Wanita memainkan peranan besar walau dimana pun mereka berada. Ingin berjaya wanita kena berani serta yakin pada diri sendiri untuk melakukan perubahan. Jika selama ini selesa duduk di rumah, jaga anak-anak dan rumahtangga tanpa ada pendapatan sendiri, sebenarnya wanita boleh lakukan titik perubahan kecil untuk mencipta kejayaan lebih besar. Iaitu dengan berusaha untuk ada pendapatan sendiri, walaupun hanya bekerja dari rumah.

Wanita Mampu Berubah

Tak dinafikan golongan wanita memang suka beli produk kecantikan untuk mencantikkan diri. Namun sebenarnya, disamping menjadi pembeli produk ini, kita juga boleh mencipta kerjaya dalam bidang kecantikan dengan menceburi bidang keusahawanan, walaupun bekerja dari rumah. Menarik kan! WonderLab mencipta peluang ini!

Dalam sesi temubual di Astro Awani PAGI, Puan Shima Osman, Pengurus Jualan WonderLab ada kongsikan pengalaman dan rahsia kejayaan beliau;

“Sebelum ini saya tidak bekerja. Saya dihentikan kerja, duduk di rumah dan fokus jaga anak-anak. Sebelum itu saya memang pengguna produk WonderLab. Terdetik hati, kenapa tak cuba nak jadi ejen untuk jana pendapatan nak bantu perbaiki keluarga.”

“Saya cuba jadi ejen dan banyak perubahan yang saya dapat selepas menyertai WonderLab. Pertama, menimba ilmu. Banyak ilmu pengetahuan mengenai kecantikan, kesihatan dan ‘positive circle’. Banyak perkongsian kisah kejayaan daripada pengurus-pengurus yang lain, menjadi inspirasi buat saya. Ini kerana ramai antara mereka merupakan suri rumah tangga, ibu tunggal tapi mereka boleh berjaya walaupun hanya bekerja dari rumah. dan boleh menjana pendapatan secara online je.” kata Shima.

Musim PKP Jualan Meningkat!

Bukan itu sahaja, ketika ini dunia dilanda pandemik Covid-19, pelbagai cabaran harus
dihadapi, namun berbekalkan strategi yang diatur, latihan dan sokongan dari HQ WonderLab, Shima tak menjangka hasil jualannya meningkat dan banyak permintaan meskipun hanya mempromosi secara online.

“Bagi saya sebenarnya lagi senang buat online, berada di rumah dan fokus family. Kena konsisten, sertai banyak ‘training’ dengan HQ dan banyak belajar waktu sepanjang PKP tu. Saya agak terkejut, sebab banyak ‘sales’ malah lebih banyak berbanding ‘offline’. Sebab banyak promosi di Facebook, dalam Instagram, tau-tau ada banyak ‘order’. Malah lebih banyak boleh jana pendapatan berbanding ‘offline’,” katanya.

Wanita Juga Boleh Berjaya, Ada Pendapatan Sendiri Walaupun Hanya Bekerja Dari Rumah!
Shima Osman, Pengurus Jualan WonderLab

Bermula sebagai pengguna produk dan berani mencuba menjadi ejen WonderLab, walaupun suri rumah Shima kini mempunyai pendapatan sendiri. Hasil usaha gigih, Shima buktikan berjaya membuat jualan RM50,000 setiap bulan.

“Sebenarnya saya tak sangka. Sebagai pengguna saya nak cuba je jadi ejen. Saya bermula pada Oktober. Pada pertengahan bulan 10 saya buat jualan sampai RM6,000 lebih. Jadi ejen PERCUMA, tak perlu bayar jadi ‘why not’ saya cuba. Duduk di rumah jana pendapatan dan November jualan makin meningkat RM7,000 lebih. Disember pun sama, jualan semakin meningkat.

IKLAN

“Akhirnya, yang terbaru bulan 1, saya menjadi Pengurus, berjaya merekrut team dan berjaya buat jualan RM50,000 setiap bulan. Tu yang rasa macam bestnya, walaupun duduk dekat rumah, suri rumahtangga fokus anak, work from home, buat kerja online dan boleh lead team secara online, dan tiap-tiap bulan dapat ‘income’.Tu yang rasa seronoknya boleh fokus banyak benda tapi duduk di rumah sahaja.”ujar Shima lagi.

Pesanan Buat Wanita, Berani Lakukan Perubahan

“Sebenarnya saya memang nak pesan sangat pada semua wanita-wanita di luar sana, sebelum kita nak memilih kerja sambilan, full time atau suri rumahtangga, apa kata kita buat satu pembaharuan, sebab pengalaman itu kunci kekuatan perubahan seorang wanita. Mengapa tidak cuba produk yang selamat seperti WonderLab.”

“Saya pun sebagai pengguna asalnya dan saya cuba keluar dari ‘comfort zone’ saya sendiri. Saya cuba sebagai ejen, dahlah percuma tak payah nak bayar, banyak training dan ilmu yang saya belajar hinggalah saya berjaya sampailah ke hari ini. Namun pada masa yang sama saya boleh fokus pada anak-anak.”

“Jadi buat wanita di luar sana, jangan rasa takut, jangan rasa kegagalan tu takkan berjaya, tapi itu adalah kekuatan kunci untuk kita berubah dan menuju kejayaan. Insya Allah”, kata Shima.

Mesej Hari Wanita Sedunia WonderLab

Sempena Hari Wanita Sedunia, WonderLab percaya bahawa seorang wanita boleh menjadi kunci kekuatan perubahan #WomenMakeWonders .Walaupun wanita duduk di rumah, bergelar suri rumahtangga jaga anak namun masih dapat jana pendapatan sendiri setiap bulan.Paling penting kena rajin berusaha, berani mencuba, yakin dan tak takut pada kegagalan.

IKLAN

“Di WonderLab kami percaya bahawa seorang wanita memang boleh menjadi kunci kekuatan perubahan. Walaupun kita duduk di rumah, suri rumahtangga dan tak pernah ‘plan’ pun untuk diberhentikan kerja, bagi saya kita kena usaha. Jangan rasa takut “saya cuba ni nanti saya gagal”, “saya cuba ni, mungkin nanti tiada orang beli”. Jadi cuba ‘to be confident’ dan berani. Jika tidak tahu, belajar timba ilmu dan buat sesuatu yang berguna dan bermanfaat dan demi masa depan kita dan juga sebagai kejayaan sebagai seorang wanita yang berkerjaya walaupun duduk dari rumah.”kata Shima.

Wanita Juga Boleh Berjaya, Ada Pendapatan Sendiri Walaupun Hanya Bekerja Dari Rumah!

Sertai Team Jualan WonderLab

Jadi jangan berlengah, inilah masanya golongan wanita mahupun suri rumahtangga boleh jana pendapatan dan dapat duit tambahan dengan menyertai Team Jualan WonderLab untuk menjadi Wonderstar.

Dengan menyertai WonderLab dapat pendaftaran percuma, komisen yang menarik, mingguan insentif/ganjaran bulanan, latihan percuma, pelancongan mewah percuma, WonderLab berkolaborasi dengan jenama besar contohnya BeauSiti yang diterajui oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Lebih menarik, bukan sahaja membeli dan menjadi pengguna, golongan wanita dan suri rumah juga boleh merebut peluang cipta kerjaya, tambah pendapatan dengan menjadi agen WonderLab.

IKLAN

Boleh isi butiran diri dan hantar maklumat di sini.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc3t9ZDc_2Ci6eynHSD00csshBleKQ4XOSAPrVs9JiSVBzolg/viewform

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://wonderlab.com.my/

WonderLab merupakan jenama kecantikan yang menjadi pilihan dan sebutan ramai akhir-akhir ini. Mempunyai 17 wonder stor di seluruh negara, WonderLab menawarkan produk yang berasaskan sumber semula jadi, tulen dan selamat, kerana setiap produk adalah alam semula jadi menawarkan rawatan yang terbaik buat wajah.

Antara produk yang terdapat dalam WonderLab adalah Haruharu Black Rice series, Well Nature Anti-pollution series, WonderDewi Daily Mask, WonderDewi DewiChic Lip Tint Mood Collection and WonderDewi Moonlight Hydrogel Mask.

Menariknya, setiap WonderDewi Daily Mask ini juga dibeli dalam setiap 12 saat semasa pelancarannya.Malah habis stok di pasaran hanya dalam masa 1 minggu. Hebat kan!

Wanita Juga Boleh Berjaya, Ada Pendapatan Sendiri Walaupun Hanya Bekerja Dari Rumah!

WonderDewi Flexi GOOODPlan

Terkini, WonderLab mengeluarkan pelan langganan terbaharu – WonderDewi Flexi GOOODPlan. Dengan hanya RM75 sahaja setiap bulan, ia adalah pelan langganan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang pertama di Malaysia untuk kita memilih produk kegemaran yang ada dengan penghantaran percuma ke rumah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI