YB Yeo Bee Yin kongsi kos bina satu bilik darjah RM1.8 juta, ibu dedah keadaan kelas anak  macam permukaan bulan.

Rasa seperti sukar dipercayai namun satu perkongsian  dari Ahli Parlimen Puchong, YB Yeo Bee Yin ketika  Perbahasan Bajet 2023 Kementerian Pendidikan semalam memperlihatkan  kos pembinaan satu bilik darjah mencecah RM1.8juta. Menyamai harga rumah mewah di kota besar, katanya.

YB Yeo Bee Yin Kongsi Kos Bina Satu Bilik Darjah RM1.8 Juta

Susulan perkongsiannya itu, seorang ibu di twitter atas nama @frzhanna berkongsi keadaan sekolah anaknya yang seperti permukaan bulan. Berlekuk. Sebahagian ditampal simen namun tidak kemas.

YB Yeo Bee Yin Kongsi Kos Bina Satu Bilik Darjah RM1.8 Juta, Ibu Dedah Keadaan Kelas Anak Macam Permukaan Bulan
Beginilah keadaan kelas anaknya belajar dengan simen yang tidak lagi rata
YB Yeo Bee Yin Kongsi Kos Bina Satu Bilik Darjah RM1.8 Juta, Ibu Dedah Keadaan Kelas Anak Macam Permukaan Bulan
Isu keselamatan murid ketika mendapat pendidikan perlu diberi perhatian agar ia tidak membahayakan murid ketika menerima ilmu
YB Yeo Bee Yin Kongsi Kos Bina Satu Bilik Darjah RM1.8 Juta, Ibu Dedah Keadaan Kelas Anak Macam Permukaan Bulan
Tampalan simen tidak sempurna

Ya, ia boleh melibatkan isu keselamatan anak belajar di mana bahaya jika keadaan lekuk itu mengakibatkan kaki pelajar terpelecok dan sebagainya.

Ibu Dedah Keadaan Kelas Anak Macam Permukaan Bulan

Dan ada pengguna twitter berkongsi, permukaan lekuk itu seperti jalan Muadzam- Rompin di mana rekahan simennya.

Walau harga sebuah bilik darjah itu   dilihat seperti tidak realistik namun semasa  membahaskan mengenai peruntukkan Projek Pembangunan Semula Bangunan Daif dan Pembinaan Sekolah Baru dengan jumlah perbelanjaan lebih daripada RM 900 juta, YB Yeo mengharapkan isu pendidikan diberi perhatian selain menggesa  kementerian untuk mengkaji semula proses pelantikan kontraktor untuk pembinaan dan penyelenggaraan sekolah bersama dengan kementerian kerja raya.

@yeobeeyin Kos SATU bilik darjah sama seperti kos SATU bungalow ???!!! Semua ni wang Rakyat 😭😭😭 #fyp #parlimen #yeobeeyin ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

 Dalam ucapannya, kata YB Yeo,  “dari pelbagai lawatan sekolah di parlimen Puchongnya, dirinya mendapati bahawa terdapat banyak sekolah yang telah daif, kemudahan tidak mencukupi. Tiada padang, dewan, makmal dan lain-lain dan ada juga kelas tidak cukup kerana jumlah pelajar semakin meningkat.

“Kebanyakan mereka telah buat permohonan untuk memperbaiki situasi, tetapi permohonan sentiasa ditolak oleh KPM dengan alasan tiada peruntukkan.

IKLAN

“Masa yang sama, ramai ahli parlimen telah dan akan menggesa kerajaan untuk menambah peruntukkan untuk penyelenggaraan dan pembinaan bangunan sekolah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Sekolah Berasrama Bukan Untuk Semua Pelajar & Penentu Kejayaan Akademik, Mak Ayah Jangan Paksa!

“Kawan Tak Makan Sebab Saya Miskinkan Cikgu”, Guru Kongsi Pelajar Bawa Biskut Kering Jamuan Sekolah

Terima Kasih Cikgu! Kejutan Tidak Disangka-sangka Buat Guru Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2023

IKLAN

“RM400 Sebulan, Itulah Duit Dapur, Anak Sekolah”, CUKUP Buat Orang Sentiasa Rasa Cukup, Bersyukurlah!

Isu Kedai Buku Sekolah ‘Kaut Untung’, Senaraikan BUKU WAJIB, Bantu Mak Ayah, Tak Membazir!

Walau bagaimanapun, hanya menambah peruntukkan adalah tidak mencukupi, kerajaan harus meningkatkan keberkesanan perbelanjaan.

YB Yeo turut memaklumkan, dari maklumat diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos pembinaan untuk beberapa sekolah baru adalah seperti berikut: Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, 36 bilik darjah – RM 74 juta, Sekolah Kebangsaan Setia Alam (2) 30 bilik darjah – RM 54 juta, Sekolah Kebangsaan Paya Dusun, Terengganu, 24 bilik darjah – RM 55 juta dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dudong, Sibu Sarawak, 42 bilik darjah – RM 110 juta.

IKLAN

“Jika kita kira dari segi purata, kos pembinaan satu bilik darjah adalah diantara RM 1.8 – 2.6 juta. Untuk meletakkan perspektif, kos pembinaan peruta satu bilik darjah adalah sama dengan harga satu condo mewah atau semi-D di bandar ataupun satu banglo besar di luar bandar.

“Keberkesanan perbelanjaan ini adalah sangat rendah.  Adakah modus operandi yang sama juga digunakan untuk penyelenggaraan sekolah?

Dan di akhirnya, Yb Yeo menegaskan  hal ini  bukan isu politik, kerana isu ini telah dibangkitkan dulu dan berlaku juga apabila pihak pembangkang menjadi kerajaan, ini isu pendidikan.

Dan menggesa  kementerian untuk mengkaji semula proses pelantikan kontraktor untuk pembinaan dan penyelenggaraan sekolah bersama dengan kementerian kerja raya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan senang melupakan bila suami  cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI