Mak hampir disembelih anak kaki dadah, suami suruh lari ke mana saja kerana sudah berbini baru. Seorang ibu berusia dari utara tanah air terpaksa melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas hampir disembelih anak kandungnya yang juga penagih tegar jika tidak memberikannya wang untuk membeli najis dadah berkenaan.
Kisah pilu seorang ibu berusia dari utara tanah air yang hampir disembelih anak kandungnya akibat najis dadah didedahkan oleh individu dikenali sebagai Abbe Hae yang juga pengasas Ngo Pertubuhan Jejak Jalanan yang sering membantu mereka yang hidup di jalanan selepas menemui wanita ini hidup di gelandangan di ibu kota.
Kisah pilu ibu ibu sudah cukup membuatkan ramai yang sebak kerana di usia tuanya dirinya terpaksa hidup di jalanan demi sesuap nasi. Menurut Abbe Hae, ibu ini memaklumkan anaknya memaksa dia menyerahkan wang bantuan zakat untuk membeli dadah. Jika tidak memperolehnya dia akan dipukul hingga cedera. Malah pernah dicederakan anak sendiri. Kemuncaknya anaknya pernah meletakkan pisau untuk menyembelih si ibu jika enggan menyerahkan wang. Nauzubillah.
Lebih menyedihkan, suami yang diharapkan sebagai pelindung hanya menyuruhnya melarikan diri ke mana sahaja kerana sudah beristeri lain. Sejak itu, ibu malang ini melarikan diri ke ibu kota dan terpaksa berteduh di kaki lima bersama gelandangan lain dan hanya menyewa bilik kecil jika ada sedikit wang.
Baca kisahnya yang sangat menyayat hati.
Ads
Ibu ini agak berusia dan datang dari utara tanah air..Kenapa dia lari dari utara secara bersendirian dan tinggal disini iaitu Kuala Lumpur. Dia sering tidur ditempat yang kalian lihat ini dan kadang kadang kalau larat dia akan balik ke bilik yang dia sewa disekitar kawasan ini.
Ramai juga gelandangan yang tidur disini dan tidur mereka sentiasa dalam kesejukan.Alhamdulillah abbe dah bawakan selimut, keperluan mandi makanan dan ubat nyamuk buat semua gelandangan disekitar sini pulak. Tidur mereka tidak lagi sejuk.
Ads
Tentang ibu ini..Menurutnya dia ada beberapa orang anak dan salah seorang anaknya adalah penagih tegar dan anaknya sering memaksanya supaya menyerahkan wang untuk dia dapatkan stok dadahnya.
Ibu ini adalah penerima bantuan dari zakat di negeri utara tanah air. Duit tu memang selalu diserahkan pada anak lelakinya agar dia tidak diapa apakan oleh anaknya.
Dia terpaksa lari ke KL disebabkan satu hari anak lelakinya itu telah meletakkan pisau dilehernya dan dia hampir dis3mb3lih. Semua duit bantuan zakat diserahkan untuk menyelamatkan dirinya. Alhamdulillah dia tidak diapa apakan selepas duit diserahkan.
Ads
Kepala ibu ini pernah cedera kerana dipukul oleh si anak yang penagih.Ibu ini ada lagi anak anak yang lain tapi tak pedulikan ibu mereka yang dah tua ini.
Suaminya? Suaminya ada dan tinggal bersama isteri yang satu lagi.Si suamilah yang meminta isterinya ini lari dari anak si penagih dan pergi kemana saja. Boleh ke gitu ????Bodoh punya laki.
Maka lari lah ibu tua ini ke KL hidup bergelandangan sehingga ada sikit duit maka dia menyewa sebuah bilik.Ibu tua ini rasa dia lebih selamat dan aman hidup seperti yang dia hidup hari ini.
Untuk menyara kehidupan selain ada.lagi bantuan zakat bulanan dia menjual kerepek dan tisu. Pada anak anak di luar sana jagalah ibu kalian sebaik baik mungkin selagi ibu kalian masih diberi nafas oleh Sang Pencipta.Kredit :- FB Abbe Hae.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular video pelajar dihayun alat sulit ke tiang papan tanda – “Bergurau melampau juga satu bentuk buli” – Dr Asyraf Wajdi. Polis digesa mengambil tindakan segera terhadap sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian yang melakukan gurauan keterlaluan terhadap rakan mereka sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tindakan bergurau secara melampau juga termasuk dalam kategori buli yang tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Menurut beliau, kesemua individu terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan supaya menjadi iktibar kepada pelajar lain.
“Harap pihak polis dapat segera bertindak. Perbuatan seperti ini tidak boleh sesekali dikompromikan atau didiamkan atas alasan gurauan.
“Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam perkongsian sama, Asyraf turut memuat naik sebuah video yang memaparkan lima pelajar memegang tangan serta kaki seorang pelajar lain sebelum sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke tiang papan tanda.
Lebih menyedihkan, kejadian itu disaksikan oleh sekumpulan pelajar lain yang hanya ketawa selepas perbuatan tersebut dilakukan tanpa cuba menghalang.
Ini 7 Petua Masak Nasi Sempurna. Ramai anggap masak nasi itu kerja mudah, asal masuk beras dan air, siap.
Namun, hakikatnya nasi yang lembik, berkerak atau hangus boleh merosakkan selera seisi keluarga. Untuk hasilkan nasi yang cantik, gebu dan wangi, ada beberapa rahsia dapur yang boleh diamalkan.
Bila hendak masak nasi, inilah kunci utama. Bagi beras tempatan, gunakan nisbah 1 cawan beras bersamaan 1¼ cawan air. Untuk beras basmati pula, cukup sekadar 1:1. Jangan terlalu banyak, nanti lembik; jangan terlalu kurang, nanti keras.
Bilas beras hingga air hampir jernih supaya lebihan kanji tidak menyebabkan nasi melekat. Jangan terus masak ketika beras masih basah kuyup, sebaiknya tos seketika sebelum dimasukkan ke periuk.
Mulakan dengan api sederhana sehingga air hampir kering, kemudian kecilkan api sehingga nasi benar-benar masak. Cara ini mengelakkan nasi di bahagian bawah periuk menjadi hangus.
Titiskan sedikit minyak masak atau masukkan sehelai daun pandan untuk aroma yang harum. Selain wangi, nasi juga akan kelihatan lebih berkilat dan menarik.
Letakkan sehelai kain nipis di bawah penutup periuk. Kaedah ini membantu menyerap wap berlebihan, menjadikan tekstur nasi lebih peroi dan tidak berair.
Selepas suis ditutup atau api dipadam, jangan terus membuka penutup. Biarkan nasi ‘berehat’ sekurang-kurangnya 10 minit. Wap yang terperangkap akan membantu menyempurnakan tekstur nasi.
Akhir sekali, gunakan garpu atau senduk kayu untuk menggemburkan nasi. Elakkan mengacau kasar kerana ia boleh memecahkan biji beras yang sudah kembang.
Hasilnya, nasi bukan sahaja masak sekata, malah kekal gebu, cantik dan tidak mudah basi. Petua lama ini jika diamalkan, menjadikan hidangan nasi putih terasa lebih istimewa walau hanya dimakan bersama lauk yang sederhana.
Tokoh usahawan terkenal tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan yang juga pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd. Berkongsi tentang tip masak nasi dari cepat basi. Dengan penggunaan periuk nasi yang betul juga membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.
“Kami juga mengenalpasti faktor utama kenapa nasi cepat basi iaitu pengewapan air di dalamnya dan menambahbaik dengan empat lapisan pelindungan.
“Periuk nasi Tefal Delirice Max Rice Cooker (RK7778) membantu mak-mak dengan memasak menggunakan periuk ini nasi boleh bertahan selama empat hari,” katanya pada sidang media dan pelancaran rasmi di Restoran Rasa Rosz bertempat di IOI City Mall, Putrajaya yan berlangsung baru-baru ini.
Pada masa sama, Rozita juga memberitahu periuk nasi ini sangat membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.
“Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bersama dalam pelancaran ini yang menghormati tradisi kulinari negara,” tambahnya.
Menurut Pengarah Pemasaran Tefal, Johann Ng pula, produk ini bukan sekadar periuk nasi, sebaliknya dicipta untuk memberi solusi menyeluruh kepada pengguna yang mahu masak nasi yang berkualiti, lebih praktikal dan bebas pembaziran makanan.
“Teknologi kami diakui boleh membuatkan anda menikmati nasi sepanjang hari tanpa basi. Ia memudahkan penyediaan hidangan harian serta menjamin kualiti masakan keluarga.
“Malah nasi yang dimasak dalam periuk nasi Tefal juga lebih gebu dengan teknologi pemanasan 3D Max di mana bahagian bawah periuk berbentuk bulat dan membantu proses memasak dengan lebih sempurna,” ujarnya.
Tengku Permaisuri Selangor – Tiada Siapa Boleh ‘Usik’ Kedudukan, Peranan Asal UiTM. Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu terus memainkan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang menjadi benteng ilmu anak bangsa, tanpa digugat oleh mana-mana pihak, titah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Baginda bertitah, penubuhan UiTM mempunyai asas kukuh selaras dengan Akta 173 (1A) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu, Orang Asli serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kedudukan tersebut mesti dipertahankan dengan penuh iltizam.
“UiTM terbukti mempunyai sejarah istimewa dalam membina kecemerlangan dan jati diri bangsa Melayu serta bumiputera melalui pendidikan tinggi.
“Justeru, saya berharap tiada pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan dan peranan asal universiti ini,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.
Pada sesi pertama istiadat berkenaan, seramai 237 graduan pascasiswazah diraikan daripada keseluruhan 24,643 graduan yang menamatkan pengajian pada kali ini.
Dalam titah baginda, graduan turut diingatkan supaya tidak berhenti menimba ilmu selepas bergelar alumni kerana ilmu merupakan cahaya kehidupan serta lambang maruah diri.
“Pendidikan harus terus menjadi agenda utama negara, bukan sekadar melahirkan tenaga kerja, tetapi membina insan berakhlak dan berjiwa merdeka,” titah baginda.
Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Ahmad Sazali Hamzah yang dikurniakan anugerah Profesor Emeritus sebagai pengiktirafan atas jasa besar beliau dalam memperkukuh pendidikan dan penyelidikan di UiTM.
Nur Syahidah berkongsi perjalanan transformasi selepas menyertai Maggi Wanita Cukup Berani sehingga berjaya meningkatkan jualan rendang dendeng daripada RM400 kepada RM18,000 sebulan.