Kesihatan jantung sering kali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya di kalangan wanita walaupun risiko serangan jantung semakin meningkat dalam komuniti wanita di Malaysia.
Tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang lebih mengutamakan penjagaan luaran seperti penampilan diri dan berat badan berbanding memberi perhatian kepada organ penting seperti jantung.
Senario ini perlu diubah kerana penyakit jantung bukan sahaja antara punca utama kematian di kalangan wanita, tetapi ia juga boleh dicegah.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 13.4 peratus kematian membabitkan wanita yang menghidap penyakit jantung iskemik dilaporkan sehingga tahun 2020.
Menjaga Jantung Bermula dari Dapur
Kunci utama dalam menjaga kesihatan jantung terletak pada diet yang sihat. Pemakanan yang seimbang dengan pengambilan makanan rendah lemak tepu, tinggi serat, serta kaya dengan vitamin dan mineral dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Antaranya termasuklah pengambilan minyak Ikan Omega-3. Ia terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan pengambilan pemakanan yang mengandungi asid lemak EPA dan DHA dapat menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
Manakala EPA dan DHA pula berperanan mengekalkan tahap trigliserida yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah. Omega-3 pula dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung.
Selain itu, CoQ10 pula merupakan suplemen penting yang membantu mengekalkan tahap lipid darah yang sihat, termasuk trigliserida dan kolesterol. CoQ10 berperanan mengurangkan pengoksidaan dan kerosakan akibat radikal bebas pada lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) iaitu kolesterol jahat yang boleh menyebabkan masalah arteri tersumbat.
Berikut adalah beberapa tip pemakanan yang boleh membantu wanita menjaga kesihatan jantung:
- Kurangkan Pengambilan Garam dan Gula: Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah, manakala gula berlebihan boleh membawa kepada obesiti. Kedua-dua faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung.
- Masukkan Lemak Sihat dalam Diet: Lemak sihat seperti lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan salmon, chia seed, dan kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan dan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik dalam badan.
- Makan Lebih Buah dan Sayur: Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan berperanan melindungi jantung daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Senjata Rahsia Pencegahan
Selain diet, aktiviti fizikal juga merupakan senjata rahsia yang sangat penting untuk wanita. Gaya hidup yang aktif dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal, mengawal tekanan darah, dan memperbaiki kesihatan jantung secara keseluruhan. Beberapa jenis aktiviti fizikal yang sesuai termasuklah:
- Bersenam secara teratur: Aktiviti seperti berjalan kaki, berenang, atau berbasikal selama 30 minit setiap hari dapat menguatkan jantung dan memperbaiki aliran darah.
Senaman kardiovaskular: Aktiviti kardiovaskular seperti aerobik atau zumba membantu meningkatkan kadar degupan jantung dan melatih otot jantung untuk bekerja dengan lebih efisien.
Stres: Punca Utama Serangan Jantung
Ramai wanita yang terdedah kepada tekanan di tempat kerja, bebanan keluarga, dan pelbagai tanggungjawab lain yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jantung. Tekanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan menyebabkan keradangan dalam saluran darah, yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.
Pengurusan stres adalah penting untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalan seperti yoga, meditasi, atau sekadar meluangkan masa untuk berehat dan menenangkan diri boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberi keseimbangan emosi yang lebih baik.
Kesedaran dan Tindakan adalah Kunci
Wanita perlu lebih peka dengan kesihatan jantung mereka dan mula mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit ini. Kesedaran adalah kunci pertama, diikuti dengan tindakan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.
Jangan tunggu sehingga gejala muncul kerana penyakit jantung kadang-kala hadir tanpa sebarang amaran. Jaga jantung anda mulai sekarang, kerana kesihatan jantung adalah kunci kepada kesejahteraan hidup yang lebih lama dan berkualiti.
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, rangkaian supplemen kesihatan, Blackmores bakal bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) mengadakan kempen kesedaran tentang risiko penyakit jantung.
Program ini bakal berlangsung di Aeon Mall, Shah Alam pada 24 sehingga 29 September ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Selain itu, Blackmores turut bertindak sebagai penaja platinum Hari Jantung Sedunia untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang risiko penyakit jantung.
Pada acara yang sama, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, merasai produk secara percuma dan macam-macam lagi.
Anda juga boleh dapatkan produk Blackmores secara atas talian menerusi platform rasmi di aplikasi Lazada dan Shopee.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI