kerohanian dan kaya dengan sifat kasih sayang,”cerita guru yang pernah mendapat gelaran Best Teacher Awards 2018 daripada pihak PIBG sekolahnya menutup bicara.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syoknya kalau suami sudi belanja isteri, nak-nak pula sempena Hari Wanita Sedunia ni. Biasanya mak-mak jarang nak minta lebih, dapat berita orang kata nak belanja makan pun dah cukup gemuk hati!
Sebenarnya wanita nak sangat suami manjakan, tetapi dia jarang suarakan apa yang ada dalam hatinya.
Hargai Pengorbanan Wanita
Sesekali bila ada peluang, cuba suami ambil kesempatan untuk menguruskan mandi dan makan anak-anak. Berilah peluang isteri berehat sebentar. Sekurang-kurangnya dia sedar, masih punya suami yang berkongsi susah senang. Bukan hanya tahu meminta anak saban tahun, tapi tak pernah pun basuh berak kencing anak, melayan keletahnya, memujuknya tidur apa lagi menyuapnya makan.
Tolonglah jangan biar isteri terdetik rasa dalam hati, suami ada atau tiada, sama sahaja. Balik hanya tahu menghadap telefon, tidur, dan lagi dahsyat asyik minta dilayan kehendak nafsu bagai raja di syurga.
Biasanya suami akan nampak anak-anak yang membesar, tapi lupa betapa banyak isteri sudah berkorban pelbagai perkara untuk membesarkan zuriat. Tidur makan pun kelaut. Jadi apa salahnya sesekali ambil peluang bahagiakan isteri dengan belanja isteri.
Eh, kalau encik suami tanya nak ke tidak, mestilah isteri akan jawab tak nak. Tak nak sebab tak mahu membebankan suami. Senang cerita, dia faham dan sebolehnya nak jaga kewangan suami.
Bahasa Wanita Susah Nak Difahami?
Tetapi kalau betul nak belanja isteri, cuba baca pernyataan si isteri dan tengok matanya.
“Bang, cantik kan baju ni?”
“Bang, dah lama kita tak makan luar.”
“Rindu nak tengok tempat sekian-sekian…”
Ya, itu lah gaya dia suka dan kalau dapat, memang lebih daripada bersyukur. Kehendak isteri ini tak sama, kalau dia jenis tak bekerja, lagilah dia terima seadanya. Orang kata, kalau suami belanja beli cendol pun bahagia.
Nampak macam perempuan ini jenis susah untuk difahami, tetapi janganlah cepat bersangka buruk kalau isteri tak menjawab soalan.
Dan paling penting, jangan berkira untuk sediakan keperluan asas mereka. Makan, minum, selesa tempat tinggal, pendidikan, pakaian, beli ubat. Kalau ada duit lebih, guna untuk keperluan mereka dahulu berbanding orang lain.
Ambil Peluang Belanja Isteri
Bukanlah nak suruh setiap hari belanja anak isteri makan sedap-sedap atau beli baju banyak-banyak. Tidak. Ikut kemampuan masing-masinglah.
Untuk lebih puas hati, cuba encik suami testing isteri hari ini dengan belanja sesuatu yang sudah lama dia tak dapat. Atau kalau ada rezeki lebih, mungkin anda boleh belanja isteri join Showcase Amal Dunia Raikan Wanita kali ini.
Nak tahu lebih jauh, baca info di bawah.
Jualan Meja Untuk Dua Rumah Kebajikan
Showcase amal yang bakal berlangsung pada 30 Mac 2019 di Sime Darby Convention Centre ini turut dijayakan bersama selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskandar, Mark Adam, Zero dan Nabil Ahmad.
Haa… anda dijemput untuk menghadiri acara amal ini. Meja jualan sudahpun dibuka, datanglah bawa keluarga dan insan tersayang.
Hasil jualan meja ini nanti akan MW salurkan kepada dua rumah kebajikan, RUMAH KITA dan RAUDATUL SAKINAH.
Telefon talian ini untuk tempahan meja : 019 6753057 (Showcase Amal Dunia Raikan Wanita)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Disebalik kejayaan seorang suami, pastinya ada seorang wanita yang bergelar isteri disampingnya yang bijak,memahami, menjadi tulang belakang serta pemangkin semangat buatnya untuk terus berjaya! Hanya seorang isteri yang benar-benar tahu potensi suaminya, kelebihan dan kekurangan yang dia ada berbanding orang lain.
Cantik, bijak, bercita-cita tinggi dan penyayang, itulah gambaran bagi Dr Jezamine Lim,36 yang juga merupakan isteri kepada pelawak,pelakon dan pengacara Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 52.
Baru-baru ini, sempena ulangtahun perkahwinan mereka ke 9, pemenang Laugh Factory’s Funniest Person In The World ini ada membuat ucapan penghargaan buat isteri tersayang seperti berikut;
“13 Februari 2010, saya membuat kejutan kepada wanita ini dengan lamaran kahwin.Pada 11.20pm. Yang mengejutkan saya bila dia cakap “Ya”.. dan kehidupan saya pun berubah.
“Dia seorang yang terlalu jujur dan sangat penyayang (2 ciri-ciri yang berlawanan namun gandingan yang sempurna). Saya menemui tiada sebarang batasan yang menghalang keazaman dan juga komitmen dia. Saya akui, ada ketikanya saya tidak mampu bersaing dengannya, tapi dia membuatkan saya sentiasa bersedia, untuk mencapai peringkat lebih tinggi setiap hari.
“Saya rasa kagum dengan keazamannya yang berterusan dan membuatkan saya “gila” kerana dia melihat perkara dalam diri saya yang saya sendiri tak pernah tahu ia ada. Keseluruhannya, dia membuatkan saya melihat diri sendiri dengan ‘lebih besar’.Dia juga melindungi saya dengan cara yang saya sendiri tidak fahami kadangkala.Happy Anniversary sayang.”
Itu antara luahan dan ucapan penghargaan Harith Iskander buat isteri tersayang. Isteri yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang diperolehi hari ini. 9 tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini memiliki 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Zander Xayne,7 Alessandrea Jayne,6 dan Zydane Xayne,4.
Temui Harith Iskander
Sementara itu, Harith Iskander antara artis yang akan memeriahkan Showcase Amal Raikan Wanita. Bagi yang nak berjumpa pelawak yang terkenal dengan stand up comedy ini, boleh bertemu dengan Harith Iskander sendiri pada majlis yang bakal berlangsung pada 30 Mac 2019 di Sime Darby Convention Centre.