Cara buat DIY rumah kucing yang ditunjukkan ini memang mudah dan cepat. Tak perlu nak bertukang bagai. Paling penting, guna bahan terpakai seperti bakul. Dan kosnya tak sampai pun RM10. Kreatif sungguh!
Seperti watak Rapunzel, Brunette Aliia Nasyrova, 27 tahun yang berasal dari Rusia tetapi kini menetap di Latvia memiliki rambut sepanjang 90 inci setelah tidak memotongnya selama dua dekad!
Menurut Aliia, ukuran berat rambutnya dianggar sebanyak 2kg iaitu sama berat dengan kucing peliharaannya. Selain itu, rambutnya yang panjang itu juga mengambil masa selama satu jam untuk disikat dan tempoh sehari diperlukan untuk mengeringkannya secara semulajadi.
Suami Aliia, Ivan Balaban menyatakan bahawa dia begitu selesa dengan kepanjangan rambut isterinya dan menganggap rambut isterinya sebagai ‘ahli ketiga di dalam keluarga’.
Untuk itu, Ivan akan memberikan sedikit ruang di atas katil mereka untuk meletakkan rambut Aliia.
Walaupun kelihatan selesa dengan rambutnya, Aliia mengakui bahawa rambutnya yang berat seringkali menyebabkan kesakitan pada bahagian tengkuknya.
“Rambut saya sangat berat sehingga saya boleh membandingkannya dengan berat kucing saya,” kata wanita 27 tahun yang dilahirkan di Samara, Rusia.
Sementara rambut Aliia menjadi tarikan orang ramai apabila mereka keluar, Ivan menyatakan bahawa dia amat berbangga dengan keputusan Aliia untuk tidak memotong rambutnya.
“Saya akan memberikan ruang yang agak banyak khas untuk rambut isteri supaya saya tidak akan merosakkannya secara tidak sengaja ketika tidur. Saya juga sering bercakap dengan rambut Aliia. Kadangkala saya akan meminta ia untuk ketepi sedikit,” ujar Ivan yang sangat menyukai rambut isterinya.
Menurut Aliia, dia mula mendapat inspirasi untuk membela rambutnya setelah menonton karakter dongeng Rapunzel. Dia mengakui bahawa dia amat tertarik dengan karakter animasi wanita yang memiliki rambut panjang.
Aliia turut menyatakan bahawa dia akan mengikat rambutnya menjadi tocang setiap kali keluar bagi mengelakkan sebarang masalah.
Disebabkan memiliki rambut yang lebih panjang berbanding ketinggiannya, Aliia sering memijak rambutnya secara tidak sengaja. Justeru, dia tidak akan sesekali keluar rumah dengan melepaskan rambutnya.
Aliia juga selalu memuat naik gambar rambutnya yang panjang di Instagram tetapi ianya tidak begitu digemari oleh segelintir individu.
Mereka sering melontarkan pendapat negatif tentang rambut Aliia tetapi ianya tidak dipedulikan olehnya.
“Ada orang yang meminta saya untuk memotong, menjual atau membuang rambut saya”.
Aliia menyatakan bahawa dia tidak merancang untuk memotong pendek rambutnya dalam jangka masa terdekat dan percaya bahawa dia memiliki rambut yang terpanjang di Latvia.
Bagi memastikan penjagaan rambut, Aliia menyatakan akan memotong rambutnya pada setiap bulan bagi membuang hujung rambut yang terbelah.
Selain itu, Aliia turut menerima banyak produk penjagaan rambut secara percuma menyebabkan dia boleh mengurangkan kos penjagaan rambutnya.
Apabila ditanya mengenai pengalaman buruknya sepanjang memelihara rambut tersebut, Aliia menyatakan bahawa rambutnya pernah dilekatkan dengan gula-gula getah sewaktu dia menonton wayang ketika kanak-kanak.
Ekoran tragedi itu, Aliia terpaksa memotong gumpalan rambut yang telah rosak.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana memiliki rambut dengan kepanjangan yang luar biasa, Aliia menyatakan bahawa dia tidak akan memotong rambutnya.
Sebenarnya tak susah pun nak tanam sendiri cendawan tiram di rumah. Syaratnya, ikut cara yang betul. Menanam cendawan tiram bongkah ini telah dilakukan sendiri oleh wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer.
Dalam masa 11 hari, anda dah boleh tuai cendawan tiram dan nikmati hasilnya dengan anak-anak. Paling best cendawan tiram bongkah ini, boleh memberi hasil pada tuan rumah selama 4 bulan.
Cendawan tiram bongkah ini boleh anda beli di nurseri online, ataupun pengusaha cendawan yang ada di negara ini. Harganya berbeza ikut pengusaha. Tapi anda boleh dapatkan harga serendah RM2 ke RM3 untuk sebongkah cendawan tiram jika pandai mencarinya.
Kuatnya semangat dan pengorbanan wanita ini menjaga suami yang sakit berpunca daripada alergik dengan ubat.Apatah lagi sakit yang diuji cukup susah dirawat dan jarang dihidapi.Suami yang dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan orang kurang upaya.Bukan semua wanita yang bergelar isteri mampu menggalas tanggungjawab dan pengorbanan ini.Harapannya hanya satu, agar suami tersayang dapat melihat semula walau hanya sebelah mata.
Perkongsian oleh wanita ini melalui status di laman facebooknya Nurr Hidayah Hassan cukup bermakna.Ramai yang tumpang simpati pada masa yang sama turut mengagumi ketabahan dan kecekalan wanita yang tetap bersama dan menjaga suami ketika bertarung nyawa melawan sakit sehinggalah kini beransur sembuh.
Bila tak boleh tidur mula lah belek-belek gambar..Gambar ni masa awal-awal lepas suami beransur pulih…masa baru buat fb ni takut nak upload sebab saya tak nak orang kutuk suami saya, tiap kali upload gambar berdua pasti saya tutup muka suami, tiap kali tu juga lah orang tertanya-tanya kenapa tutup muka kenapa tutup muka.
Sampailah satu saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut, semua nak menangis dengan dugaan yang saya alami.Tapi apa nak kata Allah masih sayang saya.Masih sayangkan perkahwinan kami yang degil ni.
Dari hari ke hari kulit semakin pulih.
Cuma keadaan mata yang semakin teruk.
Moga ada keajaiban aminn.
Tak pernah tak sayang.
Cinta halal kasih sampai syurga jannah.Aminnnnn.
Buat yang tak tahu lagi sakit suami saya, suami saya bukan sakit kulit ye, punca dari sakit mata alergik dengan ubat terus burn satu badan,alergik yang paling teruk Steven Syndrome Johnson (boleh google kalau tak faham) sakit yang jarang orang kena dan sakit yang susah dirawat.Jangan tanya banyak-banyak malas nak jawab lagi.
Allah memberi sakit, Allah la penawar 1001 sakit dalam dunia ini.Allah uji sebab Allah sayang pada hamba-hambaNya.. Aminn.. Moga aku kuat untuk harungi masa akan datang.Jauh lagi perjalanan kami.. Hasbunallahuawanikmalwakil..
Doakan mata suami saya dapat melihat macam dulu ye, dapat sebelah pun jadi lah..
Jangan mengeluh jika diuji sebegini,
Bersyukurlah.Jika kita rasa apa yang Allah duga ini sangat teruk, ada yang lagi teruk dari ini.
Saya redha saya ikhlas saya tak dendam,
Saya nak suami dapat melihat macam dulu walupun sebelah mata, dia tak dapat keje pun saya tak kesal, janji dia dapat melihat isteri dia yang comel ni.
Duit boleh dicari, kasih sayang sampai mati.
Gambar-gambar yang kamu tengok tu gambar awal tahun ni, yang dimana suami saya admit 20/1/2017 discharge 3/3/2017.
Pic yang saya masukkan di hspital hanya pic yang boleh saya kongsikan sebagai seorang isteri yang berpengalaman menjaga suami yang sedang bertarung nyawa untuk melawan sakit akibat daripada alergik ubat.
Cuma pada awalnya saya tak memviralkan kes suami saya sebab keadaan suami yang sangat mengaibkan (wajah suami ketika dalam icu).Yang mana tahu, tahulah, tak perlu saya kongsi gambar-gambar suami pada awalnya..cukup gambar-gambar yang sedia ada yang saya sudi share, sekarang keadaan suami luaran memang nampak ok tapi dalaman hanya Allah saja yang tahu.
Disebabkan alergic ubat suami saya kehilangan penglihatan, suami saya hilang punca pendapatan, suami saya tak boleh sara kehidupan kami, suami saya tidak boleh bekerja.
Saya tidak minta simpati, saya memang jenis suka share aktiviti saya di media social, tak sangka pula menjadi viral.
Tapi hati isteri mana tak sedih melihat suami yang dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan orang kurang upaya.Cukup anda tahu seburuk mana suami saya, saya takkan tinggalkan dia, saya akan jaga suami saya sampai akhir hayat saya..Cuma doakan lah suami saya dapat melihat seperti dulu walau hanya sebelah mata. Orang tak lalui apa yang saya rasa.. Terima kasih diatas doa-doa kamu semua.
Buat wanita ini, team Mingguan Wanita doakan semoga terus cekal dan tabah dalam menjaga suami tersayang. Semoga Allah membalas segala pengorbanan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda hendaknya.