Memang ralit bila makan kuaci rangup, lagi-lagi waktu santai sambil tengok telivisyen. Tapi bila beli boleh tahan juga mahal harganya. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri, kuaci salut tepung yang rangup ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ana Hana Rohana ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Resepi Kuaci bersalut tepung cara saya. Cara-cara dan bahan pada setiap gambar. Silakan.”
Bahan-bahan:
1 kg Kuaci siap buang kulit
2 biji telur gred B
2 senduk tepung bestari (bawang putih)
1 sudu makan gula
Da siap.. Doakan saya murah rezeki. Saya halalkan semua ilmu yang dikongsi.
Info Ekstra!
Kuaci boleh dibeli dikedai bakeri.
Sewaktu gaul kuaci tu akan melekat tapi bila kita goreng kacau-kacau sikit dia akan lerai jadi sebiji-sebiji.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah buat kuaci bersalut tepung ni di rumah untuk kudapan seisi keluarga. Lebih jimat bila buat sendiri dan diyakini bersih.
Haa… yang mana suka sangat makan pucuk ubi, boleh amalkan petua daripada Puan Saleha Maarof, katanya kalau kena caranya tak ada lah kita kena angin sampai sakit kepala.
Syaratnya betulkan cara masak! Nah, jemput godek kejap.
Tahu tak, ada orang alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kena serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak Sal sendiri. Mak memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kena angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah me nikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun tak apa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah tak ada masalah lepas itu kita boleh nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam.
Doakan mak sal, Sarifah Ahmad diberi kesihatan yang baik ye. Mudah mudahan, aamiiin.
Silakan share petua ni tau memang sal izinkan moga moga semua orang dapat manfaatnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selalunya brownies mempunyai tekstur seperti kek dan dibakar didalam loyang yang besar. Rupanya mak-mak juga boleh buat brownies yang dijadikan biskut. Cara nak buat pun mudah, tak rumit malah tak perlukan bahan-bahan yang banyak pun. Boleh cuba resipi brownies cookies yang dikongsikan oleh Puan Noran Nordin ni, malah boleh jadikan salah satu koleksi untuk biskut raya nanti.
“Tu dia,berkedut seribu!! Sementara tunggu anak balik dari kelas tuisen, saya siapkan dulu mengukis! Kembang semangkuk jadinya! pakai loyang sekut lidah kucing jer!”
350 gm dark chocolate
100 gm butter
3 biji telur
200 gm icing ( boleh kurangkan sikit)
Esen vanilla
200 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko
1. Cairkan coklat dan butter. Sementara tu gaulkan gula dan telur guna wisk je.Masukkan esen vanila dan gaul sebati hingga gula hancur.
2. Ayakkan tepung dan serbuk koko..masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi, gaul sebati.
3. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.
4. Sementara tu panaskan oven pada suhu 150 C.
5. Paipkan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa yang di sukai atasnya.
6. Bakar pada 140/150 selama 20-30 minit.(Ikut oven masing-masing ye).
Siap, Selamat mencuba!
MW: Menariknya perkongsian resipi ini, jadikan brownies rangup seperti biskut. Cara nak buat pun mudah sangat dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak. Mak-mak mesti cuba buat sendiri di rumah nanti.
Memang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.
Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.
Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.
Berita baik buat rakyat Malaysia, pengeluaran wang ATM antara bank kini percuma tanpa caj RM1 mulai 1 Julai 2026. Inisiatif ini membolehkan pelanggan mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara.