Telur Bungkus memang sedap dinikmati dengan nasi putih. Tapi nak buat telur bungkus yang elok sempurna kejadiannya memerlukan teknik dan cara yang tertentu.Lebih-lebih lagi ketika ingin terbalikan telur ke dalam pinggan. Kalau salah teknik, memang boleh hancur telur jadinya.
Menerusi perkongsian Herda Johan, beliau berkongsi resipi dan menunjukkan cara menghasilkan telur bungkus yang sedap serta elok sempurna bentuknya ketika diangkat ke dalam pinggan.
Bahan-Bahan (Inti):
Isi ayam secukupnya
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (potong dadu)
mix vege secukupnya
sedikit cili kisar
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
perasa gula garam
3 atau 4 biji Telur
Ads
Cara Membuat:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar,isi ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.
2.Masuk sos tiram & sos cili. Letak air sikit bagi pekat dan masukkan perasa.
3. Pecahkan telur dan pukul rata sehingga sebati.
4.Leretkan minyak keliling permukaan kuali. Buang minyak berlebihan dan gunakan Api sederhana.
5.Tuang telur dan biarkan tepi telur kering.Kemudian letak inti dan bungkuskan ia ikut cara dibawah ini.
Ads
Info Ekstra!
1.Elok guna kuali yang tak melekat.
2.Sewaktu letakkan inti atas telur, jangan angkat dahulu.Sebaliknya,kikis bahagian tepi telur dahulu agar telur tidak melekat sewaktu hendak terbalikkan nanti.
3.Sewaktu mahu terbalikkan telur, sebelah tangan pegang pinggan dan sebelah tangan lagi pegang telinga kuali. Selepas itu, telangkupkan cepat-cepat.
Ini petua minyak bawang putih yang digunakan pada anak sendiri sebenarnya. Baru-baru ini Kakak dan adiknya selsema siap batuk.
Hakak memang bawa anak jumpa doktor untuk check paru-paru sama ada kena infection atau tidak. Mujurlah tak ada.
Biasalah selepas jumpa doktor, Hakak tetap akan cuba petua tradisional. Tak salah cuba sembuhkan secara alami juga, lagipun bawang putih ini banyak khasiatnya.
Untuk rawat dan selsema mereka, Hakak akan buat minyak bawang putih. Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Sangat digalakkan untuk makan bawang putih banyak-banyak bila tak sihat.
Ada 2 Cara Buat Minyak Bawang Putih:
Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit.
Tak perlu buang kulit.
Cucuk dengan garfu dan bakar di atas dapur.
Bila kulit dah nak hangus, tutup api.
Hiris nipis bawang putih tadi.
Masukkan dalam bekas.
Tambah minyak zaitun.
Ramas-ramas sikit bawang putih tu supaya bercampur dengan minyak tadi.
Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit.
Tak perlu buang kulit.
Goreng tanpa minyak di dalam periuk kecil.
Bila dah nak hangus, tutup api.
Masukkan dalam bekas.
Tambah minyak zaitun.
Ramas-ramas sikit bawang putih supaya bercampur dengan minyak tadi.
Kalau tak ada minyak zaitun, anda boleh guna minyak masak dan ada juga orang guna minyak kelapa dara.
Anda boleh buat sikit dan minyak ini tahan untuk 3 hari. Selepas tu, anda boleh buang dan buat baru jika perlu.
Cara Guna Minyak Bawang Putih:
Sapu di belakang betis, dada, belakang badan dan juga tapak kaki anak.
Boleh juga sapu di hidung mereka. Yang ni, Ros akan sapu bila mereka leka sikit atau sedang tidur.
Kerapkan sapu minyak bawang putih ini. InsyaAllah akan berkurangan selsema dan batuk mereka.
Andai anak masih menyusu, ibu digalakkan ambil supplement Vitamin C atau makan buah oren sebab bila anak menyusu anak akan sedut zat itu sekali melalui susu ibu. Untung sebenarnya kalau kita menyusukan anak! Sekurang-kurangnya kita boleh berusaha sama untuk pulihkan selsema dan batuk anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beria cari resipi, menyukat, menimbang, mengadun segala macam, hasilnya tak jadi seperti apa yang dibayangkan. Kek jadi bantat, atau kurang menjadi, rasanya pula tak sedap seperti yang diharapkan. Sebenarnya, ada 9 perkara asas yang mak-mak ‘wajib’ lakukan kalau nak kek ‘menjadi’, dibakar sempurna dan sedap rasanya .
Ini paling penting. Kek sememangnya agak sensitif jika tidak kena dengan gabungan dan sukatannya. Jadi resipi yang anda dapat kenalah tepat. Petua paling senang untuk anda ikuti adalah melihat jenis resipinya. Jika ia menggunakan gram, maka timbanglah mengikut gram. Begitu juga dengan menggunakan sukatan cawan. Jangan cuba mencongak sendiri, bimbang sukatannya salah. Bila salah kek pasti tak menjadi.
Jangan malas atau cuba nak buat eksperimen sendiri dengan resipi kek. Bahan-bahan kering membuat kek haruslah diayak terlebih dahulu. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat hendaklah diayak bersama-sama. Ini bagi memastikan kek lebih gebu dan ringan serta lebih sekata. Malah cara ini juga mengelakkan kek rasa pahit kerana soda yang tidak sekata.
Ikutlah aturan yang diberikan di dalam resipi satu persatu. Kaup dan balikkan adunan ketika bahan kering dimasukkan. Paling penting adalah mengacau adunan dengan satu arah sahaja. Malah adunan janganlah sentiasa dikacau. Ini bagi mengelakkan kek yang agak mampat dan tidak gebu. Cukuplah sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
Loyang perlulah dilenser dan disalutkan dengan mentega terlebih dahulu supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Jika suka anda boleh juga menggunakan kertas aluminium untuk memudahkan kek di tanggalkan daripada loyang.
Bukan sekadar suka-suka tetapi ketuhar anda haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Sebaiknya panaskan seketika dalam anggaran 15 minit sebelum memasukkan kek. Ini bagi memastikan kek yang tersedia tidak bertindak balas dan rosak dengan suhu. Jadi kena panaskan.
Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya tutup kukusan dengan kain bersih. Ini bagi memastikan wap tidak akan menitis diatas kek. Anda boleh juga menutup loyang kek dengan aluminium foil.
Untuk menguji samada kek telah masak ataupun tidak, sama seperti tip lain, gunakan lidi atau garfu untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk di bahagian tengah kek secara menyerong. Jika sudu licin dan tiada sebarang kesan, itu bermakna kek telah pun masak.
Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu ketuhar atau penutup kukusan pada tempoh 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek terbantut. Jadi, jangan sesekali membukanya.
Selepas kek masak, sebaiknya biarkan sejuk seketika. Jangan sesekali mengeluarkan kek daripada loyang selepas dikeluarkan daripada ketuhar. Ini penting. Beri masa kepada kek untuk sesuai dengan suhu bilik.
* Pastikan pilih bahan yang baru, segar dan bermutu, terutamanya telur dan tepung.
* Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.
* Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehaja.
* Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3 hingga 4 minit untuk setiap butir telur.
* Tepung harus dimasukkan secara berperingkat, sedikit demi sedikit.
* Kacau adunan dengan gerakan satu arah sahaja supaya menghasilkan kek yang ringan dan gebu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebak hati apabila melihat keadaan anak yang masih kecil ini ada masalah jantung sebelah kanan lemah dan paru-paru juga sudah dijangkiti virus.
Tak mampu untuk membiayai kos rawatan, jadi ibu ini terpaksa meminta bantuan netizen bagi mengurangkan beban sebab dirinya juga tak dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. Untuk ketahui cerita penuh, baca perkongsian Puan Nur Rabitahani ini…
Mama tak dapat jual bunga, Mama ada ni jaga adik. Mama sedih sebab tak ada duit untuk rawat sakit adik. Maafkan Mama dik…. Mama tak tinggal adik walau seminit, mama terpaksa mintak bantuan kawan-kawan mama untuk hantar adik ke hospital IJN supaya adik sembuh. Mama tak kuat tapi terpaksa tempuh semua ni, air mata mama tak berhenti mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan Mama ni bila pandang adik.
Assalamualaikum… saya Nur Rabitahani, Mama kepada Nur Jannah Wardina ingin memohon bantuan untuk anak saya dengan ikhlas hati kerana terpaksa dihantar ke IJN Kuala Lumpur dan berjumpa pakar di sana untuk mengetahui sama ada terpaksa melakukan operation jantung / tidak kerana jantung sebelah kanan baby lemah. Dengan keadaan baby paru-paru dijangkiti virus.
Nur rabitahani binti basroh 162094-172079 Maybank No telefon: 017-2418414
Hanya Allah S.W.t sahaja yang dapat membalas segala kebaikan anda yang sudi membantu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perjalanan seorang guru dan tiga pelajar untuk pulang ke sekolah selepas menyertai kejohanan ping pong bertukar tragedi apabila dua daripadanya parah setelah kereta Proton Saga dinaiki terlibat nahas di Solok Duku dengan sebuah lori.