Rahsia Nasi Ayam Penyet yang sedap pastinya terletak pada keenakan ayam goreng dan sambal penyetnya yang ‘kick’. Perkataan ‘Penyet’ berasal daripada Bahasa Jawa yang bermakna ‘lumat’. Bahan-bahannya dimasak lumat dihidangkan pula dengan sambal khas yang di tumbuk lumat, serta dimakan bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam ulaman.
Nak buat Nasi Ayam Penyet ini tak susah mana, Nur Alyaniada kongsikan respi ini untuk rujukan mak-mak semua. Jadi lepas ni tak perlulah bolehlah buat sendiri, tak perlu beli lagi.
Berikut antara perkongsian beliau;
Rebusan Ayam
1.Panaskan air+lengkuas titik + halia titik+ daun salam(bay leaf) + kunyit garam bawang putih (tumbuk) asing dan campak dalam tu.Perasakan je terus garam,limau nipis sebab nak bagi ayam tu ada rasa.
2.Masukkan ayam.Tunggu sampai separuh masak, nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti nak goreng jugak.
Sambal Penyet (paling penting)
Ni bahan-bahan untuk sediakan sambal penyet, cili api,cili besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus) , TOMATO (3 biji) tapi dalam gambar lupa nak letak.
Ads
Goreng satu-satu semua bahan sambal termasuk tomato kecuali cili kering tak payah goreng terus tumbuk je.
Dah siap goreng semua, bahan-bahan tadi ditumbuk hancur (tumbuk sekali dengan bahan-bahan yang dah goreng tadi. Perasakan dengan garam,gula, asam limau. Nakletak belacan bakar sikit pun boleh.
Tauhu, tempe ni saya rebus dulu dalam air rebusan ayam tu pastu goreng je.
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Khas buat mak-mak penggemar Kuih Sri Muka Pandan, mudah je rupanya nak buat kuih yang lembut manis dan berlemak ni. Jika selalu mak-mak buat dalam loyang besar, kali ni boleh cuba kukus dalam bekas kecil pula.
Bukan apa, masalah yang selalu berlaku bila nak potong kuih srimuka ni ia jadi melekat-lekat dan tak cantik licin bila dipotong. Jadi bila guna bekas comel-comel macam ni lebih mudah, cepat dan senang nak makan. Kukus 10 minit, cedok dengan sudu dan boleh terus makan.
“Akak kalau makan kuih ni mesti nak kepala dia berlemak & lembut tau..baru nikmat.. petang ni akak buat kuih ni dalam bekas cinonek ni. Bukan apa..senang cepat & mudah. Lepas masak bagi sejuk terus cedok dengan camca ja..tak yah potong-potong dah. #KuihSriMuka
(Lapisan Bawah)
1 cawan Beras pulut
1 cawan Santan segar
Sedikit garam (Untuk lemakkan pulut)
Daun pandan
(Lapisan Bawah)
1 cawan Santan pekat
1 cawan Air Daun Pandan
Setengah cawan Gula
2 sudu besar Tepung gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
Sebiji Telor
Sedikit Pewarna hijau
Sedikit garam
1.Basuh beras pulut selepas itu rendam selama 3 jam.
2.Tapiskan beras pulut tersebut dalam bekas, satukan semua bahan dan kukus sampai masak.
3.Ambil semua bahan-bahan lapisan atas dan blend sampai sebati.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4.Lepas pulut dah siap masak bolehlah letakkan dalam bekas dan tekan tekan dengan sudu plastik. Tekan sehingga padat dan letak setengah mangkuk je.
5. Panaskan periuk kukus dan boleh letak bekas yang ada pulut tadi, kemudian tuang bancuhan tepung.
6. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit.
Siap!
Selain masak pulut macam biasa guna dapur gas boleh juga masak dalam microwave selama 7 minit. Sukatan macam masak nasi.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Cili kisar sangatlah penting bagi mak-mak yang suka masakan pedas.Lebih-lebih lagi bagi mak-mak yang rajin memasak, stok cili kisar dalam kuantiti yang banyak memang WAJIB ada untuk memudahkan waktu memasak nanti. Cuma menjadi masalah bila buat cili kisar dalam kuantiti yang banyak ialah ia mudah rosak, tak tahan lama dan berbau hapak.
Ada macam-macam tips yang mak-mak boleh cuba untuk mengekalkan ketahanan cili kisar ini dalam tempoh yang lama. Yang paling penting kaedah pembuatan cili kisar ni kena betul. 3 tips penting yang kena patuhi, cuci cili yang direbus sehingga air bersih, masukkan bawang besar ketika kisar cili dan masukkan air tapisan.
“Hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama lebih kurang 3 minggu kalau simpan dalam peti ais.Tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan.”
“Tips ni saya dapat dari Mak mertua saya.Bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama.Yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangatt dan palinggg best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu je”.
“Nampak tak hasilnya? cili tu macam agar-agar kan bentuk dia? ok,yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut mcam agar-agar”.
1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji.Saya gunting nipis dan serong.
2. Letakkan cili yang digunting tadi tu ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni.Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.
3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.
4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sederhana saja..sebab nanti kalau api kuat,air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.
5. Biarkan mendidih seketika..tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.
6. Ok dah selesai tutup api dapur, tapis balik cili tadi tu kedalam penapis ni balik.
7. Ini tips penting. Kemudian basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampai HILANG warna air basuhan cili tu..ala kalau tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang dibasuh tu cili berwarna merah.
Tips basuhan ini penting tau,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.
Dah settle basuh,letak dalam blender yer.
8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR.Masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-potong besar dulu yaa.jangan masukkan seketul besor tu pulakk..rosak blender nanti.
Ikut suka nak letak bawang holland ke bawang besar biasa, kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis.
9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu. Nanti bila dah kisar sekali bawang, memang jadi likat elok.
Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.
10. Taraaaa ini lah hasilnya, tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah dekat rumah sebab itu lah sikit saja.
MW: Perkongsian tips yang menarik dan bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak buat cili kisar kuantiti yang banyak tu boleh cuba tips yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!