Ada pasangan suami isteri yang berbelas malah puluhan tahun menanti kehadiran cahaya mata. Namun, rezeki anak itu Allah masih belum kurniakan. Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini banyak tangani kes-kes ikhtiar hamil suami isteri yang mahukan cahaya mata.
Macam-macam juga cerita yang ditemui sepanjang merawat pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil. Mendepati ujian Ilahi untuk memperoleh cahaya mata inilah, pasangan suami isteri tak boleh berhenti dari ikhtiar. Jangan mengalah, teruslah berusaha dan berdoa.
Ini petua yang dikongsikan Ustaz Mujahidin untuk mereka yang hendak ikhtiar hamil. Ada dua cara yang boleh diikut.
Ikhtiar Hamil Cara Pertama
Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.
Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
Ads
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
Ads
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
Ads
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah.
Bila berlaku perpisahan/penceraian, bagi pihak isteri perlu lalui tempoh dan habis iddah yang telah ditetapkan. Inilah aspek yang perlu diberi perhatian dan sering diambil ringan oleh segelintir daripada kita.
Ini kerana iddah berkait rapat dengan hal keturunan, nafkah, perwarisan dan perwalian. Malah, wanita yang diceraikan dan kematian suamilah yang kena laluinya sehingga habis iddah.
Jangan ingat, hnya wanita saja kena habis iddah, barulah mula mengatur kehidupan akan datang. Begitu juga dengan bekas suami, kena lalui tempoh iddah kalau nak berkahwin lain.
Inilah yang diterangkan oleh Nurul Izzah Zainal tentang undang-undang syariah bila lelaki nak berkahwin lain, kena lalui tempoh iddah. Jangan ambil mudah, baru bercerai sebulan terus pasang nak kahwin lain.
Kalau bercerai bulan 8, boleh tak bekas suami kahwin dengan orang lain bulan 9?
Jawapannya:
TAK BOLEH!
Sebab masih dalam iddah dan belum habis iddah.
Suami pun ada iddah ke? ADA
Maksud di sini, iddah tak boleh kahwin lain tanpa kebenaran mahkamah.
Kenapa tidak boleh sebab sudah bercerai?
Sedangkan dalam perkahwinan pun dia boleh kahwin lain, inikan terang-terang dah bercerai.
Boleh Kahwin Tapi Kena Mohon
Mengikut undang-undang syariah di Malaysia, kalau bekas suami nak kahwin lain dalam tempoh iddah, dia kena mohon seperti perkahwinan poligami.
Maksudnya kena mohon kebenaran mahkamah dulu.
Kalau mahkamah luluskan, baru boleh kahwin ikut undang-undang Malaysia.
Tak boleh simply isi borang kat pejabat agama macam duda-duda lain yang dah lepas iddah.
Kalau tak boleh tahan juga untuk tunggu bekas isteri habis iddah dan takut terjatuh ke lembah dosa besar, tiada pilihan lain selain terpaksa kat sempadan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, tunggu iddah lama sangat sampai tak menyempat dah. Jalan mudah, nikah sempadan.
Pada asasnya lelaki tidak mempunyai iddah kerana iddah ini dikhususkan kepada perempuan. Namun begitu, terdapat dua keadaan yang mana lelaki terikat dengan iddah perempuan dan tidak boleh berkahwin dalam tempoh iddah tersebut:
1. Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri.
Seorang suami tidak boleh mengahwini ibu saudara isterinya atau kakak isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj’ie isterinya.
2. Mempunyai empat orang Isteri
Apabila seorang lelaki mempunyai empat orang isteri telah menceraikan salah seorang isterinya maka dia tidak boleh berkahwin lagi melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj’ie.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Memang ada benarnya setiap kali berlakunya perselisihan faham mahupun konflik dalam rumah tangga, perkara yang paling payah suami isteri nak buat adalah berbincang. Masing-masing ada ego sendiri dan sering mengelak perbincangan yang dianggap lebih merumitkan keadaan nanti.
Baca perkongsian daripada Penceramah Motivasi dan Kaunselor berdaftar, Encik Fadzli Aziz ini sebagai rujukan;
Perkara yang paling payah nak buat bila dalam konflik rumahtangga adalah berbincang…
Kenapa?
Mungkin sebab…
Takut jadi makin marah
Jadi makin sakit hati
Hanya nak cari salah je, bukan cari solusi
Bukan ada perubahan pun
Buang masa
Asyik ulang hal yang sama
Apabila perkara ni berlaku dalam rumahtangga, maka ramai pasangan akan elakkan perbincangan.
“Aaah.. biarlah. Malas nak fikir, nanti eloklah sendiri”
Sebab tu wujud suasana
Lebih baik diam dari bercakap
Lebih baik main handphone dari mengadap
Bila berdua tak tahu nak cakap apa
Rasa lebih best kat luar berbanding balik rumah
Langsung tak bersentuhan dah
Rumah hanya tempat tidur
Keadaan ni tak best. Tapi siapa nak mula dulu untuk perbaiki?
Masa ni PERBINCANGAN adalah sangat penting. Tapi tiada siapa yang akan mulakan.Maka drama makan hati sepanjang rumahtangga akan bermula.
Kes macam ni bukan melibatkan pasangan muda sahaja tetapi berlaku pada pasangan lama.Sebab tu ada yang dah 25 tahun kahwin akhirnya cerai kerana nak mencari bahagia dihujung usia.
Maka belajarlah seni berbincang. Perbaikilah kaedah berbincang. Jadikan perbincangan solusi pantas konflik kecil.
Mingguan Wanita:Memang ada benarnya, bila berlaku konflik atau perselisihan dalam rumah tangga, memang payah suami isteri nak mulakan berbincang. Masing-masing lebih suka berdiam diri, harap hubungan elok sendiri. Hakikatnya dalam rumah tangga, komunikasi diantara pasangan adalah yang paling penting.
Berhenti bandingkan keputusan. “Masih ramai yang cemerlang spm tapi akhlaknya gagal. Tak salah raikan anak-anak yang berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi berpada-padalah.
SPM bukanlah pengakhiran hidup sebaliknya ianya permulaan kepada anak-anak untuk menempuh masa depan. Sekalipun mereka gagal, insyallah masih ada banyak peluang untuk mereka tebus kegagalan hari ini.
Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Berhenti Bandingkan Keputusan
“Berapa A anak akak dapat? 10A? 9A?”
“Anak akak dapat 10A SPM. Nak jadi doktor katanya… anak ko siti dapat berapa A? Sama-sama pergi tuisyen kan?”
“Oklah dapat 5A anak bongsu aku tu… kakak-kakak dia semua dapat 6A. Ada anak orang lain yang tak dapat A langsung. Bersyukurlah kan Kiah..”
Antara ayat yang kita akan dengar apabila hari keputusan SPM diumumkan.
Kadang-kadang ibu bapa yang berkata atau bertanya sedemikian tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan atau membandingkan.
Tetapi lumrah seorang ibu atau bapa mahu melihat bagaimana pencapaian anak mereka tersebut dengan anak-anak SPM yang lain.
Nak tahu sama ada tahun SPM anak dia tu susah atau senang. Iyalah, kalau ramai yang dapat A, so dia akan cakap SPM tahun itu senang. Lebih kurang begitulah…
Tapi sebaiknya janganlah keluarkan lagi pertanyaan sebegitu. Jika nak beritahu keputusan anak kerana bangga dengan pencapaian dan didikan kita, sampaikanlah dengan mesej bersederhana.
Tapi Akhlaknya Gagal
Kemudian pada akhir ucapan atau perkataan, doakan kepada anak-anak lain yang kurang cemerlang untuk jangan berputus asa. Berikan selingan nasihat dan pujian sama rata.
Dalam rumah, nak puji nak bangga diri silakan. Itu dalam rumah dan hak anda. Tiada siapa akan berkecil hati melainkan adik beradik sendiri hehe..
Mesej terakhir, berhentilah untuk membandingkan keputusan. Insyallah itu akan membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih positif dan terus bersyukur dengan takdir Allah. Begitu juga si anak.
Dr. Arisman, MD.
Jangan putus asa. Doa dan teruskan buat yang terbaik. Insyallah yang terbaik akan datang kepada mu.
Mingguan Wanita : Mak ayah jika anak-anak gagal hari ini, beri nasihat dan kata-kata semangat. Mereka juga sudah pasti kecewa, cubalah fahami mereka.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...