Tekanan darah tinggi bermakna darah anda telah menekan pembuluh darah dengan lebih kuat daripada sepatutnya. Wanita perlu tahu beberapa perkara berikut bagi memahami risiko tekanan darah tinggi dan bila perlu untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana seiring dengan masa, risiko tekanan darah tinggi boleh membawa kepada kerosakan pada dinding pembuluh darah dan membenarkan pembentukan plak, menghalang arteri dan menghalang tubuh mendapat darah dan oksigen yang diperlukan.

Wanita Perlu Tahu Beberapa Perkara Berikut Bagi Memahami Risiko Tekanan Darah Tinggi Dan Bila Perlu Untuk Mendapatkan Rawatan

1-Nombor tekanan darah lebih 130/80

Kebanyakan wanita tidak tahu nombor tekanan darah mereka.  Sepatutnya wanita perlu melakukan sendiri ujian bagi mengetahui tekanan darah mereka. Anda boleh membeli mesin bacaan tekanan darah di farmasi atau melakukan ujian di klinik mahupun hospital bagi mengetahui sama ada mengalami tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah. Tekanan darah anda berubah setiap masa bagi menyesuaikan dengan tahap aktiviti, hidrasi, tidur, pengambilan makanan dan faktor-faktor lain. Oleh itu anda perlu melakukan ujian dalam masa berbeza. Pilih waktu anda berada dalam keadaan berehat dan cukup hidrat sebelum mengambil bacaan tekanan darah. Ulang ujian ini secara bulanan atau mingguan dalam keadaan yang sama. Tulis tarikh dan bacaan tekaan darah anda. Jika bacaan tekanan darah anda lebih 130/80 setelah tiga kali ujian dibuat, perlulah anda berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan betulkah anda mengalami tekanan darah tinggi.

2-Ibu atau bapa ada tekanan darah tinggi.

Genetik turut memainkan peranan penting terhadap masalah kesihatan anda. Genetik adalah faktor utama apabila ia berkaitan dengan kesihatan jantung dan tekanan darah tinggi kerana ia boleh diwarisi. Oleh itu, anda perlu bertanya pada ahli keluarga berkaitan sejarah kesihatan tekanan darah tinggi atau penyakit jantung mereka. Ahli keluarga yang perlu anda tanya adalah ibu bapa, datuk nenek dan adik-beradik, terutamanya jika salah seorang daripada mereka telah mengalami serangan jantung ketika berusia kurang 45 tahun.

IKLAN

3-Anda berhadapan dengan masalah sakit kepala.

Sesetengah individu yang ada tekanan darah tinggi boleh mengalami sakit kepala ringan atau sakit kepala kronik. Namun simptom-simptom tekanan darah tinggi biasanya tidak disedari sehinggalah tekanan darah anda menjadi terlalu tinggi. Jika anda mengalami sakit kepala teruk yang tidak boleh hilang, tanpa atau dengan hidung berdarah, anda mungkin mengalami krisis hipertensif. Segeralah mendapatkan rawatan doktor.

4-Perut kembung, dan kurang buang air kecil.

Tekanan darah tinggi kerap dikaitkan dengan penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang. Sesetengah wanita boleh mengalami perut kembung dan pengurangan air kencing sebagai kesan akibat tekanan darah tinggi. Malah kebanyakan penderita tekanan darah tinggi mula menyedari mereka ada tekanan darah tinggi kerana buah pinggang dan tabiat buang air kecil mereka mula bermasalah. Oleh itu beri perhatian pada tabiat buang air normal anda. Jika ada sebarang perubahan segeralah dapatkan pemeriksaan kesihatan.

IKLAN

5-Penglibatan jadi semakin buruk secara tiba-tiba.

Tekanan darah tinggi boleh memberi kesan pada pembuluh darah dalam mata sekaligus menyebabkannya membengkak. Kadangkala keadaan ini boleh dikesan semasa rutin pemeriksaan mata dibuat. Ini adalah simptom tekanan darah tinggi yang paling lambat dikesan. Oleh itu jika anda mengalami penglihatan yang semakin kabur atau perubahan secara tiba-tiba dalam penglihatan, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor.

6-Anda rasa pening atau mengalami masalah memastikan keseimbangan.

Jika anda tiba-tiba rasa pening atau hilang keseimbangan, ia boleh menjadi tanda amaran awal stroke yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Namun jika rasa pening itu disebabkan perkara biasa seperti tiba-tiba berdiri dengan cepat atau melihat wayang 3D, dan pening itu hilang dengan cepat, anda tidak perlu risau. Tetapi jika keadaan sama ini berterusan , anda perlu ambil perhatian.

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI