Gambar Hiasan Drama Jangan Menangis Cinta

Wanita berkerjaya, bincanglah jika suami minta berhenti kerja. Seperti mana yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebooknya, ada berkongsi tentang luahan seorang wanita.

Wanita tersebut  yang juga ibu kepada empat orang anak memohon bantuan. Dan selepas berbual rupa-rupanya wanita yang juga bergelar ibu tunggal itu semasa bergelar isteri rupanya seorang bekerjaya.

Namun mengambil keputusan berhenti kerja kerana mengikut arahan suami.

Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja.

Sememangnya kisah yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli ini menjadi dilema ramai wanita bekerjaya. Kadangkala ada yang serba salah mahu bekerja membantu keluarga dan dalam masa yang sama perlu mendengar arahan dari suami.

Namun sebenarnya banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja namun rezeki itu semuanya dari Allah.

Paling membimbang jika perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan dan terjadinya perpisahan. Sudah tentu wanita tersebut terpaksa memikirkan tentang sumber kewangan untuk menampung kehidupannya.

Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Fadli tentang kisah pengorbanan seorang wanita yang berhenti kerja kemudian perkahwinan wanita itu tidak berpanjangan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita di luar sana.

Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH!

“Speechless… 😢

Baru-baru ni, ada ibu anak 4 datang mohon bantuan. Dan dia bercerita kenapa dia jatuh sampai tahap perlu mohon bantuan.

Cerita seperti ini beberapa kali aku sendiri dengar dari mereka yang perlu bantuan. Kisah asalnya mereka mampu, agak senang dan akhirnya terhimpit dalam kesusahan.

Wanita itu dulu ada kerjaya. Gaji dah sedap dah. Dalam RM3k sebulan. Duduk menyewa di kondo bersama suami dan anak-anak.

Sampai satu masa, suami dia minta dia berhenti kerja. Katanya dia mampu sediakan semuanya. Tak pasti kenapa suami dia berkeras mahu dia berhenti.

IKLAN

Mungkin cemburu, mungkin dia nak isterinya sentiasa ada di rumah mengasuh dan mendidik anak-anak, dan mahu layanan penuh dari seorang isteri.

Wanita ini tahu, suaminya bukan berduit sangat. Banyak perbelanjaan keluarga dia yang support hasil gajinya.

Namun bila suami arahkan demikian, maka patuh saja. Nanti derhaka pula.

Awalnya, semua berjalan lancar. Suami boleh bagi nafkah elok dan sara keluarga kecil mereka. Tidaklah boleh bermewah sakan, namun sentiasa cukup dan tak perlu sampai meminjam sana sini.

Namun beberapa tahun selepas itu, hubungan mereka mulai retak. Ada sahaja yang tak kena. Asyik bergaduh, bermasam muka. Dan puncak pergaduhan, perceraian berlaku.

Berpisahlah mereka, anak-anak semua nak duduk dengan si ibu.

Di sini bermula wanita itu merasa keperitan hidup bila tiada kerja dan gaji. Suami ada bagi nafkah kat anak-anak, tapi tak cukup. RM500 sebulan. Tu pun kadang-kadang ada bulan yang miss.

RM500 nak hidup macamana di tengah kotaraya ni? Sewa saja dah berapa. Makan minum lagi, bil lagi, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi. Pampers susu semua tu.

Mujur Ada Wang Simpanan

Mujur wanita ni ada simpanan. Namun simpanan ni mampu bertahan lama mana sangat. Tak dan setahun simpanan dah hampir licin.

IKLAN

Dia cuba buat pelbagai kerja online. Jadi dropship dan sebagainya. Dapat la tampung sedikit sebanyak. Nak kerja tetap, anak-anak kecil. Nak hantar pengasuh perlu duit lagi. Dan bila mohon kerja, dia jadi junior semula dengan gaji permulaan pun tak besar. Macam tak berbaloi nak bayar pengasuh katanya.

Mujur permohonan zakat lulus. Ringan la sikit beban bila zakat bagi bantuan sewa rumah.

Dah beberapa kes yang aku jumpa seperti ini. Suami minta isteri berhenti kerja, kemudia akhirnya bercerai. Dan akhirnya yang terhimpit adalah isteri dan anak-anak.

Aku pun tak tahu nak kata apa. Arahan suami (masa jadi suami) kalau tak ikut, nanti derhaka. Dah ikut, kemudian akhirnya berpisah, isteri juga yang terseksa.

Kepada wanita yang berkerjaya, bincang elok-elok dengan suami jika suami minta berhenti kerja. Fikir jauh ke hadapan. Jika jodoh tidak panjang macamana pula?

Biar ada jaminan jika berhenti kerja. Jika berlaku seperti ini, sekurangnya ada persediaan dan jaminan.

Bila merancang jauh sampai fikirkan hal cerai ni, bukan kita minta nak berpisah, namun jodoh perceraian ini aturan Tuhan. Kena ada perancangan rapi takut-takut terjadi. Begitulah,” kongsi Cikgu Mohd Fadli.

“Alhamdulillah Rezeki Dari Allah” Warganet 

Menerusi ruangan komen pelbagai pendapat diutarakan oleh waganet tentang isu ini. Malah ada yang berhenti kerja apabila diminta suami namun semuanya berjalan lancar. Ada pula wanita yang lebih selesa teruskan bekerja dan punya pendapatan sendiri.

IKLAN

Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH! Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH! Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH! Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH!

Mingguan Wanita: Semoga wanita yang bergelar ibu tunggal kuat dan tabah harungi kehidupan!

Sumber : Facebook Cikgu Fadli Salleh

Sumber Foto : Gambar Hiasan Drama Jangan Menangis Cinta (Instagram Amyra Rosli)

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Betul ke wanita bekerja kerana bimbang bebankan suami?

Pulang berhari raya tapi tidur di hotel jangan sampai ada yang berkecil hati ya.

Ucapan hari raya istimewa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI