Agak-agak kalau anda atau anak-anak batuk teruk anda lebih suka ambil ubat atau amalkan sejenis petua tradisional? Kalau diikutkan petua dari Puan Raabiatul Adawiyah Abu Bakar ini, minuman ini cukup mujarab rawat batuk-batuk. Jom tengok macam mana cara nak buat…
Dah 2 3 minggu batuk sampai jiran sebelah bagi benda ini, resepi untuk batuk/MINUMAN KESIHATAN katanya. Bahan pun tak banyak, jiran ni Chinese.
Ini bahan-bahan nak buat:
Balang kaca bersih
Limau kasturi (40 ke 50 biji)
Gula batu (1paket biasa)
Ads
Asam boi (1paket agak-agak ada dalam 50biji)
TAK PERLU CUKA AIR ATAU SEBAGAINYA
Ads
Cara-caranya:
1. Basuh limau kasturi kemudian letak dalam dulang atau talam jemur 2-3jam tujuan untuk lembutkan kulit, potong hujungnya pastikan perkakas tak ada sebarang air untuk mengelak kan dia berkulat)
2. Perah limau tadi tapis buang bijinya dan masuk dalam balang yang kering dan bersih.
Ads
3. Susun cara layer gula batu, asam boi dan kulit limau yang dah perah tadi dalam bekas yang sama tutup dan biar JANGAN USIK SELAMA 3BULAN!
4. Akhir sekali, simpan di tempat bersuhu bilik tak perlu PETI AIS.
Cara minum untuk batuk/sekadar buat minuman kesihatan, sila ambil isi dan jus dia sikit masuk dalam gelas tuang air panas suam then minum. Serius sedap!
NOTA:
Jiran kata lain orang lain cara buatnya. Boleh share komen kalau tahu cara lain, ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kira-kira jam 6.10 petang tadi Datuk Wira Dr Maznah Hamid, 62 yang amat dikenali dengan jolokan ‘Iron Lady’ menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN). Ikon wanita ini juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd.
Sebelum ini, Datuk Maznah dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam. Ikon wanita ini begitu dekat di jiwa wanita. Kata-katanya seringkali menjadi penguat jati diri usahawan wanita.
Beliau lambang wanita yang tak kenal erti putus asa. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi pengawal keselamatan, sampailah akhirnya menjadi pemilik syarikat pengawal keselamatan sendiri.
Hebatnya wanita ini dalam karier mahupun membentuk motivasi kehidupan tiada galang gantinya. Dekatnya beliau dengan para wanita tidak ternilai dek kata-kata. Kini, beliau sudah tiada namun semangat kentalnya sentiasa ada dalam jiwa para wanita yang pernah menerima nasihatnya.
Mohon rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan semoha roh Allahyarham Datuk Wira Maznah Hamid diberikan pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah.
Difahamkan jenazah Allahyarham Datuk Maznah Hamid akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.
“Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor,” menurut sumber.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).
Jenazah Allahyarham Datuk Maznah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur.
Al-Fatihah.
Sumber / Foto : Sinar Harian, Securiforce Sdn Bhd
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pertama kali tengok little cottage dalam kebun ini, terus teruja nak kongsikan dengan pembaca. Awesome dan cantik sungguh. Paling unik bila, pondok kecil berkeluasan 22 x 10 kaki persegi ini dibina dalam kebun yang jauh dari bandar. Dekorasi hiasan dalaman pondok kecil dalam kebun ini memang menarik untuk dijadikan inspirasi.
Little Cottage dalam kebun ini tak mempunyai bilik tidur. Ruang dalamannya boleh memuatkan keluarga pemiliknya, Puan Yann Ariff dengan jumlah ahli keluarga seramai 7 beranak. Akuinya, sepanjang menyiapkan rumah ini mereka selamat daripada sebarang gangguan. Tentulah haiwan liar dalam hutan itu kan?
“Inilah little cottage kami bila balik berkebun. Walaupun kecil ada juga tempat berehat. Rangka binaan asas kami upah tukang untuk dirikan seperti dalam gambar.
Pengalaman pertama menyiapkan rumah duduk dalam kebun yang gelap. Jiran-jiran pun jauh. Terpaksa bermalam di sini dengan pintu dan tingkap tak berpasang lengkap. Lagi scary.. Tapi Alhamdulillah kami selamat tanpa gangguan kenangan bersama anak-anak tersayang.
Cantikkan hasil little cottage yang dah siap ini. Kreatif sungguh pemiliknya. Walaupun cuma little cottage dalam kebuh yang jauh dari bandar, dekorasi dan hiasan dalaman pondok kecil ini cukup menarik perhatian. Sekali gus menyuntik inspirasi buat mak-mak yang tengah tercari-cari idea menghias kediaman itu.
Sumber/Foto : Yann Ariff via Kelab Deco Deco Rumah (KDDR)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Makan satu dulang ini sunnah yang diajarkan rasulullah SAW. Masih adakah keluarga yang praktikkan. Cara didikan menerusi gaya makan rasulullah ini dapat mewujudkan ‘bonding’ yang kuat antara adik beradik.
Inilah yang dipraktikkan oleh bapa anak 4 semasa menikmati hidangan bersama ahli keluarganya. Sebenarnya mereka makan berenam termasuklah isteri. Nak tahu apa rahsia ‘bonding’ di sebalik makan satu talam ini, baca perkongsian Ahmad Affzan Bin Abdullah.
Anak aku taklah ramai sangat, 4 orang saja. Tapi macam mana pun makan dalam dulang ini hampir pasti dibuat setiap kali makan.
Jarang-jarang aku makan asing, melainkan bila ada yang sakit, tak nak menyebarkan kuman. Kalau tidak, beginilah kami makan hari-hari.
“Aku mulakan amalan makan dalam dulang ini sejak di UK lagi. Ketika itu kami baru bertiga. Sekarang dah berenam, alhamdulillah masih boleh sendal lagi. Muat juga makan ramai-ramai.”
Kau pernah baca saranan seorang artis yang kata suami isteri kalau gaduh pun jangan tidur asing-asing?
Samalah juga macam makan dalam dulang.
“Ia merapatkan hubungan yang kadang-kadang ada terusik perasaan atau terkedu.
“Anak-anak kadang-kadang tengah merajuk. Namun bila panggil makan, hilang merajuknya sebab perut pun dah lapar. Mau tak mau, kena makan sama-sama juga. Akhirnya senyum pun terukir.”
Makan dalam dulang juga menggalakkan sikap bertolak ansur dan berlebih kurang. Kau tau bahagian nasi depan mata kau. Sama ada kau nak tolak pada orang keliling atau kau nak kaut lebih banyak.
Ini kau belajar waktu makan. Kalau nampak orang sebelah macam lapar lebih, kau tolaklah nasi sikit pada dia. Kalau ada yang susah nak habis, kau tolong habiskan.
Perkara mudah tapi banyak yang kau boleh guna dalam interaksi sesama manusia.
Bila makan ramai-ramai, macam-macam benda kau boleh bincang bersama. Waktu inilah kau boleh selitkan pelajaran dalam hidup pada anak-anak. Bagaimana menghargai rezeki, hidup muafakat dan lain-lain.
Tak adalah mata masing-masing ke TV waktu makan, atau buat hal sendiri. Kau nak tegur pun susah.
“Inilah juga waktu “bonding” antara kau dengan anak-anak dan isteri. Anak-anak akan bercerita tentang aktiviti seharian mereka. Isteri pun ada gossip terkini. Kau pula buat lawak sikit-sikit lalu masing-masing tergelak.”
Sedar tak sedar, habis satu dulang kau kerjakan. Perut kenyang, hati pun gembira.
Selain dari jimat lauk, pinggan pun tak payah basuh banyak-banyak. Sekali makan, basuh dulang itu sajalah. Ini kalau masing-masing makan tak sama timing, letih nak mengemas.
“Ada juga orang kata kotorlah, tak hygienic. Yalah, kalau kau tak basuh tangan, kotorlah jadinya. Kau kena pastikanlah semua jaga kebersihan, potong kuku, gosok gigi. Yang sakit, kita bagi makan asing. Insya-Allah selamat semua tak sakit perut.”
Aku cadangkan kalau ada masa, bolehlah cuba makan sama-sama dalam dulang. Banyak kebaikannya untuk kehidupan kau sekeluarga.
Selagi badan masing-masing masih muat nak duduk keliling tu, Insya-Allah aku akan teruskan amalan begini.
Mudah-mudahan dari aktiviti makan pun Tuhan turunkan rahmat dan ketenangan pada keluarga kita.
Sumber/Foto : Facebook Ahmad Affzan Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!