Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
Ads
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
Ads
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
Ads
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
Nahas Pelajar UPSI! Pelajar Akui Bas Dipandu Laju, Dakwa Potong Garisan Berkembar. Nahas bas ekspres melibatkan 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang di terbalik di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding mengorbankan 15 nyawa tidak berdosa.
Bas yang disewa khas untuk membawa pulang pelajar ke UPSI dari Jerteh terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar belakang sebuah perodua Alza sebelum terbalik dan mengakibatkan 13 pelajar meninggal di tempat kejadian dan dua di hospital. Turut dilaporkan ada 7 pelajar yang masih dirawat di zon merah Hospital Gerik sementara ada yang cedera dan masih menerima rawatan.
Nahas Pelajar UPSI! Pelajar Akui Bas Dipandu Laju
Di sebalik kemalangan terjadi ini, seorang pengguna jalan raya Muhamad Aiman yang turut melalui kawasan nahas mendakwa bas dipandu laju termasuk memotong di garisan berkembar pada jam 12 tengah malam.
“Ada terdetik di hati mesti akan jadi kemalangan sebab bas memotong semua kenderaan dan apa yang saya fikirkan benar-benar berlaku,” katanya yang berkongsi komen sebaik kemalangan berlaku.
Memetik laporan dikongsi Sinar Harian, seorang pelajar yang berada di dalam bas turut mengesahkan bas dipandu laju termasuk melanggar lopak di jalan raya.
Aleeya Maisarah Azizzani, 21, yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik mengakui sangat sedih saat berkongsi kejadian yang terjadi. Dirinya yang cedera ringan berkata, dirinya mendengar jeritan kawan-kawan yang meminta pertolongan termasuk menyaksikan darah merecik merata-rata tempat kejadian.
“Kami semua berkumpul di Jerteh sekitar jam 9 malam. Sekitar sembilan lebih bas mula bergerak. Masa di Tanah Merah, saya ada bau tayar hangit tapi kawan-kawan lain ada dah bau di Jerteh lagi.
Ramai Tak Tidur Sebab Risau
“Semasa di Jeli, bas ada melanggar lopak air dan hampir terjatuh ke kanan. Saya duduk belah kanan dan rasa berdebar ketika itu. Lepas kejadian tu, bas bawa slow sikit sebelum memecut kembali. Sampaikan sampai semua orang risau sangat. Tiba di satu selekoh bas terus terbabas ke kiri sebelum saya dengar jeritan kawan-kawan yang meminta tolong.
“Saya nak tolong tak dapat sebab belakang saya sakit sangat,” katanya yang menangis sewaktu berkongsi kejadian menyayat hati ini.
Dalam pada itu, saksi orang memaklumkan, kebanyakan pelajar selepas kemalangan ini, dilihat ada yang menangis kesakitan, ada yang meraung dan ada juga yang setia menemani rakan yang sudah tidak bernyawa.
Suasana ahli keluarga yang menunggu di Hospital GerikBarang-barang milik pelajar terlibat tragedi. Foto :- BERNAMA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Inilah sikap segelintir masyarakat, yang jika tak ditegur boleh menyebabkan kesukaran kepada orang lain. Terutama yang lebih memerlukan. Food bank ini semua orang sedia maklum disediakan khas untuk mereka yang benar-benar susah.
Kalau masih boleh beli emas, masih boleh beli belanja dapur di pasaraya, tak perlulah ambil hak orang susah di food bank itu. Kita sendiri pun patutnya sedar akan kelakuan kita.
Sayangnya, apa yang Cikgu Pe Chey nampak depan mata ini benar-benar menyentak hatinya. Sedih kenangkan apa yang jadi, cikgu kongsikan sebagai ingatan bersama.
Beli Barang Kemas, Tapi Ambil Barang Di Food Bank
Meneman isteri, tukarkan barang kemas lama dengan yang baru. Rantainya putus. Aku ikutkan sahaja kehendak dia. Di depan kedai emas, ada disediakan rak Food Bank.
Aku berdiri di luar kedai. Memerhatikan situasi.
Ada pelanggan baru keluar dari kedai dengan tangan berbimbitkan beg kertas tanda barang kemas baru dibeli. Puas hati barangkali dapat apa yang dihajati hati. Alhamdulillah rezeki.
Elok keluar, pelanggan ini, berhenti di rak food bank. Diambilnya, botol kicap, bihun dan susu budak Dutch Lady. Aku tengok saja kelaku.
Ada seorang anggota RELA yang bertugas. Dia ceritakan situasi pada aku.
“Memang macam tu peel orang kita bang. Keluar dari kedai beli barang kemas, boleh dia gi ambil barang kat food bank ni. Saya pun segan nak ambil. Tadi ada akak cleaner datang ambil. Logiklah. Ini, hmm susah nak tegur.”
Cubalah Belajar Memberi, Daripada Mengambil..
Betul juga apa adik Rela ni kata. Takkan dia nak larang. Bukan barang dia. Tuan punya kedai yang letakkan dengan harapan sampai pada mereka yang benar-benar memerlukan.
Sama macam apa yang aku fikirkan. Barang kemas beribu sanggup beli, tapi bila nampak barang kat food bank, sanggup juga rupanya dia ambil. Allahuakbar. Sadis.
Sepatutnya, barangan tu kita berikanlah pada yang tak mampu. Tak mampu nak beli barang kemas, tak mampu nak beli beras, tak mampu pun nak masuk kedai emas sebab tak mampu.
Belajar memberi daripada mengambil.
Jangan pentingkan diri. Dek disebabkan tamak dan haloba, ada orang lain yang berhak tak dapat. Sepatutnya, kita berfikir begitu.
Bukannya tembolok dan perut kita sahaja, kita fikirkan. Kalau betul tak mampu, takkan mampu beli barang kemas. Macam-macam hal. Kita belajar memahami situasi. Kalau letak beras 100 kampit pun, tak sampai sejam boleh habis.
Sebab apa? Sebab tak fikir orang lain.
MW : Macam-macam perangai manusia ini kan, kalaulah masing-masing ada rasa tanggungjawab, tentunya golongan yang memerlukan ini takkan keputusan bekalan. Fikir-fikirkanlah!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
“Uqaira Nyawa Ibu, Besar Dah Awak Nak Masuk 2 Tahun Tak Lama Lagi” Uqasha Imbau Pengalaman Hamil Tak Ada Alahan & Tak Mengidam. Sebagai seorang ibu, sudah tentu kasih sayang terhadap anak tidak bertepi. Apatah lagi apabila yang dimaksudkan itu adalah anak sulung. Anak pertama selalunya menjadi saksi segala jatuh bangun, menjadi sebab ibu belajar erti sabar, kuat dan berkorban tanpa henti. Dari detik pertama mendengar tangisannya, hati seorang ibu seakan disemat janji untuk melindungi, menyayangi dan mencintainya sepenuh jiwa.
Walau mengalami pergolakan rumah tangga dengan Kamal Adli, namun Uqasha tetap teguh sebagai seorang wanita dan ibu. Dia tidak membiarkan badai yang melanda menghakis kelembutan jiwanya, sebaliknya menjadikannya lebih matang dan tabah. Segala yang dilalui menjadi kekuatan baharu untuk terus melangkah demi anak tercinta, Uqaira yang juga sumber semangat dan kebahagiaan yang tidak ternilai.
“Uqaira Nyawa Ibu”
Menerusi perkongsian di Instagram, Uqasha meluahkan kasih sayang yang tak terhingga dan mengimbau kenangan sewaktu hamil dan melahirkan anak sulungnya, Uqaira.
“Uqasha is her ibu
“and Uqaira is my nyawa
“i’ll do anything and everything it takes to protect you , again if NYAWA skali pun .. bubu sanggup qeyyaaaaa! We dont need orang kesian dekat kita kan qeyaaaa . as long as i have u n YOU will ALWAYS have me my world.
Amanah Allah Jaga Sebaiknya
“But i know someday , u will have ur friends , ur teenage time , ur ME time , ur life n found the right person n gonna leave me .. but remember i did all i could and the very best to raise you to protect you to love u n care everything n make ur life secure n im sorry if im not good n perfect mother to you baby.
“But trust me the moment qeyaa keluar , im learning to become a good mother to you . qeyaaa amanah Allah untuk bubu jaga sebaiknya ❤️ and i will as long as i live amin 🙏🏻 jadi anak yang solehah okay kita sama2 mengaji solat.
“My bestfriend , thank you Allah n till now bubu tak percaya bubu ada anak n yes i have 1 . and masa bubu mengandungkan qeyaa sikit pun bubu tak mengidam , tak ada morning sickness , LANGSUNG TAK ADA . bubu seorang yang sangat penakut and tak boleh tidur sorang but d moment qeya dalam perut bubu berani tidur sorang2 for 9 months , makan sorang most of the time actly all the time kot and know what masa qeyaa dalam perut bubu rajin gila masak !!
“Amazing Alhamdulilah Allah permudahkan, masa puasa hari-hari bubu masak-masak and pack seorang-seorang bawak makanan pergi berbuka rumah tibibi @nelydiasenrose because i know i have you with me till now n now im looking at you, sleeping soundly hugging my hand n ur habit before sleep kena main telinga bubu. Besar dah awak nak masuk 2 tahun lagi 5 bulan.
“Jangan cepat sangat besar please, whatever it is you will always be my baby girl and my rezeki,” luah Uqasha.
Semoga Uqasha terus tabah menghadapi dugaan rumah tangga yang datang menguji. Setiap badai pasti berlalu, dan setiap luka akan sembuh dengan waktu. Moga dia terus diberi kekuatan untuk bertahan, kebijaksanaan untuk membuat keputusan, serta ketenangan hati dalam setiap langkah yang diatur. Kadangkala, ujian hadir bukan untuk melemahkan, tetapi untuk mengajar erti sebenar cinta, sabar dan ketulusan sebagai seorang isteri dan ibu.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.