awet muda

Macam-macam jenis skrub semulajadi yang wanita boleh cuba untuk cantikkan kulit wajah agar nampak awet muda. Salah satunya dengan  membuat skrub menggunakan halba dan putih telur yang dikatakan berkesan untuk menganjalkan kulit wajah.

Berikut merupakan perkongsian petua yang diamalkan oleh Sumaiyah Abdullah;

Ramai yang tak tau rupanya khasiat halba bukan untuk dimakan sahaja. Halba juga baik untuk kecantikan kulit tau. Seperti yang dijanjikan, kali ni ciksu nak share satu petua awet muda. Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.
Seriusly, dah hampir 3 bulan ciksu amal petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa smooth sangat bila sentuh.

Bahan-bahan dapat kat dapur je.
Halba
Putih telur

awet muda

IKLAN

Cara-Cara :
1.Kisar halba sehingga menjadi serbuk menggunakan pengisar kering.
2.Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.
3.Kacau rata.
4.Sapu kat muka atau tangan.
5.Biarkan kering.
6.Bilas dengan air suam.

awet muda

Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me.
Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam.
Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak.

IKLAN

awet muda

*Halba yang dah dikisar boleh disimpan dalam bekas cecantik pastu letak kat bilik air.

Khasiat Halba untuk kulit
Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.

IKLAN

Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.

Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.

Selamat Mencuba!

Sumber & Foto: Sumaiyah Abdullah