
Rupanya antara punca diet selalu kecundang adalah pengambilan kandungan garam yang di tinggi dalam pemakanan seharian.Patutlah, puas berdiet tapi berat badan tetap sama dan tak berkurang pun malah jadi punca ‘gemuk air’, tekanan darah meningkat, selulit dan ‘flabby’ pada bahagian-bahagian tertentu. Perkara ini didedahkan oleh jurulatih kecergasan, coach Fatin Najwa sendiri.
JOM CHECK MAKANAN TINGGI GARAM!!!
Anda perlu baca dan hadam semua ni jika sekarang sedang diet nak turun berat, TAPI…..
- Tak nak makan nasi dan hari-HARI makan bihun sup, bihun tomyam, sup sayur.. yang beli di kedai.
- Makan ayam bakar hari-hari tapi perap dengan kicap dan sos tiram.
- Makan ikan bakar tapi dok cicah sos kicap cili api.
- Makan bihun goreng je takut nak makan nasi sebab bihun tak banyak kalori, nasi banyak kalori.
- Masih susah nak tinggalkan nasi lemak, roti canai, nasi goreng untuk sarapan.
Punca “Gemuk Air”
Punca diet selalu kecundang ialah sebab dalam sedar tak sedar rupanya banyak ambil makanan tinggi garam ni. Penting ke untuk nak turun berat ni? SANGAT PENTING! Kalau nak tahu, garam adalah antara punca utama water retention atau “gemuk air”. Bestfriend dia ialah gula. Gemuk air bukan berpunca dari banyak minum air ye. Tapi banyak makan makanan tinggi garam dan gula.
Ia mengakibatkan selalu rasa lapar dan craving, cepat rasa letih dan senang sakit kepala dan jika diambil berlebihan untuk jangkamasa yang lama mengakibatkan tekanan darah tinggi dan boleh membawa kepada banyak penyakit dalam badan.
Selain itu, pengambilan garam berlebihan juga menyebabkan tekanan darah meningkat, mengakibatkan selulit yang sangat dibenci oleh kaum wanita ni dan menyebabkan flabby di bahagian-bahagian badan.
Jom ubah penggunaan semua bahan ni dalam masakan kepada herbs seperti blackpepper, paprika, coriander seeds, cumin dan macam-macam lagi yang lebih sihat dan tiada garam berlebihan mahupun bahan perasa tambahan.
Kalau anda nak tau, saya dulu pun tak pandai masak healthy food yang pelbagai. Tapi setelah melalui lebih 30 musim sesi coaching dan setiap musim akan ada je peserta coaching yang creative dan dapat gelaran “masterchef masakan sihat”, lama-lama jadi tau masak macam-macam healthy food dan diet harian jadi tak boring! Tq to my beloved coachee in team #getfitnowonline
Top 10 makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi
Saya nak share top 10 makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Dan apa contoh makanan yang menggunakan bahan-bahan ni dalam masakan.
Moga perkongsian ni bermanfaat untuk anda semua. Tag ahli keluarga dan kawan-kawan untuk sebarkan info berguna ni
Sumber:coachfatinnajwa
Facebook: Online Coaching Fatin Najwa
Nutrisi Di Dalam Aloe Vera Bagus Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Aloe Vera sememangnya memiliki pelbagai jenis nutrisi atau khasiat yang bermanfaat untuk kecantikan kulit. Adalah sangat penting untuk menjaga dan merawat kulit wajah agar kekal lembap agar terlihat lebih segar dan bermaya sepanjang hari.
Apa Nutrisi Ada Dalam Aloe Vera
Lignin adalah salah senyawa yang terdapat di dalam daun lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera. Senyawa ini menjaga kelembapan dan mencegah terjadinya alergi kulit.
Bantu Selesaikan Masalah Kulit
Kandungan lainnya adalah antrakuinon dan asid amino. Kedua-duanya membantu kulit segera memperbaharui diri untuk menghasilkan sel-sel baru dan menghilangkan sel kulit mati. Isi dan daun lidah buaya juga mengandung saponin yang berfungsi sebagai antibakteria.
Salah satu daripadanya ialah aloe vera yang amat membantu menyelesaikan permasalahan kulit. Aloe vera kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat. Jadi sekadar disapu pada kulit pun sudah membawa pelbagai kebaikan dan keajaiban pada kulit wajah anda.
Gel aloe vera adalah bagus sebagai pelembap. Menggunakan aloe vera pada kulit sebelum mengenakan mekap boleh mencegah kulit daripada kekeringan.
Nutrisi Aloe Vera Bantu Cegah Penuaan Kulit
Oleh kerana kandungan airnya tinggi, aloe vera berupaya menghapus sel kulit mati, melembapkan kulit dari dalam, serta membuatkan kulit menjadi lebih kenyal.
Jika anda selalu merungut kerana kulit kering, sapukan sahaja gel kulit buaya dan lihat perbezaannya.
Cerahkan kulit
Apabila kulit bersih dan lembap, ia bukan sahaja menjadikannya sihat malah menjadikan kelihatan lebih berseri. Dengan rutin menyapu gel lidah buaya pada kulit wajah, ia dapat membuang sel kulit mati dan menambah sel kulit baru sekali gus mencerahkan warna kulit.
Bagus untuk merawat jerawat
Aloe Vera mempunyai sifat antimikrob yang membunuh bakteria dan ciri-ciri antiradang yang mengurangkan keradangan kulit. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan meminimumkan kesan parut.
Aloe vera adalah pelembap tetapi tidak membuatkan kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Penanggal Mekap
Jika selama ini anda selalu mencari bahan alami mana yang dapat menghapus sisa mekap di wajah, maka aloe vera boleh dijadikan alternatif. Tak seperti produk kosmetik yang mungkin mengandung bahan kima berbahaya, yang dapat membuat kulit kering, gel oloe vera jauh lebih sihat dan melembapkan.
Oleh itu, anda boleh menggunakan ekstrak gel aloe vera sebagai pembersih wajah. Dan untuk maskara atau eyeliner yang biasanya lebih sukar ditanggalkan, anda boleh mencampurkan gel aloe vera dengan minyak zaitun asli.
Rawat Diri:
Sabun Cuci Muka Aloe Vera Dan Lemon
Bahan-bahan:
1 sudu makan gel aloe vera
1 sudu teh susu badam
1 sudu teh perahan lemon
Cara Membuat:
- Satukan kesemuanya di dalam satu mangkuk kecil. Kacau hingga ia sebati.
- Gunakan larutan itu sebagai sabun cuci muka alami.
- Setelah mengaplikasikannya ke seluruh wajah, biarkan selama beberapa minit dan bilas bersih. Kandungan beberapa mineral dalam aloe vera bersifat antibakteria, maka sabun muka alami ini sesuai untuk jenis kulit sensitif, berjerawat, dan kemerahan.
Sabun Muka Anti Penuaan
Bahan-bahan:
1 sudu makan gel aloe vera
1 sudu teh minyak kelapa
Cara Membuat:
- Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk.
- Adun hingga sebati.
- Hangatkan adunan tersebut dengan menggosokkannya ke telapak tangan terlebih dahulu.
- Kemudian aplikasikan ke seluruh wajah sebagai sabun cuci muka. Biarkan seketika. Bilas bersih.
Masker Pelembap
Bahan-bahan:
1 sudu makan gel aloe vera
8cm timun
1 biji telur – ambil putihnya saja
Cara Membuat:
- Satukan kesemuanya ke dalam satu mangkuk kecil.
- Adun hingga ia sebati sepenuhnya.
- Oleskan pada kulit wajah secara merata sebelum tidur.
- Biarkan seketika hingga ia kering dan kulit terasa tegang.
- Cuci bersih.
Dr Hamid Arshat Dedah 6 Simptom Wanita Akan Hadapi Selepas Putus Haid & 7 Kaedah Atasi Gejala Ini

Bagi wanita yang telah memasuki umur 45 tahun keatas, perlu bersedia untuk menghadapi gejala putus haid atau menopos. Ini kerana tak semua wanita dapat menangani simptom-simptom ini dengan mudah dan berlapang dada, jika tiada persediaan untuk mengenainya.Sebenarnya, terdapat beberapa gangguan atau gejala selepas berlakunya putus haid atau menopos yang wanita perlu ambil tahu.
Berikut merupakan perkongsian oleh Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat sebagai panduan buat wanita.
6 Gejala Atau Gangguan Selepas Berlaku Putus Haid
Selepas putus haid tiada lagi hormon estrogen daripada ovari tetapi masih ada juga sedikit pengeluaran estrogen daripada lemak dan kilang adrenal. Zaman dulu ketika nenek moyang kita mengalami putus haid, jarang mereka mengalami gangguan melainkan sedikit kepanasan badan, sering berpeluh, sukar untuk tidur dan gangguan emosi. Tetapi gejala-gejala tersebut akan lesap dengan sendirinya setelah beberapa ketika dan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan normal.
Dalam zaman moden ini, minda wanita sering dalam keadaan tertekan (stress) dan juga tertekan emosi dan rohani. Oleh itu, apabila berlaku menopos dengan kekurangan estrogen tadi, mereka akan mengalami beberapa gejala.
1. Hot Flushes (Panas Badan)
Panas badan yang susah dikawal walaupun dengan menggunakan hawa dingin. Sukar untuknya menyejukkan badan. Ini boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan sukar untuk tidur. Kekurangan estrogen mengganggu pusat kawalan suhu badan dalam otak.
2. Gangguan Emosi
Ketandusan estrogen juga boleh mengganggu pusat kawalan emosi diotak tengah. Akibatnya wanita putus haid mengalami gangguan emosi seperti kesedihan, moody ataupun mudah marah, mudah tersinggung, kadang-kadang terasa sangat sedih sehingga menjauhkan diri; malah ada juga yang sampai ke tahap psychotic , meracau hendak bunuh diri. Itu kes ekstrem yang jarang berlaku.
3. Proses Penuaan Cepat
Ketandusan hormon estrogen boleh mempercepatkan proses penuaan (Ageing Process) .Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam percambahan sel-sel dan keutuhan tisu untuk organ dalam badan khususnya connective tissue saperti kolegen, yang menjaga keutuhan dan kestabilan organ.
Kesan yang ketara sekali dari peroses ketuaan ialah perubahan pada kulit; yang munkin mengalami kedutan dan kekenduran akibat connective tisyu yang lemah.
Rambut mula menjadi putih dan berguguran. Pada keseluruhan organ-organ lain juga menjadi semakin lemah fungsi mereka khususnya otak, jantung, buah pinggan dan liver.Gangguan fungsi otak saperti hilang ingatan dan daya pemikiran boleh berlaku dalam umur tujuh puluhan ekoran dari pengurangan sel-sel neuron dalam otak.
4. Kekenduran Peranakan
Gangguan pada percambahan sel-sel khususnya yang melibatkan connective tisu yang berasaskan kolegen akan menyebabkan faraj, rahim dan payudara mengalami pengecutan atau atrophy. Saluran faraj menjadi kering dan kekurangan lendir pelincir.
Dinding faraj mudah melentur , menimbulkan cystocele, dan kesannya hilang kawalan kencing. Bila terbatuk atau bersin, ia tidak dapat kawal pundi kencing dan terus mengeluarkan sedikit air kencing. Ini digelar stress incontinence dan boleh mengganggu amal ibadah sebab membatalkan wuduk. Ada setengah wanita mengalami masalah rahim prolapse, digelar ‘tombong’, rahim terkeluar dari saluran faraj. Kaedaan ini mengganggu keselesaan dan juga hubungan kelamin.
5. Sakit Sendi & Osteoporosis
Ketandusan estrogen mengurangkan penyerapan logam kalsium, kesan jangka panjang ialah osteoporosis atau kereputan tulang. Warga emas sering mengalami patah tulang pada gelang tangan (wrist), tulang peha (femur). Osteoporosis bolih melibatkan mana-mana tulang dalam tubuh badan.Sakit sendi khususnya lutut akibat osteoarthritis juga dialami. Cartilage sendi jadi nipis dan cecair sendi berkurangan mengakibatkan kesakitan ketika berdiri dan berjalan, perlu guna kerusi untuk solat duduk.
6. Risiko Serangan Jantung Dan Angin Ahmar
Risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar (stroke) meningkat 10 tahun lepas putus haid. Keutuhan saluran darah ke organ-organ penting, otak dan jantung mula terganggu dan boleh pecah akibat tekanan darah tinggi. Perdarahan (hemorrhage) dalam otak menyebabkan stroke.
Kaedah-Kaedah Mengatasi Gejala-Gejala Putus Haid
1. Kuat Iman & Yakin Diri
Sangat penting bagi setiap wanita apabila mencapai keumor 50an telah mantap imannya dan yakin dirinya ( self esteem) agar dapat menangani gangguan emosi dan rohani ketika berlaku putus haid. Allah beri peluang untuk meningkatkan amal ibadah degan ketiadaan haid. Berfikir positif sentiasa, katakan kepada diri ‘ aku sihat, aku cantik, aku sayangkan diriku’. Kata-kata seperti ini akan beri semangat untuk kita terus hidup sihat dan bahagia.
2. Sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan
Sokongan moral dan spiritual dari suami dan anak-anak sangat penting untuk mengatasi kemurungan dan kesedihan yang munkin timbul. Anak-anak perlu sering menghubungi melalui talipon dan menziarahinya.Tingkatkan pergaulan dan kemesraan dengan kawan-kawan lama sekolah, sekerja dan seqariah masjid.
3. Pemakanan seimbang, berkhasiat dan berzat
Amalkan memakan bahan-bahan yang berkhasiat dan berzat serta dari bahan-bahan mentah dan segar, buah-buah, sayur-sayuran hijau, sawi , bayam, broccoli dan ulam-ulam.Tentukan jenis-jenis makanan karbohidrat, lemak dan protien adalah seimbang. Kurangkan gula dan lemak-lemak haiwan. Jauhkan kegemukkan yang mungkin menyebabkan kencing manis dan darah tinggi.
4. Exercise dan physiotherapy
Exercise selama 30 – 60 minit stetiap hari, berjalan, jogging, menunggang basikal, treadmill atau gym memberi banyak menfaat kepada kesihatan fizikal, mental dan rohani. Exercise menguatkan otot-otot dan sendi, menguatkan jantung dan fungsi paru-paru, mengurangkan tekanan mental (stress) dan jiwa, meningkatkan keceriaan dan keriangan ekoran dari pengeluaran endorphins dari otak.
Pelvic floor dan Kegel exercise membantu menguatkan otot-otot rahim, mencegah prolapse rahim dan kuatkan kawalan kencing, kawal stress incontinence, disamping menghasilkan lebih kepuasan hubungan kelamin.
5. Supplement Vitamin & Logam
Penting setiap wanita yang telah putus haid mengamalkan makan supplement dari multivitamin dan logam kerana seringkali bekalan bahan-bahan tersebut dalam makanan seharian munkin tidak mencukupi, lagi pun sistem penyerapan dalam usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.
Terdapat berbagai-bagai jenama multivitamin dipasaran diantaranya obimin, prenavit, iberet, proviton dan lain-lain, kandungan utama ialah vitamin B. Vitamin C dalam dose satu gram dan vitamin E 400 IU , logam kalsium dalam 400 mg setiap hari dapat membantu mengurangkan kesan-kesan dan gejala menopos.
Pengamilan extra virgin oil sebanyak satu sudu besar, minyak kelapa dara sebanyak satu sudu kecil setiap hari boleh bantu melindungi kesihatan dan fungsi otak, disamping mencegah masalah dementia dan alzheimer.Minyak Habbatus Sauda sebanyak satu sudu kecil setiap hari juga boleh bantu meningkatkan kekebalan badan (immunity).Biji anggur (grape seeds) , sumber antioxidant, resvereterol, dua kapsul setiap hari boleh bantu lindungi kesihatan jantung dan otak.
6. Pembedahan
Pembedahan dilakukan jika ada gangguan dalam peranakkan dan sistem perkencingan. Munkin perlu bedah buang rahim; vaginal hysterectomy atau pelvic floor repar ( PFR). Disamping itu pembedahan tersebut boleh meningkatkan nikmat hubungan kelamin.Jika masalah osteoarthritis pada lutut menyebabkan kesakitan teruk, mungkin perlu bedah’ knee replacement.
7.Hormone Replacement Therapy (HRT)
Esterogen sering dikatakan hormon penyeri paras dan bentuk tubuh badan wanita, ia penting mengkekalkan kecantikan dan seterusnya berperanan dalam usaha kekal ‘awet muda’. Ia juga banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dan sering didapati dari uri. Estrogen krim juga ada dipasaran untuk pelbagai kegunaan, ada yang menggunakan sebagai pembesar payudara, ada juga yang digunakan untuk mengatasi kekeringan pada faraj yang kadang kala dialami wanita putus haid.
HRT atau hormon estrogen gantian banyak digunakan olih ramai wanita pada zaman sekarang. Tujuan utama ialah untuk mengatasi gejala2 menopos yang disebut diatas, disamping mengkekalkan kecantikan, paras rupa serta melambatkan peroses penuaan.
Banyak jenama produk estrogen dipasaran, diantaranya ialah premarin yang hanya mengandungi estrogen sahaja. Ada juga produk yang mengandung estrogen dan progesterone, tetapi ia akan menyebabkan keluaran haid setiap bulan, saperti pil perancang. Biasanya dos hormon-hormon tersebut amat rendah, walau demikian pengguna perlu mendapat nasihat dan pemeriksaan dari pakar gyne sebelum makan. Jika ada tumbuhan saperti fibroid dalam rahim dan payudara, juga lain-lain penyakit saperti darah tinggi atau penyakit jantung dan kanser, lebih baik jauhkan dari makan hormon gantian.
Berapa lama perlu makan hormon gantian?
Sebenarnya tiada had, alhamdulillah isteri saya pun makan premarin, sudah melebihi 20 tahun, tetapi sekarang hanya makan selang hari, ada kala dua kali dalam seminggu. Yang penting ialah pemantauan dari doktor pakar, dengan melakukan pemeriksaan ultrasound scanning dan pap smear pada organ peranakkan, juga pemeriksaan payudara untuk mengesan ketulan. Sebaiknya juga buat ujian darah komprehensif untuk mengesan apa-apa penyakit dipertingkat biokimia setiap tahun sekali. Jika dikesan sesuatu masalah , pembetulan boleh dilakukan dengan kaedah dan kawalan pemakanan, exercise dan physiotherapy, detoxifikasi atau dengan ubat-ubat khusus.
Selain kegunaan hormon estrogen gantian, ada juga produk herbal yang khusus bolih mengawal gangguan saperti panas dan ketidak selesaan badan, gangguan emosi dan sukar tidur. Produk ini digelar ‘Remifemin’, yang perlu dimakan setiap hari, ia sering diberikan kepada mereka yang ada penyakit-penyait yang tidak membolehkan guna hormon estrogen.
Rumusan
Putus haid adalah satu proses physiology, ia bukan penyakit. Oleh itu berwaspada sebelum mengambil hormon estrogen gantian. Dapatkanperundingan dari doktor pakar gyne anda, semoga kesihatan dan keserian anda terus kekal demi untuk keharmonian hubungan suami isteri.

Sumber:Dr Hamid Arshat
Petua Cantik Dulu-Dulu, Guna Segenggam Beras Mampu Jadikan Kulit Licin Macam bayi!

Kalau petua orang dulu-dulu, jarang tak menjadi. Tak perlu produk yang mahal pun, cukup dengan bahan dapur pun dah banyak membantu merealisasikan kulit wajah yang cerah, cantik dan berseri.
Salah satu petua dulu-dulu yang masih diamalkan sekarang adalah dengan penggunaan beras untuk dapatkan kulit cerah dan halus macam bayi. Bukan setakat air basuhan beras tapi boleh dijadikan masker, lulur badan dan sebagainya.
Inilah antara perkongsian daripada Mastura Rashid dengna petua dulu-dulu yang menggunakan segenggam beras. Rahsia kulit cantik dengan segenggam beras.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Minum Air Rendaman Beras Sangai, Petua Berkesan Legakan DEMAM, Sejukkan Badan Panas!
Cara Mudah Hilangkan Jeragat, Guna Getah Bawang Merah & Nampak Awet Muda Lagi!
Petua Dulu-Dulu, Hanya Gunakan Beras Untuk Cantik
Sangat mudah, murah dan berkesan, Cuma buat rawatan kecantikan dengan beras.
Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah gunakan beras untuk kecantikan.
Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi.
Fiona memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas.
Dia boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.
Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.
Naikkan Seri Muka
1. Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pulak. Ambik secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, lepas tu lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.
Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Haluskan Kulit
1. Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.
Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka. Manalah tau kan jari tak boleh duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
2. Guna beras pulut hitam. Fiona suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas.
Actually fiona sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Fiona make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy.
Kalau dah cuba, kulit tetiba jadi licin macam baby, jangan lupa belanja fiona. Suka petua orang tua.
Sumber: Mastura Rashid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita