Selepas hampir 2 bulan melangsungkan pernikahan dengan Putera Harry pada 19 Mei yang lalu, Meghan Markle secara rasminya menjadi anggota keluarga kerabat diraja British. Seperti yang diketahui umum, Meghan Markle bukanlah datang dari keluarga diraja.Banyak perkara yang perlu dipelajari, protokol dan dan peraturan istana yang perlu dipatuhi.
Berikut merupakan 10 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Megan Markle selepas bergelar Duchess Of Sussex
1. Tiada Lagi Selfie
Baik bersama Putera Harry, berseorangan mahupun beramai-ramai. Tindakan mengambil selfie adalah dilarang sama sekali di Istana Windsor.
2. Tiada Autograf
Sebagai seorang pelakon, Meghan sering memberikan tanda tangannya kepada peminat. Selepas ini, beliau tidak lagi dibenarkan berbuat demikian kerana dikhuatiri ada pihak yang menyalahgunakan atau meniru tandatangan kerabat diraja.
3. Tidak Dibenarkan Mengundi
Kerabat diraja diminta untuk tidak mencampuri urusan berkaitan politik termasuklah memberikan pendapat terhadap mana-mana ahli politik. Mereka perlu sentiasa bersikap neutral.
Ads
4. Tidak Mempamerkan Bahagian Kaki
Sebagai kerabat diraja, orang awam tidak akan melihat mereka tanpa sarung kaki rona kulit.
5. Tidak Boleh Duduk Bersilang Kaki
Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.
6. Tidak Beradu Sebelum Permaisuri Beradu
Menurut Setiausaha sulit Permaisuri, Sir William Heseltine : “Pernah terjadi dimana kerabat diraja duduk disebuah bilik dan berbual hampir satu jam, namun tiada seorang yang berasa mereka boleh masuk beradu selagi Permaisuri belum meninggalkan bilik berkenaan.
Ads
“Akhirnya, mendiang Puteri Diana berasa letih dan meminta diri untuk masuk beradu namun perbuatan beliau itu dianggap tidak wajar”, tambah Sir William lagi.
7. Tidak Boleh Berlakon
Karier Megan Markle sebagai seorang pelakon telah berakhir apabila memilih mengahwini kerabat diraja. Ia adalah untuk keselamatan dan menjaga kredibiliti dan prestij institusi diraja berkenaan.
8. Bercuti Berseorangan
Dalam konteks ini, bukanlah bermaksud beliau tidak boleh kemana-mana tanpa Putera Harry tapi dari segi kawalan keselamatan. Meghan sebenarnya mula dilindungi oleh pegawai perlindungan diraja sebaik sahaja bertunang dan penjagaan ini berlaku untuk 24 jam.
Ads
9. Tiada Manicure Warna-Warni, Beg Besar
Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral. Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan.Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.
10. Dilarang Makan Bawang Putih
Seperti diketahui, Meghan amat menyukai bawang putih di dalam semua masakannya tetapi dia terpaksa melupakan bawang putih selepas berkahwin.
Ratu Elizabeth melarang Meghan menikmati bawang putih bukan tanpa sebarang alasan tetapi mahu isteri kepada Putera Harry itu bebas daripada bau mulut yang disebabkan bawang putih.
“Kita tidak boleh menyediakan makanan yang dimasak dengan bawang putih atau terlalu banyak bawang,” kata cef diraja British, Darren McGrady.
Namun begitu, Meghan masih dibenarkan untuk makan apa sahaja yang dia mahu.
Bukan mudah bila berkahwin dan menjadi sebahagian daripada kerabat istana.Lebih-lebih lagi bila berasal daripada orang kebanyakan, macam-macam peraturan dan protokol yang perlu dipelajari dan dipatuhi.
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan seseorang individu yang hilang upaya untuk kembali bekerja seseperti sedia kala.
Tentunya akan mengalami kerumitan, kesukaran dan kesusahan kerana dirinya tidak lagi seperti dulu. Mula fikir tanggapan orang lain terhadap dirinya dan bagaimana ingin pastikan dirinya mampu lakukan seperti sebelum ini dan memberi kepercayaan pada rakan sekerja yang lain.
Itulah yang ingin dikupaskan oleh PERKESO dalam program terbarunya tentang bagaimana ‘luar biasa’nya ndividu yang hilang upaya untuk kembali bekerja seperti biasa.
Mengulas lebih lanjut tentang ‘LUAR BIASA’ ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerbitkan program realiti televisyen dengan mengetengahkan kisah dan pengalaman individu hilang upaya yang dapat kembali bekerja setelah mengikuti Program Return To Work (RTW) PERKESO.
Hilang Upaya, Selami Kisah Suka Duka
Program ‘LUAR BIASA’ menyelami kisah suka dan duka peserta Program RTW yang juga merupakan Orang Berinsurans (OB) PERKESO apabila diduga dengan masalah kecacatan kekal seperti kelumpuhan dan amputasi pada anggota badan akibat kemalangan atau faktor kesihatan.
Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed
Walaupun diuji, mereka bangkit mendepani setiap kekurangan dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan melalui Program RTW PERKESO.
Berkonsepkan sesi bual bicara santai dengan unsur sketsa, program televisyen 13 episod ini menggandingkan dua selebriti terkenal tanah air, Norman Hakim dan Shiha Zikir sebagai pasangan pengacara.
Pengav
Pengacara untuk program ‘Luar Biasa’, Norman Hakim dan Shiha Zikir.
Sesi perbincangan dalam setiap episod mengetengahkan beberapa topik diskusi yang menarik dan pelbagai bersama barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada pakar, selebriti dan pengurusan kanan PERKESO. Selain itu, program ini tureut menyediakan maklumat terkini berkaitan skim-skim perlindungan dan inisiatif terbaharu PERKESO kepada penonton.
Sesi pemulihan di Pusat Rehabilitasi PERKESO
Jangan lupa menyaksikan program ‘LUAR BIASA’ yabg disiarkan setiap Jumaat, jm 9.00 malam di Astro Prima (SD) 125 dan Astro Prima HD 105.
Bagi yang terlepas untuk menonton program ini di televisyen, ia juga boleh ditonton di saluran YouTube rasmi PERKESO.
PERKESO menerusi Program RTW juga telah berjaya menerbitkan sebanyak 3 program televisyen lain sebelum ini iaitu program ‘DAHSYATNYA PERKESO’ (2016), ‘INSPIRASI HARAPAN’ (2017) dan ‘BANGKIT #PERKESOPRIHATIN’ (2018)
Hos bersama Ketua Eksekutif PERKESO dan Penerbit PERKESO
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gelagat Tok Ram bersembang dengan Izzara curi perhatian warga maya, “Daddy dengan mummy 3 patah je sehari borak.” Telatah Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara menarik perhatian warga maya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Gelagat Tok Ram Bersembang Dengan Izzara Curi Perhatian Warga Maya
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadirnya Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah. Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangga mereka.
“Daddy Dengan Mummy 3 Patah Je Sehari Borak”
Melalui hantaran Datin Alyah dilaman Instagramnya, pelantun lagu Jutaan Purnama ini berkongsi momen bila mana suaminya Tok Ram rancak bersembang dengan Izzara.
PERAMAH DUA BERANAK NI. DADDY DENGAN MUMMY 3 PATAH JE SEHARI BORAK.- TULIS ALYAH.
Perkongsian Alyah ini telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang ‘terhibur’ dengan gelagat Tok Ram dan juga Izzara termasuk juga rakan selebriti.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Betapa nazaknya generasi kita pada hari ni, tidak berpikir panjang dan tergamak mengiklankan jual anak secara terbuka. Dimana nilai kemanusiaan dan rasa kasih pada anak sehingga sanggup membuat tindakan demikian, walaupun sangat memerlukan duit atas dasar kesempitan hidup.
Memetik sebuah laporan akhbar,pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 ditahan polis malam semalam.
Tindakan Pantas Aktivis Sosial
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.
“Manakala suspek lelaki yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.
“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.
Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’.
Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.
Aktivis sosial itu seterusnya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap dua bayi malang berkenaan.
Mazlan berkata, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubungi wanita terbabit bagi membeli bayi mereka.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Semoga mak ayah lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak remaja.Masyarakat juga perlu ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Tindakan pantas seperti yang dilakukan oleh aktivitis sosial ini, wajar dipuji kerana ia berjaya menyelamatkan masa depan bayi kembar tersebut.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.