Sedekad telah berlalu, namun semangat World #QuranHour terus bergema, menyatukan umat Islam dalam satu matlamat – kembali kepada petunjuk Ilahi. Tahun ini, acara penuh keberkatan ini bakal berlangsung pada 24 Ramadan 1446H bersamaan Selasa, 25 Mac 2025, membawa tema #SavingTheUmmah berlandaskan Surah Al-Saff sebagai pedoman utama.
Sebagaimana firman Allah SWT:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Ramadan & Al-Quran: Dekat di Hati, Dekat dengan Tuhan
Setiap kali Ramadan menjelma, ramai antara kita mengambil peluang untuk lebih akrab dengan al-Quran—bertadarus, berkhatam, dan memperbaiki bacaan. World #QuranHour hadir sebagai satu platform istimewa untuk kita semua berkumpul, berinteraksi dengan kitab suci ini, dan menanam azam untuk terus hidup dalam naungan al-Quran.
Tahun ini, acara utama akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 25 Mac 2025, dari pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Ads
Kenapa Surah Al-Saff?
Dalam Surah Al-Saff, Allah menyeru kita untuk bersatu hati, menjadi insan yang teguh dalam perjuangan, serta mencontohi semangat Hawariyun, para pembantu agama Allah. Surah ini menjadi peringatan buat kita semua—bahawa dalam dunia penuh cabaran ini, hanya dengan bersandarkan kepada ajaran al-Quran, umat Islam mampu kembali kuat dan bersatu.
10 Tahun, 7.72 Bilion Capaian – Al-Quran Mendekatkan Kita
Dalam tempoh sedekad, kempen #QuranHour terus berkembang, merangkumi: ✅ World #QuranHour ✅ Arafah #QuranHour ✅ Malaysia #QuranHour ✅ World #QuranConvention
Ads
Sehingga kini, inisiatif ini telah mencapai 7.72 bilion capaian di media sosial dan diadakan di 313 lokasi di 76 negara.
Di sebalik fenomena ini, World #QuranHour mendapat sokongan penuh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai rakan sinergi seperti Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karya Bestari, Rasuah Buster, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, dan banyak lagi.
Dari 10 Minit ke 1 Jam Bersama Al-Quran
Inspirasi #QuranHour bermula pada tahun 2014, diilhamkan daripada program Let’s Read Together For 10 Minutes anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Pada tahun 2015, ia berkembang menjadi #MalaysiaNgaji, yang mengajak umat Islam menghabiskan satu jam berinteraksi dengan al-Quran.
Setahun kemudian, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM menjadi saksi pertama kepada pelaksanaan World #QuranHour, membuka ruang untuk ia berkembang menjadi fenomena global yang memberi impak kepada jutaan hati dan jiwa.
Ads
Jom, Sama-sama Rebut Keberkatan!
Ramadan datang setahun sekali, dan mungkin ini peluang kita untuk berinteraksi dengan al-Quran lebih daripada biasa. Jadi, ayuh sama-sama sertai World #QuranHour, sama ada secara langsung di lokasi utama atau di mana sahaja kita berada!
Kerana setiap ayat yang kita baca, fahami, dan amalkan, bukan hanya memberi sinar buat diri sendiri tetapi juga untuk #SavingTheUmmah.
Orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan selebriti terkenal dan barisan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di bangunan Jakel baru-baru ini.
Pengunjung hadir berpeluang beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein. Turut memeriahkan sesi berkenan, anggota kumpulan pelawak Senariounion, selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho.
Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.
Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.
Anak derita sakit kanser. Pelakon senior, Amyza Aznan memberitahu anaknya Andre Mikhail, 22, telah menanggung sakit sejak tiga bulan lalu. Dirinya mula mengesan anaknya tidak sihat apabila mengadu sesak nafas dan lebih selesa tidur dalam keadaan duduk.
Seperti mana dikongsikan, Azmyza tidak perasan anaknya sakit pada waktu itu.
“Rupanya dia sudah menahan sakit selama sebulan lebih dan tidur secara duduk selama sebulan juga, hari-hari saya ada kerja jadi bila balik Andre sudah tidur dan tak perasan sangat dia sakit waktu tu.
“Kejadiannya bermula apabila saya balik malam tu dan buka pintu rumah kemudian satu rumah bau minyak angin, mulanya ingat sakit otot, dekat sebulan guna minyak tu, kemudian adik dia bongsunya iaitu Adrian beritahu yang abang dia tidur duduk sekarang ni.
“Jadi bila tahu perkara tu hati saya mula tak sedap dan rasakan mesti ada sesuatu sebab melibatkan paru-paru, kemudian Andre dibawa ke Hospital Ampang,” terang Amyza seperti mana dikongsi menerusi portal mStar.
Andre Dipindahkan Ke Hospital Kuala Lumpur
Setelah tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, kini Andre telah dipindahkan ke Hopital Kuala Lumpur bagi mendapat rawatan pakar selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga dan perlu menjalani kimoterapi selama lima hari.
Seperti mana dikongsi di akaun Instagramnya, Amyza memaklumkan air dari paru-paru anaknya sudah memasuki jantung, manakala paru-paru sebelah kanan juga sudah tidak lagi berfungsi.
“Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya, Andre Mikhail sekarang didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.
“Ketika ditolak ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk prosedur, dia sangat tenang. Mata tenang dan semua jururawat pun dia sangat kuat. Allah.
“Saya merayu tumpangkan doa daripada semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya, Andre Mikhail,” tulis Amyza.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kita tidak pernah tahu beban yang dipikul seseorang, kerana tidak semua luka terlihat di wajah. Ada yang menanggung derita dalam diam, tersenyum di luar namun berperang hebat dalam diri.
Namun, di sebalik kesakitan dan kelelahan itu, ada yang memilih untuk tidak menyerah. Kisah luar biasa Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim, graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun ini benar-benar menjentik semangat dan inspirasi buat semua wanita sama ada sedang berhadapan ujian ataupun inginkan motivasi untuk merubah haluan hidup.
Di usia muda, tatkala rakan sebaya sibuk merancang masa depan, Syahidatunnajwa diuji dengan dugaan yang tidak semua mampu hadapi, iaitu kanser. Penyakit yang bukan hanya mencabar fizikal, tetapi juga menggugat emosi dan keteguhan jiwa. Namun gadis ini memilih untuk melawan.
22 kali rawatan kemoterapi dan 15 sesi radioterapi bukan angka kecil, malah dia masih menjalani rawatan susulan hingga kini. Tetapi di sebalik kelelahan tubuh yang saban hari diuji, semangatnya tetap menyala untuk menyelesaikan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah.
Teguh di Pentas Konvokesyen, Tersenyum Dalam Air Mata
Hari konvokesyen bukan sekadar detik menggenggam segulung ijazah tetapi detik kemenangan peribadi bagi Syahidatunnajwa. Dalam jubah hitam dan topi mortarboard yang tersarung kemas, terselit kisah air mata, kesakitan dan kekuatan yang tidak pernah putus.
Beliau bukan sekadar berdiri atas pentas sebagai graduan, tetapi sebagai simbol harapan dan inspirasi buat semua wanita yang sedang berjuang — sama ada melawan penyakit, cabaran hidup, mahupun tekanan jiwa.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.