Malam itu seharusnya seperti malam biasa buat sebuah keluarga kecil yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Namun takdir Allah lebih mengetahui. Dalam sekelip mata, tiga nyawa sekeluarga direntap dalam satu tragedi memilukan yang menggemparkan ramai.
Dalam kejadian menyayat hati di Kilometer 58.1 Lebuhraya PLUS arah selatan, jam 11.30 malam, lima individu disahkan maut termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang baru berusia dua tahun.
Mangsa dikenali sebagai Nasaarudin Pardi, 36 tahun, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stepwagon Spada, bersama isterinya, Siti Khazira Bani, 35 tahun. Lebih meruntun jiwa, si kecil mereka, Mariam Nasarudin, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler. Isteri mangsa, Siti Khazira, sempat dikejarkan ke hospital namun menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan.
Hilang Sekeluarga Sekelip Mata
Kehilangan satu keluarga dalam sekelip mata sememangnya satu tamparan hebat. Mariam, anak kecil yang mungkin sedang lena dalam dakapan ibu, tidak sempat membesar dan melihat dunia. Pasti ramai yang tidak mampu membayangkan luka di hati keluarga terdekat yang ditinggalkan.
Ads
Ramai warganet yang turut meluahkan rasa hiba di media sosial, menyifatkan insiden ini sebagai satu peringatan agar sentiasa menghargai waktu bersama keluarga — kerana kita tidak tahu bila pertemuan terakhir akan berlaku.
Al-Fatihah buat Nasaarudin, Siti Khazira dan Mariam. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Sementara itu, menurut Taufiq Bani, 33 tahun yang juga merupakan adik kepada Siti Khazira berkata, raya kali ini sudah tak bermakna lagi selepas keluarganya kehilangan tiga anggota keluarga sekali gus.
Ads
Memetik laporan Berita Harian, Taufiq berkata, selepas berlaku tragedi itu baharulah dia teringat kata-kata kakaknya yang mereka sekeluarga bakal memakai baju raya berwarna hitam baru-baru ini, seakan-akan membayangkan tragedi hitam yang akan terjadi.
“Saya Tunggu Sampai Sahur, Tapi Mereka Tak Sampai…” – Duka Anak Terima Perkhabaran Pemergian Satu Keluarga Tersayang
“Jam 5.30 pagi… ayah terima panggilan yang mengubah segalanya.”
Itulah detik pilu yang tidak mungkin dilupakan oleh seorang ahli keluarga yang menerima perkhabaran tentang tragedi menyayat hati membabitkan kehilangan tiga ahli keluarga serentak – abang ipar, kakak dan anak saudara kecil mereka.
Ads
Menurut adik kepada Allahyarham, dia sempat berbual dengan mereka sebelum bertolak dari Bukit Jalil.
“Mereka maklumkan baru bergerak, saya pesan hati-hati di jalan. Dalam jam 11.25 malam saya WhatsApp dalam grup keluarga tanya mereka di mana, tapi tiada balasan. Saya fikir mungkin jalan sesak,” katanya dalam nada penuh sebak.
Namun apabila masuk waktu sahur dan keluarga itu masih belum tiba, hatinya mula berasa tidak sedap. Tidak sampai hati mahu mengejutkan ibunya, dia mengambil keputusan masuk ke bilik — dan ketika itulah, ayah mereka menerima panggilan yang membawa berita paling menyedihkan.
Anak-Anak Masih Kecil, Kini Kehilangan Tempat Bergantung
Dua anak Allahyarham yang terselamat, Tuah Isqandar dan Summayyah, sudah diberitahu mengenai pemergian kedua ibu bapa mereka. Walaupun kecil, mereka memahami apa yang berlaku — namun kesan emosi jelas tergambar, terutama pada anak perempuannya.
“Tuah tanya ‘ayah dan ibu ok ke?’ Saya terangkan perlahan-lahan. Dia kata, semasa kejadian dia tidur. Terjaga bila ada orang dukung dan nampak ayah dan ibu.”
Menurut Taufiq, anak sulung hanya mengalami lebam ringan kesan tali pinggang keledar. Namun si kecil Summayyah pula mengalami patah bahu, selain menjadi lebih pendiam selepas kejadian.
Jenazah Disemadikan di Kampung Halaman
Tiga jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Makam, Kota Tinggi, selepas solat Jumaat. Pasti ramai yang hadir bukan sahaja untuk memberikan penghormatan terakhir, tetapi juga menyampaikan doa dan sokongan kepada dua anak kecil yang kini kehilangan tempat bergantung. Al Fatihah.
Siapa saja yang tak nak kulit cerah dan glowing waktu hari raya nanti kan? Takkan nak biarkan kulit muka tu kusam, nanti mekap tebal tapi seri muka pun tak naik. Wajib ya pagi raya kita hiaskan diri dan wajah kenalah tampak glow ya!
Tatkala menonton drama bersiri Jepun, pasti hati akan terpaut pada kecantikan wajah mereka. Kulit yang lembut lagi halus malah tidak keterlaluan menyifatkan bahawa wanita Jepun antara kelompok yang memiliki kulit wajah cerah dan berseri.
Rupanya mereka ada rahsia tersendiri untuk dapatkan kulit yang cantik. Jenama penjagaan kulit Jepun popular Hada Labo mempromosikan Way of Beauty Jepun. Memperkenalkan Hada Labo Hydrating Water Gel yang diperbaharui dengan ciri-ciri dan faedah baru pastinya hari raya anda nanti tambah bermakna apabila kulit wajah tidak lagi kelihatan kusam.
Hindari Kulit Kering
Hada Labo Hydrating Water Gel merupakan booster pelambap terbaik. Sebelum hari raya, pastikan anda aplikasikan produk ini di wajah. Terkandung banyak kebaikan apatah lagi bila cuaca panas terdapat kurang pengambilan air dan cuaca panas akan menyebabkan kulit kering.
Apabila kulit kering, ia akan membawa kepada penghalang kulit yang lemah yang menyebabkan sensitiviti, kelemahan, garis-garis halus dan kulit kasar. Ia juga menyebabkan mekap sangat sukar untuk digunakan dan tidak sekata. Mengaplikasikan pelembab adalah keperluan untuk memastikan kulit terhidrasi dan bersedia.
Wajib Amalkan Pelembap Wajah
Tahukah anda pelembap sangat penting. Gunakan pelembab walaupun jika anda mempunyai kulit berminyak! Ramai orang berfikir bahawa hanya kulit kering yang perlu digunakan pelembap. Ini hanyalah mitos!
Malah kulit berminyak perlu menggunakan moisturizer. Hidratan boleh menyeimbangkan pengeluaran minyak dan mengekalkan kesihatan kulit. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan tekstur gel kerana ia boleh diserap dengan mudah dan ia tidak akan membebani kulit anda.
4 Tip Pilih Pelembap Wajah, Sesuai Ikut Masalah Kulit
Anda tidak pasti pelembap yang sesuai dengan masalah kulit muka? Jangan risau, beberapa tip mudah ada untuk dicuba.
1.Kurangkan Masalah Kulit
Kegunaan pelembap wajah yang serasi dengan kulit akan membantu kulit anda mengekalkan keseimbangannya. Jika kulit anda dibiarkan terlalu kering atau lembab, masalah yang common seperti jerawat akan mudah timbul.2
2.Buang Cela Pada Wajah
Kulit wajah anda selepas penggunaan moisturizer akan memberikan anda glow yang sihat dan sekali gus dapat “tenggelam kan” kecelaan pada kulit yang lain.
3.Nampak Awet Muda
Ada orang langsung tak dimakan usia, bukan kerana keturunan ya tetapi biasanya golongan ini jenis setia pakai skincare yang lengkap. Bermula dengan pencuci muka, toner, pelembap, serum dan mereka juga jenis rajin pakai masker. Kulit muka yang langsung tak pakai pelembap akan kering dan cepat datang masalah jeragat dan jerawat. Oleh itu, rutin melembapkan kulit akan dapat merangsang kulit anda dalam membaik pulih dengan sendiri dan kekal sihat.
4.Tak Cepat Berkedut
Sekitar mata terutamanya, garisan kedut akan kurang jika kulit anda sentiasa pakai pelembap. Individu yang mengamalkan rutin pakai pelembap kurang memiliki kedutan berbanding orang yang langsung tak mengamalkan pelembap muka.
Manfaat & Kebaikan Hada Labo Hydrating Water Gel
Gunakan Hada Labo Hydrating Water Gel yang membantu menyelesaikan semua masalah yang disebutkan di atas. Ia disuntikkan dengan 4 jenis Asid Hyaluronic dan Ceramide yang mengunci, mengisi semula dan mengembalikan kelembapan dalam kulit untuk kulit yang dihidrasi dengan sempurna dan bertindak sebagai penguat kulit untuk persiapan pra hari raya.
Ia adalah tekstur gel ringan yang sesuai untuk kulit berminyak dan gabungan. Ia tidak menempel dan diserap segera ke dalam kulit, meninggalkan kulit merasa segar dan terhidrasi.
Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak kaktus yang kaya dengan antioksidan untuk menenangkan kerengsaan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan freeradical.
2 Prebiotik untuk membantu mengukuhkan penghalang kulit dan memperbaiki kulit yang rosak untuk kulit yang lebih sihat dan kuat. Selain itu, ia disuntikkan dengan Carnosine untuk melindungi kulit daripada cahaya biru.
Hada Labo Hydrating Water Gel ialah pelembab terbaik yang juga bebas daripada alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT dan Diglycol.
Jangan berlengah, jom dapatkan set Hada Labo anda sekarang di Watsons, Shopee dan Lazada (link). Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Dalam hidup, kemenangan bukan hanya diukur melalui kata-kata mahkamah. Kadangkala, ia dizahirkan melalui simbol yang penuh makna, seperti sehelai tudung mewah yang digayakan dengan penuh tenang oleh pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri, selepas memenangi kes saman fitnah bernilai RM70,000 baru-baru ini.
Lebih daripada sekadar fesyen, tudung yang digayakan ini mewakili kisah hati seorang wanita yang diuji, namun tetap berdiri dengan elegan dan penuh bermaruah.
Simbolik Ketenangan Dalam Rekaan Dasar Laut
Tudung eksklusif ini direka oleh Megan Carter, pereka antarabangsa berpangkalan di Austria ini diilhamkan dari keindahan laut tenang di permukaan, namun menyimpan rahsia kekuatan yang luar biasa di dasarnya.
Rekaannya menampilkan motif abstrak mewah yang menyerupai alunan ombak yang lembut tetapi konsisten. Terumbu karang dan flora laut pula menggambarkan keunikan dan ketabahan. Sentuhan seni abstrak yang menjadikan tudung ini seolah-olah satu karya galeri.
“Setiap elemen adalah lambang perjalanan saya. Tidak mudah, tidak sempurna, tapi indah bila dilihat dari sudut yang tepat,” ujar Puan Haliza.
2,000 Kristal Swarovski, Setiap Satunya Diletakkan Dengan Tangan
Tudung ini bukan sahaja memukau dengan coraknya, tetapi turut dihiasi dengan lebih 2,000 kristal Swarovski original, termasuk Swarovski Xirius Rose, mewakili potongan paling berkilau. Selain itu, penggunaan Swarovski Flat Back digunakan untuk detailing halus di hujung tudung. Manakala Swarovski Fancy Stones berbentuk navette dan pear, memberi kesan 3D dan ilusi mewah.
Tambah Haliza lagi, proses meletakkan kristal dilakukan secara manual, dengan teknik bertingkat untuk memastikan kilauan eksklusif dan tidak mudah ditiru.
Di sebalik proses pembuatan yang teliti, terdapat maksud simbolik memilih rona biru lembut sebagai warna asas tudung ini.
“Rona biru tersebut bukan sekadar warna, tetapi ia melambangkan ketenangan selepas badai, kedamaian seorang wanita yang tahu dirinya berada di tempat yang benar. Saya meletakkan ia sebagai simbolik kemenangan yang tidak perlu diraikan dengan sorakan, cukup dengan senyuman,” ujarnya penuh makna.
“Biru ini bukan sekadar warna. Ia lambang tenangnya hati orang yang sudah menang,” katanya penuh makna.
Helaian tudung dari koleksi Black Label merupakan koleksi paling eksklusif di bawah jenama Bawal Exclusive. Setiap warna hanya mempunyai sehelai sahaja dan tidak akan diulang penghasilannya. Namun, pelanggan yang benar-benar berminat boleh membuat tempahan khas dengan warna berbeza, mengikut jadual dan kelulusan pasukan kreatif Bawal Exclusive.
“Kami mahu setiap wanita rasa unik. Setiap helaian dijahit tangan, dan dijamin tiada dua yang sama,” ujar Puan Haliza.
Tudung ini bukan sekadar aksesori. Ia adalah cerita tentang perjuangan, tentang ketabahan, dan tentang seorang wanita yang tidak membalas dengan kemarahan, tetapi memilih keanggunan sebagai jawapan. Untuk wanita yang tahu nilainya bukan pada harga, tetapi pada makna, mungkin inilah tudung, lambang kemenangan sebenar!
“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga” itulah antara luahan bekas kakak ipar kepada Allahyarham Farah Kartini.
Sejak malam tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penemuan mayat Nur Farah Kartini yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.
Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
“Dia Seorang Sahaja Anak Perempuan Dalam Keluarga”
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, bekas kakak ipar mangsa, Nor Amidah Mohd Ali, 36, menyatakan kali terakhir dirinya menghubungi Farah Kartini pada 5 Jun lalu.
“Ketika itu dia memaklumkan kepada saya dia tercicir dompetnya, saya tanya hilang kat mana tapi tiada jawapan daripadanya,” ungkap Nor Amidah.
Selepas berpisah dengan suami, hubungan Nor Amidah dan Farah Kartini sangat baik memandangkan Farah merupakan satu-satunya anak perempuan daripada tujuh adik beradik dalam keluarga.
“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga dia dan seorang yang sangat bertanggungjawab.
“Selepas tamat pengajian tahun lalu, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” ujarnya.
Arwah Peramah & Ceria
Seorang sahabat arwah Farah, Muhammad Haziq Fardil menerangkan arwah merupaakn seorang yang peramah dan ceria.
Menurut Muhammad Haziq, arwah merupakan rakan baik dikenalinya ketika menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada 2019.
“Saya bersama arwah dan beberapa rakan lain memang rapat kerana kami satu kelas, selain kerap keluar bersama sepanjang tempoh pengajian itu.
“Arwah sangat rajin dan aktif dalam persatuan di universiti serta sering membantu dalam pelbagai program yang diadakan oleh pihak pengurusan UPSI.
“Malah, dia sanggup mengorbankan cuti semester untuk menyertai Rakan Suai Kenal (RSK) yang ditubuhkan bagi membantu kemasukan penuntut baharu,” kongsinya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...