Ramai wanita hamil tetap ingin berpuasa bagi merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda dibulan yang mulia. Adalah tidak menjadi kesalahan bagi golongan ini untuk meneruskan kewajipan berpuasa selagi mana dirasakan dia mampu untuk berpuasa dan tidak menjejaskan kesihatan diri dan keadaan bayi didalam kandungan.
Namun sebelum itu pastikan tanya doktor dahulu sama ada keadaan kesihatan diri sewaktu hamil boleh berpuasa atau tak. Jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat doktor. Ini kerana dalam keadaan tertentu, ia boleh membahayakan diri dan kandungan tersebut.
Baca perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat, Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan sebagai panduan;
PENTING
Ibu mengandung yang TAK DINASIHATKAN untuk berpuasa ;
1. Trimester Pertama
Jika masih berada pada trimester pertama kehamilan ( 3 bulan pertama ).
2. Risiko Darah Beku
Bilamana ibu ada risiko untuk mendapat darah beku di kaki ( venous thrombosis ) – moderate or high risk group.
3. Tak Sihat
Ibu yang tak sihat – demam, muntah-muntah, cirit birit.
4. Jenis Risiko Tinggi
Ibu yang mempunyai high risk pregnancy seperti pre eclampsia, penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
5. Kencing Manis
Ibu ada kencing manis ketika hamil – kencing manis jenis 1 dan 2 atau GDM yang memerlukan metformin/insulin. GDM dengan kawalan permakanan perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Bayi Tak Membesar
Kehamilan di mana baby tak membesar ( IUGR ).
7. Menyusu Badan
Ibu yang menyusukan badan dan bimbang pasal kesihatan dirinya.
8. Tempoh Pantang
Ibu yang tak menyusukan anak tapi masih berada dalam tempoh pantang selepas bersalin. Walaupun kadang-kadang darah nifas dah kering 2 minggu lepas bersalin, tapi tahap kepekatan darah masih lagi tinggi selepas bersalin sehingga 6 minggu berpantang. Jadi risiko untuk thrombosis tu masih lagi tinggi.
9. Tempoh Berpuasa Lama
Ibu yang berada di negara yang waktu siangnya lebih panjang atau lebih lama,
Ingat, kena tanya doktor dulu boleh berpuasa ke tak. Jangan pandai-pandai.
Segala keberkatan tak bermakna, jika kehamilan kita tak sihat. Jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan yang paling bermakna.
Baca Lagi Di Sini:
Peringatan Untuk Wanita Hamil, Tolong Berbuka Kalau Tiba-Tiba Jadi 6 Perkara Ini! Serius Bahaya!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan terutama buat wanita hamil. Penting dapatkan nasihat daripada doktor dulu sebelum boleh berpuasa atau tidak agar tidak membahayakan diri dan kandungan.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI